window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Review Pemilik: Perodua Kembara DVVT saya bukannya SUV 4WD kompak manja-manja, ya!

Mersita · Aug 28, 2021 10:00 AM

Review Pemilik: Perodua Kembara DVVT saya bukannya SUV 4WD kompak manja-manja, ya! 01

Salah sebuah kereta lagenda pernah dijual Perodua suatu ketika dahulu – Perodua Kembara. Sebelum timbulnya ‘kegilaan’ terhadap SUV zaman sekarang, Kembara menjadi ‘mainan’ para peminat ‘offroad’ yang mahukan kereta serba boleh.

Kali ini, kami ingin kongsikan pengalaman pemilikan sebenar serta pendapat peribadi saudara Syameel Rohani, pemilik sebuah Perodua Kembara DVVT. Beliau berkongsi review Perodua Kembara ini di laman forum komuniti WapCar kami.

Ini kisah beliau dengan SUV 4WD unggul, Perodua Kembara 1.3 DVVT.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebab saya memilih Perodua Kembara

Review Pemilik: Perodua Kembara DVVT saya bukannya SUV 4WD kompak manja-manja, ya! 01

Saya bekerja sebagai ‘planter’, dimana saya menguruskan ladang-ladang kelapa sawit dan juga ladang nenas. Saya juga menjalankan kerja-kerja pemetaan dari udara menggunakan dron, dan tugas ini memaksa saya untuk menempuh perjalanan jauh ke kawasan pedalaman.

Saya ketika itu sedang mencari sebuah kenderaan pacuan empat roda yang kompak dan boleh dibawa ‘offroad’ untuk dibawa ke tempat kerja.

Review Pemilik: Perodua Kembara DVVT saya bukannya SUV 4WD kompak manja-manja, ya! 02

Ladang yang saya uruskan berhampiran dengan bandar. Saya tinggal di Bandar Baru Bangi, dan saya mahukan kenderaan kompak supaya mudah untuk diparkir dan dipandu di jalan raya sibuk.

Kecekapan minyak Kembara DVVT juga cukup memuaskan bagi sebuah 4WD. Ada pemilik yang mendakwa ia boleh mencapai 12 km/liter.

Review Pemilik: Perodua Kembara DVVT saya bukannya SUV 4WD kompak manja-manja, ya! 03

Memandangkan tiada kenderaan 4WD baharu di pasaran yang padan dengan bajet saya, Kembara jadi pilihan paling baik untuk kriteria yang saya perlukan. Walaupun Kembara yang saya dapat sudah berusia 15 tahun, saya tidak risau akan ketersediaan alat ganti kerana Kembara berkongsi beberapa alat ganti dengan kereta Perodua lain yang sezaman dengannya.

Enjinnya juga enjin K3VE 1.3 liter yang sama digunakan oleh Perodua Myvi generasi lama. ‘Half-cut’ import dari Jepun juga masih banyak. Model asas Kembara di Negara Matahari Terbit itu ialah Daihatsu Terios J100-J102.

Review Pemilik: Perodua Kembara DVVT saya bukannya SUV 4WD kompak manja-manja, ya! 04

Proses pemilihan kereta

  • Saya ada bajet RM 60,000.
  • Model yang saya pertimbangkan termasuklah Suzuki Jimny dan Daihatsu Feroza.

Sebab saya memilih Perodua Kembara

  • Alat ganti masih boleh didapati dengan mudah
  • Harga alat ganti juga tidak terlalu mahal
  • Pacuan empat roda (4WD)
  • Kena dengan bajet saya
  • Kompak, bagus untuk pemanduan di bandar dan juga ‘offroad’. Amat mudah untuk dikemudi
  • Saya ada kawan mekanik yang pakar Kembara – Yetza Garage, Dengkil. Dekat dengan tempat kerja. Dialah yang menjaga banyak Kembara yang masih meluncur laju di jalan raya sekarang.
  • Ramai yang berpendapat Kembara sangat tahan lasak (sumber dari forum-forum dan pelbagai laman Facebook).
  • Tiada 4WD kompak serba baru lain sesuai dengan bajet saya.

Review Pemilik: Perodua Kembara DVVT saya bukannya SUV 4WD kompak manja-manja, ya! 05

Pengalaman pemilikan Perodua Kembara

  • Saya sudah memandunya sejauh 20,000 km.
  • Anggaran penggunaan minyak kereta saya ialah 14km/liter.

Review Pemilik: Perodua Kembara DVVT saya bukannya SUV 4WD kompak manja-manja, ya! 06

Memang betullah Kembara ini tahan lasak. Tak dinafikan yang kereta berusia 15 tahun mungkin menghadapi beberapa isu ‘wear and tear’, tapi tak ada isu yang tak boleh diselesaikan mekanik memandangkan kereta ini masih bertahan sejak dari dulu lagi. Ia boleh dipandu laju di lebuh raya, tapi ‘goyang’nya tak boleh bawa bincang.

Perkara ini boleh diatasi dengan tetapan suspension yang lebih baik nanti. Saya mengeluarkan belanja lebih kurang RM 4,000 untuk alatan ‘wear and tear’ dan juga untuk meningkatkan keselesaan. Sebahagian besarnya melibatkan ‘undercarriage’, lapisan getah, sistem bunyi (nak bass!), lapik kerusi kulit, penebat bunyi (pasang sendiri, weh), dan rim baru (kena racun punya pasal).

Penggunaan minyak cukup bagus. Saya pernah dapat 14km/liter sekali apabila saya kekal pada kelajuan 80 km/jam di jalan luar bandar.

Review Pemilik: Perodua Kembara DVVT saya bukannya SUV 4WD kompak manja-manja, ya! 07

Tapi, selalunya saya dapat sekitar 11 km/liter dengan pemanduan 50% bandar, 40% lebuh raya, dan 10% ‘offroad’.

Jika dibandingkan dengan Kembara milik syarikat yang lebih berusia, saya dapat 8km/liter. Saya rasa teknologi DVVT adalah penambahbaikan yang amat bagus ketika zamannya. Dengan rim ‘offset’, kereta ini nampak hebat!

Review Pemilik: Perodua Kembara DVVT saya bukannya SUV 4WD kompak manja-manja, ya! 08

Kelebihan dan Kekurangan

Kelebihan Perodua Kembara

  • Pacuan 4 roda (4WD). Nak ‘corner’ pun penuh yakin.
  • Kompak. Senang nak ‘parking’ di ruang sempit dan mudah dikemudi semasa ‘offroad’.
  • Dapat ruang yang luas apabila tempat duduk belakang dilipat.
  • Boleh tahan lasak ‘offroad’.
  • Enjin boleh diharap. Sedang pertimbangkan untuk menukar enjin kepada 1.5 liter 3SZ dengan nisbah gear dikurangkan.
  • Alat ganti mudah didapati.

Review Pemilik: Perodua Kembara DVVT saya bukannya SUV 4WD kompak manja-manja, ya! 09

Kekurangan Perodua Kembara

  • Pemanduan ‘goyang’/membuai. Boleh diperbaiki dengan tetapan ‘suspension’ lebih baik.
  • Bunyi jalan bising. Merancang untuk buat pelaburan bagi ‘soundproofing’ lebih mantap.
  • Insurans hanya lindungi RM 10,000. Saya masih rasakan penilaiannya terlalu rendah.

Review Pemilik: Perodua Kembara DVVT saya bukannya SUV 4WD kompak manja-manja, ya! 10

Penilaian peribadi Perodua Kembara

Skor Penuh: 5/5

Prestasi: 5/5

Kualiti & Kelengkapan: 5/5

Ruang: 5/5

Keselesaan Pemanduan: 3/5

Kecekapan Minyak: 3/5

Harga & Kos: 5/5

Review Pemilik: Perodua Kembara DVVT saya bukannya SUV 4WD kompak manja-manja, ya! 11

Rumusan

Mula-mula saya ingat Kembara 4WD jenis manja, tapi tanggapan saya meleset. Saya pernah tarik trak pikap yang tersekat di atas tanah gambut menggunakan si Kembara saya. Cukup hebat.

Review Pemilik: Perodua Kembara DVVT saya bukannya SUV 4WD kompak manja-manja, ya! 12

Anda berminat untuk kongsikan pengalaman pemilikan anda dan bercerita tentang kereta kesayangan anda? Kami di WapCar amat berbesar hati untuk menerima nukilan anda dan mengongsikannya di platform popular kami!

Tambahan pula, anda boleh menerima cenderahati istimewa dari kami di WapCar. Jom daftar untuk dapatkan maklumat lanjut! Staf kami akan hubungi anda secepat mungkin sejurus selepas pendaftaran anda dihantar. Tunggu apa lagi? Jom.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda