window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rim aloi Ronin & Inovit memasuki pasaran Malaysia, kombinasi prestasi & gaya, siap ada tawaran akhir tahun!

Zamil Syaheer · Dec 17, 2022 06:00 PM

Rim aloi Ronin & Inovit memasuki pasaran Malaysia, kombinasi prestasi & gaya, siap ada tawaran akhir tahun! 01

Jika anda jenis yang tidak suka melihat kereta standard, atau sedang mencari rim baru untuk kereta kesayangan anda, kini ada pilihan terbaru di pasaran dengan 2 jenama aftermarket yang sofistikated dan berkualiti tinggi.

Ronin dan Inovit ialah pemain baru dalam pasaran rim aftermarket di Malaysia. Dibawa masuk oleh Ronin Motorsport, dua jenama ini memenuhi kumpulan pelanggan yang sangat berbeza.

Kedua-dua jenama itu dilancarkan secara rasmi dengan rangkaian pengenalan lengkap yang tersedia dalam pelbagai warna dan saiz.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rim aloi Ronin & Inovit memasuki pasaran Malaysia, kombinasi prestasi & gaya, siap ada tawaran akhir tahun! 01

Ronin RFF-01

Pertama sekali, kita lihat Ronin Flow Form Wheels. Dinamakan sempena samurai yang tidak mempunyai lord atau master, rim berorientasikan prestasi ini terdiri daripada 2 reka bentuk dengan saiz 18x8.5J dengan PCD 114.3 atau 112.

Rim aloi Ronin & Inovit memasuki pasaran Malaysia, kombinasi prestasi & gaya, siap ada tawaran akhir tahun! 02

Ronin RFF-02

Rim pertama diberi nama RFF-01. Ia mempunyai reka bentuk berbilang jejari yang direka khusus untuk penjimatan berat dan ketegaran struktur. Ia datang dalam 3 warna; Alumit Black, Dark Gun Metal dan Matte Copper.

Rim kedua pula diberi nama RFF-02, dengan reka bentuk gaya mesh yang menampilkan potongan bermesin untuk penjimatan berat. Ia juga datang dalam 3 warna; Black, Matte Gun Metal dan Brushed Silver Aluminium.

Rim aloi Ronin & Inovit memasuki pasaran Malaysia, kombinasi prestasi & gaya, siap ada tawaran akhir tahun! 03

Walau bagaimanapun, semua warna tertakluk kepada ketersediaan memandangkan set terhad dibawa masuk.

Seperti namanya, rim Ronin adalah jenis flow-formed. Ini bermakna rim ditempa pada tekanan tinggi semasa dipusing pada kelajuan tinggi. Proses tersebut mengubah struktur molekul dan meningkatkan kekuatan aloi, membuatkan rim tersebut jauh lebih ringan daripada kaedah tuangan biasa. Ronin mendakwa setiap rim hanya seberat 8.4 kg sahaja.

Rim aloi Ronin & Inovit memasuki pasaran Malaysia, kombinasi prestasi & gaya, siap ada tawaran akhir tahun! 04

Rim yang lebih ringan bermakna berat unsprung’yang lebih rendah untuk kereta dan ini sangat sesuai dengan fokus kepada prestasi. Rim Ronin direka di Malaysia tetapi dihasilkan di Thailand, dimana ia juga telah melalui proses ujian TÜV (ibarat SIRIM, tapi untuk rim).

Beralih kepada rangkaian Inovit pula, ia disasarkan kepada pemilik yang lebih berorientasikan kosmetik. Walaupun ibu pejabat Inovit berada di Eropah, segala reka bentuk, kejuruteraan dan pembuatan rim Inovit dihasilkan di California, Amerika Syarikat.

Rim aloi Ronin & Inovit memasuki pasaran Malaysia, kombinasi prestasi & gaya, siap ada tawaran akhir tahun! 05

Semua rim Ronin dikeluarkan di Thailand tetapi direka di Malaysia.

Rim Inovit dibuat menggunakan proses tuangan (cast) yang lebih mudah. Rangkaian rim Iovit pada masa ini terdiri daripada 3 reka bentuk untuk saiz 19-inci dan 7 reka bentuk untuk saiz 20-inci yang lebih besar, menjadikannya sempurna untuk model seperti Toyota Alphard dan Vellfire.

Pada mulanya, Ronin Motorsport hanya membawa masuk reka bentuk monoblock tetapi akan menambah reka bentuk berbilang bahagian (multi-piece) dalam masa terdekat.

Rim aloi Ronin & Inovit memasuki pasaran Malaysia, kombinasi prestasi & gaya, siap ada tawaran akhir tahun! 06

Ronin Motorsport mempunyai rancangan untuk menembusi pasaran serantau baru setiap tahun, bermula dengan Jepun dan kemudian mengalihkan tumpuannya ke Indonesia. Menurut mereka, terdapat kekurangan rim aftermarket di Indonesia, jadi mereka berharap ia akan merangsang permintaan untuk rim mereka merentasi Selat Melaka.

Rim aloi Ronin & Inovit memasuki pasaran Malaysia, kombinasi prestasi & gaya, siap ada tawaran akhir tahun! 07

Sekarang ke soalan yang paling penting, harga. Rim Ronin berharga RM 4,200 untuk satu set. Manakala rim Inovit bermula pada harga RM 6,200 untuk saiz 19 inci dan meningkat kepada RM 7,500 untuk saiz 20 inci.

Rim aloi Ronin & Inovit memasuki pasaran Malaysia, kombinasi prestasi & gaya, siap ada tawaran akhir tahun! 08

Bagaimanapun, sempena pelancaran dua jenama ini, Ronin Motorsport menawarkan baucar RM 1,000 dengan setiap set yang dibeli sehingga akhir tahun.

Singgah ke bilik pameran mereka di 7, Jalan Pendidik U1/31, Hicom-Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor, untuk melihat keseluruhan rangkaian rim Ronin dan Inovit.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda