window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Revolusi EV di China: Lebih 5.2 Juta unit pengecas, separuh baru dilancarkan tahun 2022!

Haris ยท Mar 11, 2023 10:00 AM

Revolusi EV di China: Lebih 5.2 Juta unit pengecas, separuh baru dilancarkan tahun 2022! 01

Kira-kira 2.6 juta pengecas EV baharu dipasang pada 2022. Kredit

China, pusat pembangunan EV bateri (BEV) dunia telah menggandakan bilangan pengecas EV mereka dalam masa satu tahun sahaja.

Disokong oleh peningkatan permintaan untuk EV, kira-kira 2.6 juta pengecas baharu dipasang pada 2022 sahaja di mana lebih banyak lagi pengecaj akan datang pada 2023.

Revolusi EV di China: Lebih 5.2 Juta unit pengecas, separuh baru dilancarkan tahun 2022! 02

Menurut China Daily, infrastruktur pengecasan menyaksikan pertumbuhan hampir 100 peratus tahun ke tahun pada 2022, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 5.2 juta unit daripada 2.6 juta pengecas operasi, setakat Feb 2022, memetik data daripada Pentadbiran Tenaga Nasional China (NEA).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

China kini mempunyai 5.2 juta pengecas EV - yang terdiri daripada 1.8 juta pengecas awam dan 3.4 juta kemudahan pengecasan swasta.

Bagi tahun 2022, sebanyak 650,000 pengecas yang dibuka untuk orang awam dan 1.9 juta kemudahan pengecasan swasta dipasang, menurut NEA.

Revolusi EV di China: Lebih 5.2 Juta unit pengecas, separuh baru dilancarkan tahun 2022! 01

Menurut persatuan Electric Vehicle Charging Infrastructure Promotion Alliance di China - nisbah semasa berjumlah 1 pengecas untuk setiap 2.6 EV. Sehingga akhir 2022, terdapat kira-kira 13.1 juta EV di China dengan 8.4 juta lagi dijangka dijual pada tahun 2023.

Sebagai pemilik rangkaian pengecasan EV terbesar di dunia, Liang Changxin, jurucakap NEA (National Energy Administration) berkata "Pasaran pengecasan di China menunjukkan trend pembangunan yang pelbagai, dengan lebih daripada 3,000 syarikat mengendalikan sejumlah besar pengecasan.

"Jumlah elektrik yang dikenakan untuk kenderaan elektrik terus meningkat, dengan jumlah melebihi 40 bilion kWj pada 2022, peningkatan tahun ke tahun lebih daripada 85 peratus," katanya.

Revolusi EV di China: Lebih 5.2 Juta unit pengecas, separuh baru dilancarkan tahun 2022! 02

Walau bagaimanapun, Liang memberitahu China Daily bahawa walaupun mempunyai banyak pengecas EV, negara masih bergelut dengan cabaran tertentu: susun atur kemudahan pengecasan awam yang tidak strategik, kesukaran membina sejumlah pengecasan di beberapa kawasan kediaman, operasi pasaran pengecasan yang tidak teratur dan penyelenggaraan kemudahan yang tidak mencukupi.

Contoh yang membingungkan semua faktor di atas telah timbul tahun lepas. Semasa gelombang haba di beberapa wilayah di China, infrastruktur pengecasan EV tersekat di bawah peningkatan penggunaan tenaga (untuk penyejukan semasa gelombang haba) yang membawa kepada pengurangan outpiut pengecasan dan barisan yang sangat panjang dan tempoh menunggu sehingga 12 jam di kawasan tertentu disebabkan oleh penutupan pengecas dan waktu rosak.

Baca: Pemilik Tesla merungut, habiskan cuti Krismas berbaris lama untuk pengecas EV!

Revolusi EV di China: Lebih 5.2 Juta unit pengecas, separuh baru dilancarkan tahun 2022! 03

Untuk memperbaiki situasi ini, NEA juga telah berusaha untuk memperkenalkan piawaian bagi kemudahan pengecasan EV, di mana kira-kira 31 piawaian kebangsaan dan 26 piawaian industri telah dimuktamadkan.

Bagi Malaysia pula, kerajaan bercadang untuk menyasarkan sebanyak 10,000 unit pengecas menjelang tahun 2025 di bawah Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030. Sungguhpun begitu, jumlah pengecaj masih berada sekitar 700 unit setakat tahun 2022.

Baca: Malaysia dalam landasan tepat untuk memasang 10,000 stesen pengecas menjelang 2025, kini dah 700 unit - MITI

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia