window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Review Pemilik: Toyota Vios TRD Sportivo 2015 saya – pemanduan seronok dan selesa

Mersita · Oct 31, 2021 06:00 PM

Review Pemilik: Toyota Vios TRD Sportivo 2015 saya – pemanduan seronok dan selesa 01

Toyota Vios TRD Sportivo menerima naik taraf pada tahun 2015, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai antara kereta bukan nasional nasional terlaris di Malaysia ketika itu. Antara pembaharuan yang diterima model ini termasuklah pencahayaan di bahagian kaki dan infotainment baru. Dijual dengan harga rasmi RM 94,800, Toyota Vios TRD Sportivo 2015 menambat hati ramai pembeli dengan kemasan kabin premium dan rupa bentuk yang mengancam.

Apa pula kata pemiliknya? Saudara Lukman Hakim berkongsi pengalaman pemilikannya di laman forum popular kami, WapCar Community, bagi menceritakan kelebihan serta kekurangan model Toyota popular ini. Jika anda berminat untuk berkongsi pengalaman pemilikan kereta sendiri, anda boleh dapatkan pautannya di penghujung reviu ini.

Maklumat asas kereta saya

Toyota Vios TRD 1.5 2015

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tujuan saya membeli kereta ini

Review Pemilik: Toyota Vios TRD Sportivo 2015 saya – pemanduan seronok dan selesa 01

  • Binaannya teguh
  • Kereta dari jenama bukan nasional paling dipercayai
  • Kos penjagaan berpatutan dan alat ganti mudah didapati
  • Nampak ‘sporty’

Proses pemilihan kereta

  • Saya ada bajet bawah RM 100,000
  • Antara model lain yang saya pertimbangkan: Honda City, Hyundai Elantra, Kia Cerato

Sebab saya memilih kereta ini

  • Reputasi jenama kereta
  • Pengendalian dan penggunaan minyak kereta yang bagus
  • Kebolehtahanan untuk penggunaan jalan masa panjang
  • Dilengkapi dengan aksesori TRD dan nampak lebih sporty

Pengalaman pemilikan Toyota Vios TRD Sportivo 2015

Review Pemilik: Toyota Vios TRD Sportivo 2015 saya – pemanduan seronok dan selesa 02

Saya sudah memandu kereta ini sejauh 109,000 km.

Beberapa tahun awalan pengalaman pemilikan kereta ini agak positif. Saya membelinya dengan harga RM 90,000 selepas ditolak rebat RM 5,000 pada November 2015. Memandangkan salah satu sebab saya memilih kereta ini adalah kerana jenama Jepun yang dipercayai, sebarang kekurangan kecil kereta ini boleh dimaafkan.

Kereta ini memuaskan kemahuan seorang peminat kereta jenama Jepun seperti saya dan sarung tempat duduk kulit yang selesa betul-betul memuaskan hati selepas beralih dari kereta lama saya iaitu Proton Wira dari 1994. Ia sememangnya terasa seperti satu naik taraf yang besar.

Review Pemilik: Toyota Vios TRD Sportivo 2015 saya – pemanduan seronok dan selesa 03

Bunyi pintu kereta dan but apabila ditutup yang padu, pencahayaan warna merah di ruang kaki hadapan yang menonjolkan suasana ‘sporty’ di dalam kabin, sensasi hebat punat pada stereng, panel meter berlatarbelakangkan warna merah, berserta sistem audio Pioneer berskrin sentuh 7 inci dengan 6 ‘speaker’ membuatkan kereta ini terasa berkelas tinggi apabila dibandingkan dengan model Jepun yang lain. Melainkan jenama Mazda.

Kereta ini menawarkan pengendalian yang bagus di selekoh, dan keselesaan perjalanan bagi pemandu dan juga penumpang membuatkannya sebuah kereta keluarga segmen B yang ideal. Dengan penyerap hentakannya yang ditala selesa, kestabilan kereta terkompromi sedikit ketika meluncur laju di lebuh raya. Ia terasa melayang dengan lebih ketara apabila memotong kenderaan berat seperti trak atau bas.

Dalam pemanduan di bandar, saya rasa talaan ‘suspension’nya terlalu lembut apabila badan kereta bergegar dan bergoyang dengan agak ketara apabila membelok dan melepasi bonggol. Saya sudah mengeluarkan belanja hampir RM 1,000 untuk alatan penstabilan – termasuklah ‘anti-roll bar’, ‘front tower bar’, ‘sport rim’ 15 inci – dan isunya dapat diselesaikan.

Review Pemilik: Toyota Vios TRD Sportivo 2015 saya – pemanduan seronok dan selesa 04

Kotak gear automatik 4 kelajuan di dalam kereta ini cukup bagus walau bagi mereka yang mengamalkan pemanduan agresif. Tindak balas peralihan gearnya terasa sama dengan kereta manual, dimana anda boleh turun ke gear 3 untuk mendaki bukit dan juga gear 2 untuk melepasi selekoh tajam. Lebih mengejutkan, tindak balas ini bersifat segera (on-the-spot) apabila anda boleh rasakan pembrekan enjinnya berfungsi tepat pada masanya.

Walaupun ia tidak dilengkapi mod Sport seperti model-model lain, enjin VVT-i ini mempunyai tindak balas yang pintar dimana ia boleh menghantar kuasa kepada pacuan bila anda perlukannya. Inilah ciri yang terbaik apabila anda perlu memotong kenderaan lain dan menukar lorong.

Minyak setangki penuh memakan kos RM 60 (35 liter) untuk RON 95 dan jarak perjalanan dengan tangki penuh ialah hampir 500 km – dengan penggunaan harian 60 km sehari di bandar, lebuh raya dan jalan biasa. Bagi saya, ini ialah kereta segmen B yang mesra poket.

Review Pemilik: Toyota Vios TRD Sportivo 2015 saya – pemanduan seronok dan selesa 05

Kos penjagaannya cukup berpatutan, dimana servis besar selepas mencapai 80,000 km berkos bawah RM 1,000. Servis kecilan (setiap 10,000) boleh cecah RM 300 (minyak enjin separa sintetik) dan servis besaran (setiap 30,000 km) pula boleh mencecah sehingga RM 500 (ATF/minyak enjin/ATF filter).

Sepanjang 6 tahun memiliki kereta ini, saya telah menggantikan penghawa dinginnya (cooling coil) yang memakan kos RM 850 dan ‘brakde pad’ hadapan RM 300. Mekanik saya memberitahu ia boleh lusuh dan boleh diganti selepas 5 tahun.

Secara keseluruhannya, Toyota Vios TRD Sportivo ini cukup padu dan trenkuasanya juga cukup ringkas namun hebat. Ia sebuah kereta yang seronok dipandu dengan jenama yang sangat dipercayai. Pengendalian serta chassisnya bagus.

Kelebihan dan Kekurangan

Review Pemilik: Toyota Vios TRD Sportivo 2015 saya – pemanduan seronok dan selesa 06

Kelebihan Toyota Vios TRD Sportivo saya

  • Pengendalian padu
  • Chassis bagus
  • Selesa
  • Kos penjagaan murah dan alat ganti tahan lama

Kekurangan Toyota Vios TRD Sportivo saya

  • Trenkuasa ringkas
  • Tak banyak kelengkapan keselamatan terkini seperti model Vios terkini
  • Tidak begitu stabil pada kelajuan laju
  • Tempat duduk penumpang belakang kecil sedikit berbanding Honda City/Nissan Almera

Penilaian Toyota Vios TRD Sportivo saya

Skor Penuh: 4/5

Prestasi: 4/5

Kualiti dan Kelengkapan: 4/5

Ruang: 3/5

Keselesaan Perjalanan: 4/5

Penjimatan Minyak: 3/5

Harga dan Kos: 4/5

Rumusan

Vios RTD (generasi ketiga) merupakan ‘maharaja’ terakhir bagi generasi TRD (sekarang giliran GR), dengan pemanduan yang seronok dan mengujakan

Versi-versi TRD/GR perlu dilengkapi sepenuhnya dengan alatan ‘sport’ (sport absorber/bar penstabilan) serupa dengan spesifikasi GR Yaris terkini berbanding aksesori normal sekadar berlencana TRD/GR. Jika tepat resepinya, Toyota boleh jadikan Vios ini kereta segmen B terunggul di pasaran.

Review Pemilik: Toyota Vios TRD Sportivo 2015 saya – pemanduan seronok dan selesa 07

Anda berminat untuk kongsikan pengalaman pemilikan anda dan bercerita tentang kereta kesayangan anda? Kami di WapCar amat berbesar hati untuk menerima nukilan anda dan mengongsikannya di forum popular kami, cuma klik pautan di dalam gambar di atas!

Tambahan pula, anda boleh menerima cenderahati istimewa dari kami. Jom daftar untuk dapatkan maklumat lanjut! Staf kami akan hubungi anda secepat mungkin sejurus selepas pendaftaran anda dihantar. Tunggu apa lagi? Jom!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda