window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rim lagi besar, lagi bagus? Atau untuk menunjuk saja tapi tak power pun?

Mersita · Dec 26, 2020 04:00 PM

Rim lagi besar, lagi bagus? Atau untuk menunjuk saja tapi tak power pun? 01

Satu cara mudah untuk membuatkan kereta anda nampak baru ialah dengan mengganti set rim yang baru. Ini ialah satu bentuk ‘ubah suai’ yang paling mudah; keluar pergi tengok-tengok rim untuk kereta pun dah seronok. Walaupun rekaan atau corak rim tersebut bergantung kepada selera pemilik masing-masing, satu ‘naik taraf’ biasa yang sering orang lakukan ialah menukar rim bersaiz lebih besar.

Rim lagi besar, lagi bagus? Atau untuk menunjuk saja tapi tak power pun? 02

Perodua Myvi GT

Rim atau tayar besar memang nampak cantik dan ia membuatkan kereta tampak lebih atletik. Malah, pengilang-pengilang kereta pun seperti setuju dengan cara ini dan mereka memasang rim lebih besar pada varian-varian berspesifikasi tinggi. Kalaulah kereta ni orang sebenar, memasang rim dan tayar lebih besar rupa gayanya seperti orang yang tak pernah ‘skip leg day’.

Rim lagi besar, lagi bagus? Atau untuk menunjuk saja tapi tak power pun? 03

Bagaimana saiz rim merubah profail tayar. Gambar: oponeo.co.uk

Apabila kita besarkan rim, diameter luaran tayar perlu dikekalkan. Oleh itu, rim lebih besar bersamaan dengan profail sisi lebih rendah. Memilih rim besar dalam permainan video mungkin tidak akan memberi kesan kepada pemanduan dan pengendalian kereta, tapi dalam dunia sebenar, kita takkan terlepas daripada akibat-akibatnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rim lagi besar, lagi bagus? Atau untuk menunjuk saja tapi tak power pun? 01

Makin besar, makin banyak runsingnya. Gambar: siamagazin.com

Oleh itu, apakah akibatnya jika kita besarkan saiz rim kereta?

Ada baik dan buruknya, dan kami dah huraikan untuk anda di sini.

Kebaikan – Maklumbalas yang lebih baik

Rim lagi besar, lagi bagus? Atau untuk menunjuk saja tapi tak power pun? 02

Gambar: modernclassicsmagazine.co.uk

Kita bukanlah sehebat Caroll Shelby, tapi ramai antara kita yang bertungkus-lumus untuk tingkatkan prestasi kereta masing-masing. Satu kelebihan rim lebih besar ialah prestasi yang dipertingkatkan, terutama sekali apabila memandu di selekoh.

Rim lebih besar = profail sisi lebih rendah = regangan atau ‘flex’ tayar lebih rendah.

Rim lagi besar, lagi bagus? Atau untuk menunjuk saja tapi tak power pun? 03

Kalaulah anda boleh ‘flex’ duit, otot, dan tayar sekali. Gambar: boarwheel.com

Regangan atau ‘flex’ tayar bukanlah sesuatu yang tidak elok, malah, ia ada kelebihannya yang tersendiri. Tapi, regangan tayar yang rendah boleh mengurangkan ‘goyang’ di selekoh dan memberikan anda maklumbalas yang lebih nyata jika itu yang anda mahukan.

Dinding sisi tayar yang terlalu keras juga bukanlah sesuatu yang bagus. Oleh itu, usahalah untuk dapatkan keseimbangan yang sempurna.

Kebaikan – Lebih banyak ruang untuk brek lebih besar

Rim lagi besar, lagi bagus? Atau untuk menunjuk saja tapi tak power pun? 04

Gambar: tarox.com

Jika dilihat evolusi kereta-kereta berprestasi tinggi sejak dari dulu lagi, semakin lama ia semakin tinggi kuasanya, lebih besar, dan lebih berat (atas sebab-sebab keselamatan). Rimnya pun semakin lama semakin besar apabila keluar dari kilang itu sendiri, dan ia lebih lagi dari sekadar naik-taraf kosmetik.

Rim yang lebih besar memberikan lebih banyak ruang untuk brek yang lebih besar, dan ini sangat penting untuk menampung kuasa dan beratnya yang semakin tinggi.

Kebaikan – Ia nampak cun melecun

Rim lagi besar, lagi bagus? Atau untuk menunjuk saja tapi tak power pun? 05

Rim lebih besar boleh membuatkan kereta anda nampak tegap dan sasa. Dengan saiz rim yang tepat, walau kereta bandar kecil molek pun boleh nampak garang dan agresif.

Rim lagi besar, lagi bagus? Atau untuk menunjuk saja tapi tak power pun? 06

Gambar: mediaindonesia.com

Nilai estetikanya umpama kaki atau lengan manusia.

Rim lagi besar, lagi bagus? Atau untuk menunjuk saja tapi tak power pun? 07

Kereta-kereta konsep seringkali diberi rim yang lebih besar untuk impak visual lebih hebat

Dah cukup teruja? Kali ini, jom kita borak tentang keburukannya pula…

Keburukan – Lebih berat (jika dibandingkan dengan rim lebih kecil dengan material yang sama)

Rim lagi besar, lagi bagus? Atau untuk menunjuk saja tapi tak power pun? 08

Jika dibandingkan rim besi stok 14 inci, rim aloi 15 inci boleh lebih ringan beratnya. Oleh itu, hujah ini hanya boleh diaplikasikan jika bahan/material dan kaedah pembuatannya kekal sama.

Katakanlah anda buat keputusan untuk mengambil rim 15 inci Perodua Alza dan memasangkannya pada Perodua Axia. Ia pastinya akan membuatkan Axia itu lebih berat. Lebih berat bermaksud lebih daya rintangan golekan, yang juga bermaksud beban lebih tinggi pada enjin, dan ini juga bermaksud penggunaan bahan api yang lebih tinggi, pecutan lebih perlahan, bla bla bla…

Rim lagi besar, lagi bagus? Atau untuk menunjuk saja tapi tak power pun? 09

Satu ringkasan disebalik hukum fiziknya. ‘Moment of inertia’ ialah hasil daripada jisim dan radius rim. Gambar.

Walaupun secara amnya perkara ini benar, topik berkaitan berat mesti mengambil-kira berat keseluruhan rim dan tayar itu sekali. Kami tak tahu tetapan apa yang anda buat atau sedang rancang untuk buat.

Oleh itu, jika rancangan untuk menambah berat yang tak diperlukan pada kereta anda membuatkan anda selalu tak tidur malam, silalah timbang rim dan tayar anda untuk tenangkan fikiran.

Rim lagi besar, lagi bagus? Atau untuk menunjuk saja tapi tak power pun? 10

Lebih kurang macam kedai kasut. Gambar

Rim yang lebih besar tapi lebih ringan (dengan diameter luaran tayar yang sama) adalah pilihan lebih bagus.

Keburukan – Kurang selesa (NVH)

Rim lagi besar, lagi bagus? Atau untuk menunjuk saja tapi tak power pun? 11

Siapa nak disalahkan? Gambar

Roda berprofail lebih rendah boleh menyebabkan bunyi lebih bising dan pemanduan lebih keras, tapi kami pasti anda tak kisah pun tentang perkara ini.

Inilah sebabnya mengapa beberapa jenama kereta mewah yang moden mempunyai pemanduan/peluncuran yang kurang baik berbanding dahulu.

Kekurangan – Risiko untuk rosak lebih tinggi

Rim lagi besar, lagi bagus? Atau untuk menunjuk saja tapi tak power pun? 12

Gambar

Memandangkan ketebalan tayar untuk melindungi rim anda semakin berkurang, ia mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghadapi kerosakan.

Keburukan – Kos lebih tinggi

Lebih banyak anda belanja, lebih kurang getah tayar yang anda dapat memandangkan tayar berprofail rendah juga dijual dengan harga lebih mahal. Tapi, apa nak buat, dah memang macam tu. Anda boleh katakan yang ia disebabkan oleh ‘economics of scale’, ‘supply & demand’, atau sebab eksklusif. Apa-apa pun, ia memang lebih mahal.

Kesimpulan

Rim lagi besar, lagi bagus? Atau untuk menunjuk saja tapi tak power pun? 13

Rim lebih besar dengan roda berprofail rendah memang bagus jika anda mahukan maklumbalas lebih ketara atau anda mahu memasang brek lebih besar pada kereta anda. Perlu diingatkan yang ada saiz rim yang sememangnya terlalu besar bagi kereta yang anda miliki.

“Keseronokan memandu” sememangnya tidak datang percuma. Ia akan mengorbankan keselesaan dan wang dalam poket anda. Oleh itu, keseimbangannya sememangnya bergantung kepada selera dan minat anda sendiri.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda