window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

RHB DRIVE Premium & EV Roadshow dari 2-3 Jun 2023 bakal menjadikan impian EV anda menjadi realiti!

Haris · May 29, 2023 07:00 PM

RHB DRIVE Premium & EV Roadshow dari 2-3 Jun 2023 bakal menjadikan impian EV anda menjadi realiti! 01

Kenderaan elektrik (EV) menjadi semakin popular kerana kemampuan dan statusnya sebagai simbol status. Teknologi mula meresap ke dalam kereta moden, menjadikannya lebih kepada pameran teknologi berbanding objek bergerak. Ini terutama berlaku untuk EV, kerana ia membawakan teknologi terkini daripada pengeluar kereta, menjadikannya lebih menarik untuk pembeli moden.

Lantas, perkembangan ini turut menarik sesetengah pengguna yang suka dilihat di atas jalan serta berada di bahagian depan dalam teknologi rintis.

RHB DRIVE Premium & EV Roadshow dari 2-3 Jun 2023 bakal menjadikan impian EV anda menjadi realiti! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kebanyakan pembeli sasar adalah mereka yang sukakan teknologi. Maka bagi para eksekutif yang mempunyai syarikat berteraskan teknologi, EV adalah sesuatu yang mereka mahu dilihat memandu di dalamnya.

Sebagai pengguna, apa pilihan lain yang kita ada? Mungkin kita boleh merasai dahulu penggunaan EV sebelum melakukan komitmen.

RHB DRIVE Premium & EV Roadshow dari 2-3 Jun 2023 bakal menjadikan impian EV anda menjadi realiti! 01

Platform terbaik untuk merasainya ialah Rhb DRIVE Premium & EV Roadshow yang berlangsung bulan depan dari 2 - 4 Jun 2023 di Piazza luar Pavilion Bukit Jalil.

WapCar akan bekerjasama dengan Carlist.my untuk menjadi tuan rumah pameran EV yang diterajui oleh pakej pembiayaan hijau RHB yang disesuaikan khusus untuk EV, menjadikannya mudah untuk memandu pulang EV dengan lebih penjimatan besar pinjaman sewa beli konvensional.

Sebahagian besar EV popular yang dijual di Malaysia kini berada di satu tempat. Antara model elektrik di pameran itu adalah:

RHB DRIVE Premium & EV Roadshow dari 2-3 Jun 2023 bakal menjadikan impian EV anda menjadi realiti! 02

Kami yakin anda sudah melihat EV yang paling banyak di atas jalan raya iaitu BMW iX. Ia merupakan EV premium yang paling popular di negara ini justeru menjadikannya pilihan yang mudah dipercayai.

Harganya bermula dari RM 403,800 untuk varian xDrive40 meletakkannya setanding dengan BMW 530i M Sport semasa pada RM 410,800. Bagi seseorang yang mahu tampil di barisan hadapan teknologi, BMW iX xDrive40 adalah EV yang paling sesuai. Tambahan pula, pembeli dalam julat ini mungkin sudah memiliki kereta konvensional di garaj.

Walau bagaimanapun, pilihan BMW iX3 yang lebih kecil juga menarik, bermula dari RM 322,800.

RHB DRIVE Premium & EV Roadshow dari 2-3 Jun 2023 bakal menjadikan impian EV anda menjadi realiti! 03

Sekiranya anda suka tampil berbeza tanpa kompromi, Volvo XC40 Recharge dan kembar bumbung condongnya, Volvo C40 Recharge juga merupakan alternatif yang sangat baik. XC40 berharga RM 278,888 manakala C40 menambah RM 10k daripada harga itu

Sekiranya anda mencari sesuatu di bawah tanda RM 200k untuk memudahkan gaya hidup EV, MINI Electric yang bergaya bermula dari RM 196,876 dan menawarkan lebih banyak reka bentuk menarik berbanding semua EV lain yang dipamerkan.

Dari Timur, industri EV yang berkembang pesat di China akan hadir untuk menunjukkan kemajuan mereka dengan bentuk BYD Atto 3, yang bermula dari RM 149,800, serta Ora Good Cat, yang bermula dari RM 140,500.

RHB DRIVE Premium & EV Roadshow dari 2-3 Jun 2023 bakal menjadikan impian EV anda menjadi realiti! 04

Kedua-dua EV China ini juga boleh didapati untuk pandu uji awam semasa pameran itu berlangsung.

BYD dengan pantas mengukuhkan kedudukannya sebagai "Tesla marhaen" dan itu adalah satu pujian yang hebat. Tambahan pula, ia menggunakan bateri LFP 'Blade', yang didakwa lebih baik dan lebih selamat daripada kebakaran berbanding bateri jenis NMC konvensional.

Dari segi teknikal jargon teknologi, bateri Blade menggunakan litium besi fosfat (LFP) sebagai bahan katod. Walaupun ia tidak digunakan secara meluas dalam EV sepertu bateri litium ternari dengan kobalt mangan nikel (NMC) oksida atau aluminium kobalt nikel (NCA) oksida, BYD mendakwa bahawa LFP adalah lebih selamat.

Baca: 5 sebab bateri LFP Blade BYD Atto 3 lebih hebat berbanding EV saingan lain

RHB DRIVE Premium & EV Roadshow dari 2-3 Jun 2023 bakal menjadikan impian EV anda menjadi realiti! 05

Sel-sel NMC melepaskan oksigen sekiranya berlaku perubahan haba (terlalu panas) yang mudah menangkap api manakala sel-sel LFP menghalang pelepasan oksigen kerana ikatan fosforus-oksigen dalam katod.

Akhir sekali, model EV paling comel di atas jalan Ora Good Cat turut dipamerkan. Ia merupakan EV paling berpatutan di negara ini sebelum gelaran ini dirampas oleh Neta V, tampil dengan gaya yang direka oleh oleh bekas pereka Porsche, Emanuel Derta.

RHB DRIVE Premium & EV Roadshow mempunyai pilihan dalam setiap bajet anda dan setiap model yang dipamerkan layak mendapat RHB Green Financing.

RHB DRIVE Premium & EV Roadshow dari 2-3 Jun 2023 bakal menjadikan impian EV anda menjadi realiti! 06

Kadar faedah RHB Green Financing tidak dapat ditandingi oleh tawaran pembiayaan kadar faedah tetap tradisional daripada bank-bank saingan.

Selain itu, anda juga akan diberi ganjaran penjimatan yang lebih besar apabila anda membayar ansuran anda setiap bulan. Ini kerana RHB Green Financing adalah daily rest product, bermakna peminjam yang membayar ansuran bulanan mereka pada awal bulan berbanding menunggu sehingga akhir bulan, akan melihat lebih banyak penjimatan.

Bagi memudahkan perbandingan dengan pinjaman tradisional, RHB menjelaskannya seperti berikut.

RHB DRIVE Premium & EV Roadshow dari 2-3 Jun 2023 bakal menjadikan impian EV anda menjadi realiti! 07

Misalnya, pembeli meminjam RM 300,000 dengan tempoh selama 9 tahun, RHB Green Financing dengan faedah tidak tetap mempunyai kadar faedah yang setara dengan hanya 2.05 peratus untuk pinjaman faedah tetap – faedah yang sangat rendah dan sukar ditandingi faedah pinjaman biasa.

Walau bagaimanapun, pembeli yang mendaftar untuk RHB Green Financing juga akan mendapat manfaat daripada keahlian 1 tahun percuma ChargEV bernilai RM 240. Sekiranya anda merancang perjalanan anda dengan baik melalui aplikasi PlugShare dan mencari pengecas awam percuma, secara teorinya anda boleh 'mengisi minyak' percuma, selama setahun.

RHB DRIVE Premium & EV Roadshow dari 2-3 Jun 2023 bakal menjadikan impian EV anda menjadi realiti! 08

Walaupun anda singgah hanya untuk melihat EV terkini atau mengetahui lebih lanjut mengenai EV, pengunjung berpeluang memenangi beberapa hadiah cabutan bertuah berupa perakam video 70Mai dan kredit TnG e-Wallet sepanjang pameran berlangsung.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan ini.

Baca: Kiraan "Road Tax" kenderaan elektrik (EV) baharu bakal diperkenalkan menjelang akhir tahun 2023 - MoT

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BMW iX xDrive50 Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia