window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Review Pemilik: Proton Persona 2019 Standard MT saya – Murah, Mudah, Seronok

Mersita · Sep 16, 2021 11:59 AM

Review Pemilik: Proton Persona 2019 Standard MT saya – Murah, Mudah, Seronok 01

Proton Persona adalah antara model sedan jenama tempatan yang amat digemari dan popular di kalangan keluarga kecil dan sederhana di Malaysia. Proton Persona merupakan alternatif yang bagus kepada Toyota Vios dan Honda City dengan harga yang lebih mampu milik.

Apa pula kata pemiliknya? Saudara Zamir Yusof telah berkongsi pengalamannya sebagai pemilik Proton Persona 2019 Standard MT di laman forum popular kami, WapCar Community, untuk memberikan kita gambaran dan pandangan lebih jelas tentang sedan popular ini. Berminat nak kongsi kisah kereta kesayangan anda? Dapatkan pautannya di penghujung artikel ini.

Maklumat Asas Kereta

Proton Persona 2019 Standard MT

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebab saya memilih Proton Persona 2019 Standard MT

Ketika itu saya sedang mencari sebuah kereta keluarga bagi menggantikan Proton Gen 2 lama saya. Saya serik dengan kabin tanpa pemegang cawan, enjin lemah pada kelajuan rendah yang menyebabkan kecekapan minyak rendah untuk pemanduan harian, dan logik transmisi auto bodoh yang kerap ‘down-shifting’ walaupun jalan berbukit sedikit.

Review Pemilik: Proton Persona 2019 Standard MT saya – Murah, Mudah, Seronok 01

Tak takut nak ‘offroad’. Gambar ini diambil di trek kereta RC ‘offroad’ ‘rahsia’ di Subang.

Proses pemilihan kereta

  • Saya mempunyai bajet RM 80,000.
  • Model-model yang dipertimbangkan termasuklah Perodua Myvi, Mazda 2, Toyota Vios, dan Honda City.

Sebab saya memilih Proton Persona 2019 Standard MT

Sebab utamanya ialah inilah satu-satunya kereta baharu dalam segmen ini yang mempunyai kotak gear manual berserta pakej-pakej yang boleh diterima.

Sebagai ‘rider’ motosikal berkuasa tinggi sejak sekian lama, tabiat menukar gear sudah sebati dalam diri. Dan yang lebih penting, saya percayakan diri sendiri lebih daripada apa sahaja logik yang digunakan pembuat-pembuat kereta pada kotak gear automatik mereka.

Review Pemilik: Proton Persona 2019 Standard MT saya – Murah, Mudah, Seronok 02

Perkara yang hampir-hampir buat saya tawar hati ialah kekurangan kelengkapan moden bagi varian manual walaupun saya sudah ada bajet yang mencukupi. Tapi, memikirkan yang saya mungkin tidak akan ada peluang sebegini lagi di kemudian hari; samada saya patut beli sebuah lagi kereta dengan tempoh pinjaman 7 atau 9 tahun dan kereta manual baharu yang bagus dan mampu milik mungkin akan ‘pupus’ pada masa itu (ia benar-benar berlaku sekarang, Persona dan Iriz 2021 sudah tak ada varian MT). Oleh itu, saya akur dengan pilihan kereta bajet ‘spec kosong’ ini untuk beberapa tahun lagi.

Juga tidak dilupa, terima kasih kepada rebiu Chris Wee atas Proton Iriz MT. Video beliau banyak meyakinkan saya untuk akhirnya membeli kereta ini kerana agak mustahil bagi saya untuk memandu-uji varian manual di pusat pengedar Proton.

Review Pemilik: Proton Persona 2019 Standard MT saya – Murah, Mudah, Seronok 03

Saya melambai ke kamera Google Maps, tapi mungkin mereka tak suka kot.

Pengalaman Pemilikan Proton Persona 2021

  • Saya sudah melengkapkan perjalanan sejauh 29,000 km.
  • Purata penggunaan petrol bagi kereta saya ialah 8.5 liter/100 km.

Satu perkara yang saya tak sangka ialah betapa cepatnya persepsi buruk saya tentang kereta Proton ‘spec kosong’ yang murah hilang begitu saja.

Pada mulanya, saya sangat-sangat tak suka trim tanpa cat di sekitar konsol tengah, salur penghawa dingin, dan sterengnya (bahagian plastik tempat letaknya punat-punat di dalam varian lebih tinggi) sehinggakan saya masukkannya dalam senarai Top 5 benda-benda yang saya akan ganti serta-merta selepas kereta tiba. Namun tak lama selepas itu, kebanyakan perkara-perkara ini mula ‘hilang’ di mata.

Review Pemilik: Proton Persona 2019 Standard MT saya – Murah, Mudah, Seronok 04

Dengan harga sebegini, saya susah nak jumpa keburukan pada kereta ini melainkan beberapa perkara yang menjengkelkan seperti bunyi bergegar di sekitar papan pemukanya (berjaya dibaiki dengan meletakkan pita pelekat yang dibeli atas-talian), dan ‘wiper’ dikawal kelajuan yang perlahan dan berhenti apabila kereta diperlahankan dan dihentikan. Saya rasa ia bahaya apabila berhenti di lampu isyarat atau di dalam kesesakan lalu-lintas semasa cuaca hujan.

Saya tak rasa inilah kereta terbaik dalam segmen bajet, tapi ia membuatkan saya ragu-ragu tentang menambah belanja RM 30,000 bagi model pesaingnya. Setakat ini, saya masih gembira dengan komitmen rendah yang dibayar setiap bulan.

Review Pemilik: Proton Persona 2019 Standard MT saya – Murah, Mudah, Seronok 05

Inilah pendapat peribadi saya tentang varian Persona Standard secara keseluruhannya. Saya percaya ramai pembaca di sini tahu betapa bagus atau buruknya Proton Persona 2019, tapi saya boleh agak pembaca review ini lebih cenderung untuk tahu kebaikan dan keburukan kotak gear manual Proton Persona 2019 ini.

Bagi saya, ia sangat bagus dan mudah untuk pemanduan harian.

Review Pemilik: Proton Persona 2019 Standard MT saya – Murah, Mudah, Seronok 06

Bahagian belakangnya nampak cantik sebenarnya. Terima kasih Google Maps untuk gambar ini.

Saya bukanlah ‘pro’ dalam bab rebiu kereta, oleh itu sukar sedikit bagi saya untuk ceritakan dengan terperinci. Namun, setelah dua tahun memiliki kereta ini, memandunya setiap hari ke rumah pengasuh anak saya (perjalanan dekat), tempat kerja isteri saya di Bangsar South dari Kota Damansara (perjalanan sederhana jauh), dan sekali sekala berjalan jauh ke Lumut, Perak, Pulau Pinang, dan Temerloh, Pahang, tak pernah sekali pun saya menyesal membeli kereta manual.

Review Pemilik: Proton Persona 2019 Standard MT saya – Murah, Mudah, Seronok 07

Peralihan gearnya lancar dan tepat (tak susah nak agak gear apa yang perlu digunakan) dan pada masa sama pedal klacnya mudah untuk ditekan dan ditahan. Ucapan tahniah saya juga kepada Geely kerana membekalkan varian ini dengan tombol gear asal paling cantik saya pernah lihat di dalam kereta bajet rendah. Satu-satunya kereta manual yang saya pandu-uji betul-betul sebelum membeli Persona ini ialah Perodua Viva makcik saya yang tidak mengagumkan sama sekali.

Satu-satunya perkara yang saya tak gemar tentang kotak gear ini ialah julat RPM tinggi ketika memandu di lebuhraya, dan ini menyebabkan penggunaan petrol lebih tinggi. Saya rasa tingkah-lakunya sama dengan motosikal yang didatangkan dengan kotak gear manual 5 kelajuan yang biasa saya gunakan. Gear keenam akan lebih sempurna untuk saya, tapi ia hanyalah angan-angan bagi sebuah kereta dalam julat harga RM 40,000 ini.

Selain daripada kotak gear, kuasa yang datang daripada enjin VVT Cam-Tak-Pro 1.6 liter ini adalah mencukupi bagi penggunaan saya. Tindak-balas pada RPM rendah terasa jauh lebih bagus daripada Cam-Tak-Pro lama dalam Proton Gen-2. Dipadankan lagi dengan kotak gear manual, saya tak ada banyak aduan tentang kereta ini.

Review Pemilik: Proton Persona 2019 Standard MT saya – Murah, Mudah, Seronok 08

Penghawa dingin amat sejuk, sampaikan saya tetpaksa letak pemegang telefon bimbit yang diklip pada penutup salurannya supaya tangan kiri saya tak ‘beku’.

Penggunaan petrol lebih tinggi sedikit berbanding kereta buatan Jepun rakan saya, iaitu sekitar 8.5 liter/100 km. Tapi, prestasi kecekapan minyak kereta saya boleh dikaitkan dengan rim 16” lebih besar yang dipasang dengan tayar 195/50-6, dan juga pemanduan agresif saya.

Apa-apa pun, saya sudah redha dengan pilihan ini – kuasa enjin dan penjimatan minyak kereta Proton cukup sederhana, tapi saya seronok menukar-nukar gear dan bermain dengan pedal setiap hari. Tambahan pula, bayaran bulanannya sangat rendah untuk pendapatan bulanan saya (peratusan satu digit dari keseluruhannya), dan saya cukup berpuas hati.

Review Pemilik: Proton Persona 2019 Standard MT saya – Murah, Mudah, Seronok 09

1 kad untuk tol, 1 kad untuk parkir. Lebih berguna berbanding pembaca Smart Tag.

Kelebihan dan Kekurangan

Kelebihan Proton Persona 2019 Standard MT

  • Murah untuk dimiliki dan dijaga, pada masa sama memenuhi keperluan sendiri, terutama sekali apabila saya selalu keluar naik motosikal berbanding kereta.
  • Kotak gear manualnya sesuai untuk pemanduan harian.
  • Membuatkan perjalanan lebih seronok dan bukan seperti tugas memenatkan. Ciri-ciri pengendalian bagus bagi Persona sepadan dengan kotak gear manualnya.
  • Ia lebih senyap tanpa bunyi dron CVT dalam varian AT.
  • Nak naik-taraf ‘head unit’ lebih mudah berbanding varian lebih tinggi memandangkan soket yang digunakan lebih biasa ditemui. Saya menaiktarafnya kepada Sony XAV-AX100 yang menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay dengan pemprosesan audio dipertingkatkan yang menyerlahkan lagi bunyinya walaupun hanya dengan ‘speaker’ 2 unit yang asal.
  • Ia didatangkan dengan kelengkapan dan standard keselamatan moden. ‘Hill Hold Assist’ memang membantu setelah saya usai membiasakan diri dengan kelengkapan ini (perlu banyak latihan).

Review Pemilik: Proton Persona 2019 Standard MT saya – Murah, Mudah, Seronok 10

Kelengkapan paling saya hargai dalam kereta ini

Kekurangan Proton Persona 2019 Standard MT

  • Keseimbangan buruk dan material murah di ruang dalamannya. Walaupun ia didatangkan dengan kelengkapan moden seperti ‘head unit’ dan paparan meter jenis digital, ia masih terasa lapuk berbanding dengan varian lebih tinggi. Jangan beli kalau anda cuba nak kagumkan sesiapa.
  • Tak ada orang tahu yang anda memandu kereta manual kerana tiada lencana atau tanda MT di belakang kereta. Tak perlulah nak tambah stiker “real men drive three-pedal”, kereta ini belum tahap KL Drift lagi.
  • Tayar dan rim asal kadangkala tidak begitu sesuai untuk pemanduan agresif saya terutama sekali apabila mendaki Genting Sempah.
  • ‘Wiper’ berkawalan kelajuan yang diceritakan tadi.
  • Walaupun ruang butnya besar, memasukkan barang ke dalamnya agak sukar disebabkan oleh bukaannya yang kecil dan engsel penutup but.
  • Susah nak dapat rim berkualiti tinggi yang mampu milik disebabkan oleh PCD 4 x 114.3mm digunakannya jika dibandingkan dengan PCD 4 x 100mm yang ada pada kereta-kereta Perodua dan Jepun.

Review Pemilik: Proton Persona 2019 Standard MT saya – Murah, Mudah, Seronok 11

Anak saya main ‘remote control’

Penilaian Proton Persona 2019 Standard MT

Skor Penuh: 4/5

Prestasi: 3/5

Kualiti dan Kelengkapan: 3/5

Ruang: 4/5

Keselesaan Perjalanan: 4/5

Penjimatan Minyak: 3/5

Harga dan Kos: 4/5

Rumusan

Sebuah kereta keluarga berharga rendah yang praktikal dan menyeronokkan. Saya telah memandunya sejauh ratusan kilometer ke Lumut, Perak dalam keadaan lutut kiri dan lengan cedera disebabkan oleh kemalangan motosikal awal tahun ini.

Review Pemilik: Proton Persona 2019 Standard MT saya – Murah, Mudah, Seronok 12

Pembalut luka di siku dan lutut saya. Tapi saya memandu lebih 200 km dengan balutan ini

Saya anggap ia satu pencapaian bagi saya, dengan lengan dan kaki berbalut dan memerlukan tongkat untuk berjalan, tapi saya masih boleh memandu jarak jauh dengan kereta manual.

Review Pemilik: Proton Persona 2019 Standard MT saya – Murah, Mudah, Seronok 13

Pita yang saya gunakan untuk mengurangkan bunyi yang datang dari bahagian ini.

Selain dari itu, saya telah melalukan beberapa ubah-suai hanya untuk menepati citarasa saya yang tersendiri:

  • Menggantikan ‘head unit’ dengan unit bersama sokongan Android Auto dan Apple CarPlay. Jauh lebih bagus daripada unit yang ada di dalam varian lebih tinggi.
  • Menggantikan rim dan tayar asal kepada rim ‘cap-yam’ Taiwan 16” dan tayar dibawa masuk dari Gen-2 lama saya. Saya amat sukakan pengendalian kereta ini dengan Yokohama BluEarth AE50 terutama sekali ketika cuaca hujan. Kini saya menggunakan Goodyear Assurance Triplemax 2 dengan ‘treadwear’ lebih tinggi untuk ketahanan lebih lama.
  • Menggantikan spring asal dengan spring ‘lowered’ dari Ftuned. Modelnya ialah CLS dan seperti namanya, ia ‘Comfort’ (keselesaan) disamping memberikan kedudukan ‘Lowered’ (rendah). Saya menukar semula spring belakang kepada yang asal untuk menyesuaikannya dengan kehadiran si kecil pada bulan Jun tahun lalu. Ia nampak OK walaupun ‘jongket’ sikit, buat masa sekarang saya biarkan saja.

Review Pemilik: Proton Persona 2019 Standard MT saya – Murah, Mudah, Seronok 14

Anda berminat untuk kongsikan pengalaman pemilikan anda dan bercerita tentang kereta kesayangan anda? Kami di WapCar amat berbesar hati untuk menerima nukilan anda dan mengongsikannya di platform popular kami, cuma klik pautan di dalam gambar di atas!

Tambahan pula, anda boleh menerima cenderahati istimewa dari kami. Jom daftar untuk dapatkan maklumat lanjut! Staf kami akan hubungi anda secepat mungkin sejurus selepas pendaftaran anda dihantar. Tunggu apa lagi? Jom!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda