window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Rider' Foodpanda maut kemalangan, motosikal Honda RS150 bertembung Perodua Alza

Khairil · Aug 20, 2021 03:00 PM

'Rider' Foodpanda maut kemalangan, motosikal Honda RS150 bertembung Perodua Alza 01

Lagi kes menyayat hati kemalangan maut membabitkan penunggang penghantar atau 'rider' makanan kali ini di simpang lampu isyarat, Jalan Seremban-Paroi berhampiran Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, semalam.

Mangsa, Khairil Anwar Radhuan, 27 yang juga penghantar makanan Foodpanda meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah di bahagian kepala selepas motosikal Honda RS150 ditunggangnya berlanggar dengan sebuah Perodua Alza.

'Rider' Foodpanda maut kemalangan, motosikal Honda RS150 bertembung Perodua Alza 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Memetik laporan Utusan Malaysia, mangsa turut terperosok di bawah kereta berkenaan akibat kemalangan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku pada pukul 10.55 pagi membabitkan kereta jenis Perodua Alza yang dipandu lelaki berusia 32 tahun dari arah Paroi ke Seremban.

“Apabila tiba di lokasi kejadian iaitu simpang empat berlampu isyarat, kereta yang dipandu itu sedang bergerak terus kemudian datang sebuah motosikal jenis Honda RS150 yang ditunggang seorang lelaki berusia 27 tahun yang bekerja sebagai penghantar makanan datang dari simpang sebelah kiri.

“Kereta tersebut tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian kanan motosikal yang ditunggang oleh mangsa. Akibat daripada kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

'Rider' Foodpanda maut kemalangan, motosikal Honda RS150 bertembung Perodua Alza 01

Mohd Said berkata mayat mangsa dibawa ke bahagian forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk pengendalian bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan 2, Azizul Aluwai berkata, ketika pihaknya tiba di lokasi kejadian, mangsa berada di bawah kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian.

'Rider' Foodpanda maut kemalangan, motosikal Honda RS150 bertembung Perodua Alza 02

“Kami menggunakan peralatan bagi mengeluarkan mangsa dan menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis. Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban terlibat dalam operasi berkenaan,” katanya.

Sumber imej: FB

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda