window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Riena Diana akhirnya beli Mazda CX-5 setelah ‘loan reject’ banyak kali, usia baru 24 tahun!

Mersita · Sep 8, 2021 03:00 PM

Riena Diana akhirnya beli Mazda CX-5 setelah ‘loan reject’ banyak kali, usia baru 24 tahun! 01

Pelakon dan penyampai radio Hot FM, Riena Diana, akhirnya berjaya memiliki kereta idamannya iaitu Mazda CX-5. Kereta pertamanya itu sudah diimpikan sejak tiga tahun lalu dan akhirnya berjaya memilikinya sempena hari ulangtahunnya yang ke-24 pada 3 September lalu.

Menurut laporan Kosmo, Riena Diana atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal berkata, dia bersyukur impiannya untuk memiliki kereta sendiri menjadi kenyataan selepas beberapa kali permohonan pinjaman ditolak pihak bank.

Riena Diana akhirnya beli Mazda CX-5 setelah ‘loan reject’ banyak kali, usia baru 24 tahun! 02

Foto: IG @rienadiana_

“Sudah lama saya nak beli kereta, sejak mula-mula menjadi pelakon lima tahun lalu. Tetapi, pada waktu itu belum ada rezeki. Buat permohonan pinjaman bank untuk membeli kereta termasuk Perodua Myvi tetapi tak lepas (gagal),” kata pelakon Kampung People itu kepada Kosmo.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Riena Diana akhirnya beli Mazda CX-5 setelah ‘loan reject’ banyak kali, usia baru 24 tahun! 01

Foto: IG @rienadiana_

Sejak memulakan kariernya lima tahun lalu, Riena meminjam kereta Perodua Myvi lama milik bapa saudaranya untuk bergerak ke sana ke mari.

Dia berkata walaupun Myvi tersebut tidak berpenghawa dingin, Myvi itulah yang paling banyak berjasa kepadanya dan mendakwa dia langsung tidak malu membawa kereta Myvi yang menjadi kebanggaannya itu.

Riena Diana akhirnya beli Mazda CX-5 setelah ‘loan reject’ banyak kali, usia baru 24 tahun! 02

Mazda CX-5

Katanya, sejak memulakan perjalanan kariernya lima tahun lalu, dia menghadapi kesukaran untuk memiliki kereta.

Ketika itu, dia pernah membuat permohonan bank untuk membeli kereta termasuk Perodua Myvi, namun gagal.

Baca juga: 'Loan' kereta anda tak lulus-lulus? Periksa dulu 5 perkara ini!

Riena Diana akhirnya beli Mazda CX-5 setelah ‘loan reject’ banyak kali, usia baru 24 tahun! 03

Ruang dalaman Mazda CX-5

Dalam muatnaiknya di Instagram, Riena menyebut di dalam kapsyennya, “Alhamdulillah at my age of 24, I dapat unlock 1 more achievement in my life.

“Different people, different journey kan? Bukan la mewah mana but I’m beyond happy!! More to come insyaallah!” nukilnya. Riena dilihat memilih Mazda CX-5 dengan rona Machine Gray Metallic. Mazda amat dikenali dengan buatannya yang premium dan tempat duduk selesa.

Tidak dapat dipastikan varian Mazda CX-5 yang menjadi pilihan pelakon cantik ini, namun harga CX-5 baru bermula dari RM 132,000 sehingga 174,000.

Baca juga:

Mazda CX-5 2020, varian mana yang paling berbaloi? 2.0L, 2.5L, 2.2D, atau 2.5T?

Mazda CX-5 generasi baru tidak lagi ‘mampu milik’ seperti sekarang. Kenapa?

Apa yang istimewa sangat dengan enjin SkyActiv Mazda?

Kebaikan & Keburukan: Mazda CX-5 – pemanduan mantap tetapi ruang kabin tidak memuaskan?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Mazda CX-5 2.0L Mid SKYACTIV-G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda