window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Review Pemilik: Toyota Corolla SEG AE101 1991 saya – tak ada radio, tak ada hal. Bunyi 4AGE cukup!

Mersita · Oct 30, 2021 08:00 PM

Review Pemilik: Toyota Corolla SEG AE101 1991 saya – tak ada radio, tak ada hal. Bunyi 4AGE cukup! 01

Kereta ini walaupun pada asalnya nampak seperti ‘kereta pakcik’, ramai yang tak tahu ia sebenarnya cukup berkuasa. Model ini ialah antara kereta projek popular dikalangan peminat pemanduan, sering diubahsuai untuk menepati citarasa dari segi rupa dan prestasi.

Dalam entri kali ini, kami ingin berkongsi satu nukilan rebiu pemilik Toyota Corolla SEG AE101 dari tahun 1991 yang pada mulanya dikongsikan oleh Ken Bkl di laman forum popular kami, WapCar Community. Jika anda berminat untuk berkongsi pengalaman anda sendiri, bolehlah dapatkan pautannya di penghujung artikel ini.

Maklumat asas kereta saya

Review Pemilik: Toyota Corolla SEG AE101 1991 saya – tak ada radio, tak ada hal. Bunyi 4AGE cukup! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Corolla SEG AE101 1991

Tujuan saya membeli kereta ini

Saya memiliki sebuah Proton Preve 1.6 CFE 2012. Saya amat meminati sukan permotoran dan pemanduan bersemangat, namun saya dapati Proton Preve dengan kotak gear CVT-nya terlalu ‘lemau’ dan tidak mampu bertahan dengan pemanduan agresif saya.

Ketika itu, saya mencari sebuah kereta yang ringan, tahan lasak, dan boleh ‘rev’ tinggi yang saya boleh bawa ke trek. Saya pertimbangkan banyak pilihan lain, contohnya Proton Satria (4g92 Mivec), Honda Civic (B16A), dan juga Honda Accord (H22A). Saya faham yang dari segi kuasa kuda, 4AGE ini tidak setanding enjin VTEC dan MIVEC.

Review Pemilik: Toyota Corolla SEG AE101 1991 saya – tak ada radio, tak ada hal. Bunyi 4AGE cukup! 01

Walaubagaimanapun, sebagai peminat setia Initial D, tarikannya sejak saya kecil lagi sehinggalah ke bunyi deruman enjinnya membuatkan saya semakin tertarik kepada kereta ini. Semua enjin yang saya nyatakan di atas pun mempunyai bunyi deruman yang sedap, tapi faktor Initial D itu lebih menguatkan keputusan saya.

Saya mahukan sebuah kereta yang saya boleh gunakan sebagai kereta projek untuk masa terluang, dan pada masa sama kereta yang memberikan saya ‘feel’ pemandu.

Proses pemilihan kereta

Review Pemilik: Toyota Corolla SEG AE101 1991 saya – tak ada radio, tak ada hal. Bunyi 4AGE cukup! 02

Ketika itu, saya ada bajet RM 20,000 untuk membeli kereta dan ubahsuainya sekali. Memandangkan ia kereta projek, saya terbelanja lebih dari jangkaan untuk ubahsuainya saja. Walaupun ‘lebih’ itu banyak sebenarnya, apa pun kereta projek sememangnya tak pernah ‘siap’.

Model-model lain yang saya pertimbangkan termasuklah Proton Satria (4G92 MIVEC), Honda Civic (B16A), dan Honda Accord (H22A).

Sebab saya memilih Toyota Corolla SEG AE101

Review Pemilik: Toyota Corolla SEG AE101 1991 saya – tak ada radio, tak ada hal. Bunyi 4AGE cukup! 03

Saya pernah memandu uji beberapa buah Corolla SEG dengan ‘blacktop’ dan ‘silvertop’ sekali. Kebanyakan daripadanya berada dalam keadaan usang walaupun pemiliknya mengatakan ia berada dalam kondisi baik dan boleh dipandu tanpa masalah.

Kemudian, saya terjumpa kereta SEG ini dengan 4age 20V Silvertop dalam kondisi yang baik dan dengan harga yang cukup murah (ketika PKP 1.0). Saya tak kisah ia ‘silvertop’ kerana ia mempunyai bahagian dalaman yang lebih kukuh. Saya akhirnya buat keputusan untuk membeli kereta ini sekitar Disember 2020.

Pengalaman pemilik Toyota Corolla SEG AE101

Review Pemilik: Toyota Corolla SEG AE101 1991 saya – tak ada radio, tak ada hal. Bunyi 4AGE cukup! 04

Purata penggunaan minyak kereta saya ialah 10 km/liter.

Walaupun kondisi kereta ini nampak baik, saya masih rasa yang ia perlu disegarkan lagi. Oleh itu, sejak saya membeli kereta ini, saya telah melakukan sedikit perubahan pada kereta ini mengikut citarasa dan keperluan saya:

Review Pemilik: Toyota Corolla SEG AE101 1991 saya – tak ada radio, tak ada hal. Bunyi 4AGE cukup! 05

  • Saya ganti semua pam, pulley dan radiator
  • Enjin dibina semula dan diseimbangkan secara menyeluruh
  • ‘Flywheel’ ringan
  • ‘Coilovers’
  • Ruang dalaman dibuka (togel)
  • ‘Short shifter’
  • Stereng, dan
  • Ekzos

Review Pemilik: Toyota Corolla SEG AE101 1991 saya – tak ada radio, tak ada hal. Bunyi 4AGE cukup! 06

Saya sedang merancang untuk menaiktaraf brek dan tempat duduknya supaya lebih selesa dipandu, tapi seeloknya jangan berbelanja terlalu berlebihan pada satu-satu masa. Walaupun masih banyak yang perlu dilakukan keatas kereta ini, setakat ini ia telah memberikan saya kepuasan yang saya perlukan.

Ada sesuatu yang mengujakan tentang kebolehan ‘rev’ sehingga 8,000 rpm di dalam kereta manual yang ringan. Walaupun saya akan dikalahkan juga oleh kereta-kereta moden lain, namun ‘feel’ pemandu itu cukup unik yang saya tak rasa saya akan dapat dari kereta moden.

Kelebihan dan Kekurangan

Review Pemilik: Toyota Corolla SEG AE101 1991 saya – tak ada radio, tak ada hal. Bunyi 4AGE cukup! 07

Kelebihan Toyota Corolla SEG AE101

  • Ia boleh ‘rev’ sehingga 8,000 rpm
  • Ia berkotak gear manual
  • Penggunaan minyaknya cukup baik bagi kapasiti tangka 40 liter dan diisi dengan RON 97 bagi mengelakkan ‘knocking’ pada enjin. Saya boleh memandu kereta ini sejauh lebih 400 km dengan pemanduan yang cukup bersemangat. Proton Preve saya hanya dapat capai 300 km dengan minyak tangki penuh 50 liter.

Review Pemilik: Toyota Corolla SEG AE101 1991 saya – tak ada radio, tak ada hal. Bunyi 4AGE cukup! 08

  • Menurut Toyota, enjin 1.6 4age 20V mampu menjana sekitar 160 hp (enjin asal). Walaupun bunyinya tidak sehebat Honda Civic FC, namun bagi sebuah kereta dengan berat 1,100 kg, angka ini cukup mengagumkan.
  • Pengendaliannya cukup bagus di jalan biasa.
  • ‘Throttle bodies’ berasingannya memberikan respon pacuan yang sangat tangkas.

Kekurangan Toyota Corolla SEG AE101

Review Pemilik: Toyota Corolla SEG AE101 1991 saya – tak ada radio, tak ada hal. Bunyi 4AGE cukup! 09

  • Memandangkan ruang dalaman kereta ini di’togel’kan, ia sangat bising. Bunyi batu di atas jalan pun kedengaran. Bolehlah untuk kereta hujung minggu, tapi bukan untuk kereta harian.
  • Tiada ‘power windows’. Ya, kereta ini gunakan tingkap pusing tombol yang konvensional.
  • Tiada penghawa dingin. Ia masih ada, tapi tidak berfungsi dengan baik.
  • Tiada radio. Tapi kalau nak diikutkan, tak perlu radio pun – bunyi 20 Valve dah cukup
  • Keluarga saya menggelarnya ‘kereta pakcik’.

Review Pemilik: Toyota Corolla SEG AE101 1991 saya – tak ada radio, tak ada hal. Bunyi 4AGE cukup! 10

Penilaian Toyota Corolla SEG AE101

Skor Penuh: 4/5

Prestasi: 3/5

Kualiti dan Kelengkapan: 1/5

Ruang: 2/5

Keselesaan Perjalanan: 1/5

Penjimatan Minyak: 5/5

Harga dan Kos: 2/5

Rumusan

Walaupun ia bukan AE86, memandu Corolla SEG ini memuaskan impian kanak-kanak saya. Saya boleh tersenyum sendirian apabila menukar gear dan mendengar ‘rev’ yang padan dengan ‘downshift’. Memandu kereta ini tidaklah semestinya kena laju. Ia lebih kepada perasaan yang anda dapat semasa memandu kereta ini. Yang pastinya, ia membuatkan saya rasa gembira dan puas. Senyuman pada setiap peralihan gear.

Kejadian menarik dengan kereta saya

Review Pemilik: Toyota Corolla SEG AE101 1991 saya – tak ada radio, tak ada hal. Bunyi 4AGE cukup! 11

Memandangkan kita masih berhati-hati dengan COVID-19, saya belum berpeluang untuk membawa kereta ini ke trek. Mungkin tak lama lagi saya akan penuhi niat ini. Buat sementara waktu, saya memandunya di sekitar bandar sebagai kereta hujung minggu dengan berhemah. Kereta ini tak pernah gagal dalam menggembirakan saya.

Review Pemilik: Toyota Corolla SEG AE101 1991 saya – tak ada radio, tak ada hal. Bunyi 4AGE cukup! 12

Anda berminat untuk kongsikan pengalaman pemilikan anda dan bercerita tentang kereta kesayangan anda? Kami di WapCar amat berbesar hati untuk menerima nukilan anda dan mengongsikannya di forum popular kami, cuma klik pautan di dalam gambar di atas!

Tambahan pula, anda boleh menerima cenderahati istimewa dari kami. Jom daftar untuk dapatkan maklumat lanjut! Staf kami akan hubungi anda secepat mungkin sejurus selepas pendaftaran anda dihantar. Tunggu apa lagi? Jom!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda