window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ringgit lemah akan naikkan harga kereta baru di Malaysia, tak kisahlah CKD atau CBU

Mersita · Nov 14, 2021 06:00 PM

Ringgit lemah akan naikkan harga kereta baru di Malaysia, tak kisahlah CKD atau CBU 01

Sejak 10 tahun lalu, Ringgit Malaysia sudah kehilangan lebih 30 peratus dari nilainya. Pada Oktober 2011, Ringgit didagangkan pada kira-kira RM 3.12 berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS). Hari ini, angkanya mencecah RM 4.12.

Kesudahannya serupa apabila Ringgit Ringgit diukur berbanding Euro, dimana Ringgit rugi sekitar 20 peratus. Apabila diukur berbanding Baht Thailand, Ringgit juga didapati rugi 20 peratus sejak 10 tahun lalu.

Ringgit lemah akan naikkan harga kereta baru di Malaysia, tak kisahlah CKD atau CBU 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Satu-satunya sinar cerah ialah Ringgit dinilai lebih tinggi berbanding Yen Jepun – meningkat sehingga sekitar 5 peratus dalam tempoh sama.

Pakar-pakar ekonomi menjangkakan yang Ringgit akan kekal lemah berbanding kebanyakan mata wang serantau dan perdagangan utama, didagangkan pada sekitar RM 4.10 ke RM 4.15 berbanding Dolar AS bagi tahun 2022.

Kesan daripada Ringgit yang semakin lemah semakin ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pembeli warga Malaysia mungkin sudah nampak yang harga kereta semakin mencanak naik lebih tinggi dari biasa setiap kali model generasi baru dilancarkan.

Ringgit lemah akan naikkan harga kereta baru di Malaysia, tak kisahlah CKD atau CBU 01

Namun, pengeluar kereta bukanlah bank, oleh itu mereka jarang sekali mengubah senarai harga kereta berdasarkan pertukaran matawang asing dalam satu-satu ketika. Keuntungan yang diperoleh daripada tukaran matawang asing yang membawa pulangan akan disimpan, namun kerugian akan ditanggung oleh syarikat itu sendiri.

Tambahan pula, sama seperti mana-mana syarikat perdagangan, syarikat kereta menjalankan perlindungan nilai mereka sendiri dan harga borong sudah ditetapkan beberapa tahun lebih awal.

Ringgit lemah akan naikkan harga kereta baru di Malaysia, tak kisahlah CKD atau CBU 02

Kecualikan perubahan dalam struktur cukai; harga kereta tidak ditukar secara tiba-tiba sepanjang ia berada di pasaran – sekurang-kurangnya ini tidak dilakukan di Malaysia. Senarai harga kereta perlu diluluskan oleh kerajaan terlebih dahulu (bagi mendapatkan rebat cukai eksais atas kadar penggunaan bahan/komponen tempatan).

Walau bagaimanapun, apabila tiba masanya untuk memperkenalkan suatu model baru, harga borong kereta berkenaan perlu dibincangkan semula dan di sinilah pembeli boleh lihat peningkatan ketara dalam harga model baru berbanding model generasi sebelumnya.

Secara semulajadinya, impak perkara ini lebih ketara bagi kereta impot (CBU) berbanding kereta dipasang tempatan (CKD). Namun, walau kereta CKD sekalipun mempunyai kandungan komponen dan alatan impot yang tinggi. Oleh itu, kereta buatan tempatan juga tidak terkecuali daripada turun-naik forex ini.

Ringgit lemah akan naikkan harga kereta baru di Malaysia, tak kisahlah CKD atau CBU 03

A-Class generasi terdahulu boleh dimiliki pada harga kurang sedikit daripada RM 200,000

Apabila Mercedes-Benz A-Class W176 generasi terdahulu dilancarkan di Malaysia pada 2013, ia dijual pada harga RM 198,888 sahaja bagi model A200 dan RM 238,888 bagi A250. Kedua-dua model ini diimpot samada dari kilang Rastatt di Jerman ataupun dari Kecskemet di Hungary.

Menjelang 2018, harga bagi A-Class W177 generasi kedua naik kepada RM227,888 bagi model A200 dan RM 263,888 bagi A250.

Ringgit lemah akan naikkan harga kereta baru di Malaysia, tak kisahlah CKD atau CBU 04

Harga bagi A-Class generasi seterusnya mengalami peningkatan sehingga RM 30,000, walaupun harganya di Eropah hampir tidak berubah

Ya, dengan kelengkapan yang lebih baik, memang perkara biasa bagi sesebuah model serba baru untuk dijual pada harga lebih tinggi berbanding model sebelumnya. Namun, purata kenaikan harga antara sesebuah model generasi baru dan generasi sebelumnya selalunya hanyalah sekitar 3 peratus.

Malahan, A250 generasi W177 menyaksikan penurunan dalam harga permulaannya di Eropah, iaitu dari 36,860 Euro kepada 36,460 Euro. Namun, penurunan ini juga disebabkan oleh penyelarasan semula pakej kelengkapan standard / pilihan, dan penyelarasan ini cukup meluas di Eropah. Namun, hakikatnya kekal sama, kenaikan harganya (jika ada) sangat minima ketika itu.

Ringgit lemah akan naikkan harga kereta baru di Malaysia, tak kisahlah CKD atau CBU 05

Oleh itu, mengapa harga semakin naik sehingga RM 30,000 ekstra di Malaysia? Forex ialah salah satu sebabnya, walaupun ia bukanlah faktor tunggal. Perubahan dalam keutamaan syarikat iaitu antara jumlah jualan dan kebolehuntungan model jadi salah satu sebabnya juga .Faktor yang ditegaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif terkini di Daimler, Ola Källenius, dimana beliau beranggapan yang mengejar bahagian pasaran sehingga mengorbankan kebolehuntungan amat buruk kesannya kepada kejayaan jangkamasa panjang bagi sesebuah jenama mewah.

Mercedes-Benz Malaysia telah bertindak atas fenomena Ringgit yang semakin lemah dengan membuat pelaburan dalam fasiliti pemasangan tempatan di Pekan, Pahang. Namun, penubuhan fasiliti pemasangan tempatan memerlukan optimasasi penggunaan kilang – dan ini juga bermaksud jumlah varian model perlu diterhadkan supaya persamaan alat ganti berada pada tahap paling tinggi.

Ringgit lemah akan naikkan harga kereta baru di Malaysia, tak kisahlah CKD atau CBU 06

Antara A-Class Hatchback dan A-Class Sedan, jenis kedua dipilih, kerana pengalaman terdahulu dengan model-model CBU membuktikan yang pelanggan di Malaysia jauh lebih gemar dengan jenis Sedan.

Oleh sebab ini, A-Class Hatchback CBU kini sudah digugurkan dari pasaran (tapi, anda masih boleh mendapatkannya menerusi permohonan tempahan istimewa, pada harga lebih tinggi dan masa menunggu lebih lama).

Baca juga: Selamat tinggal A-Class Hatchback, Mercedes-Benz A-Class Sedan CKD kini keutamaan Malaysia

Model Mercedes-Benz kompak lain yang ditambah dalam barisan pemasangan tempatan ialah model GLA. Dua ‘entry model’ berharga rendah ini, GLA dan A-Class Sedan CKD, akan menebus pengurangan jumlah penghasilan sedia ada berbanding rangkaian kereta kompak Mercedes-Benz generasi terdahulu.

Ringgit lemah akan naikkan harga kereta baru di Malaysia, tak kisahlah CKD atau CBU 07

Michael Jopp, Naib Presiden Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mengakui yang Ringgit telah semakin lemah namun dalam jangka masa terdekat, situasi ini masih lagi terkawal bagi MBM memandangkan nilai terkini Ringgit berbanding Euro, matawang dagangan MBM, masih lagi dalam hadnya.

“’Forward hedging’ kami bagi Ringgit selaras dengan perkembangan terkini. Oleh itu, buat masa sekarang, kami tidak merancang sebarang kenaikan harga (selain daripada penyambungan semula SST),” kata Jopp.

Pemasangan tempatan telah menurunkan harga A-Class Sedan dan GLA sekitar RM 10,000 hingga RM 20,000, bergantung kepada varian. Anda fikir penurunan ini tak banyak? Ini adalah kerana kereta dipasang tempatan sebenarnya mempunyai kos lebih tinggi untuk dihasilkan berbanding kereta impot, namun sistem percukaian dipraktikkan di Malaysia mengganggu hal ini.

Ringgit lemah akan naikkan harga kereta baru di Malaysia, tak kisahlah CKD atau CBU 08

Anda keliru? Bayangkan, ada dua buah kilang – sebuah kilang mega besar yang memakan kos RM 100 juta untuk dibina dan menghasilkan 1 juta kereta setiap tahun, atau sebuah kilang kecil yang berkos RM 10 juta hanya untuk menghasilkan 10,000 buah kereta saja setahun.

Dengan menggunakan contoh ringkas ini, kilang mega besar itu mempunyai kos per unit kereta RM 100 saja, manakala kilang kecil itu pula mempunyai kos per unit RM 1,000. Inilah maksudnya ‘economies of scale’.

Ringgit lemah akan naikkan harga kereta baru di Malaysia, tak kisahlah CKD atau CBU 09

Contoh dunia sebenar paling bagus bagi hal ini ialah perbandingan antara Toyota Camry diimpot dari Thailand dengan Honda Accord CKD yang dipasang di Pegoh, Melaka.

Tanpa cukai, Camry impot tersebut berharga RM 123,152 sahaja di Langkawi, manakala Accord dipasang tempatan berserta tahap kelengkapan serupa (dengan Sensing), masih berharga RM 159,800 di kawasan bebas cukai sama iaitu Langkawi.

Ringgit lemah akan naikkan harga kereta baru di Malaysia, tak kisahlah CKD atau CBU 10

‘Economies of scale’ adalah sebab mengapa tanpa cukai, Camry impot jadi jauh lebih murah berbanding Accord yang dipasang di sini – lebih RM 35,000 lebih murah. Ringgit yang lemah membesarkan lagi jurang harga ini.

Ringgit lebih lemah jugalah menjadi sebab mengapa harga bagi banyak sedan segmen D dan trak pikap telah naik mencanak.

Dalam pada masa, memang benar yang kos produksi bagi kereta-kereta ini telah naik. Toyota Camry dan Honda Accord masa kini adalah lebih selesa berbanding Mercedes-Benz C-Class dengan keselesaan dan penghalusan tahap paling tinggi, ditambah lagi dengan ruang lebih luas dan kelengkapan keselamatan lebih banyak.

Ringgit lemah akan naikkan harga kereta baru di Malaysia, tak kisahlah CKD atau CBU 11

Perkara yang sama boleh dikatakan bagi trak pikap. Isuzu D-Max masa kini cukup selesa bagi menandingi sebuah SUV keluarga, dan pada masa sama dengan kebolehan pemanduan off-road yang jauh lebih hebat.

Di Thailand, harga bagi model-model sebegini sudah naik sehingga sekitar 5 ke 7 peratus. Namun di Malaysia, kita melihat kenaikan harga lebih daripada 10 ke 12 peratus.

Ringgit lemah akan naikkan harga kereta baru di Malaysia, tak kisahlah CKD atau CBU 12

Terdapat jurang RM 30,000 antata Accord 2.4 VTi-L generasi terdahulu berserta Sensing (di atas) dengan model terkini yang juga dilengkapi Sensing

Bagi kes Toyota Camry impot, ia kini dijual pada harga RM 196,888 (dengan SST). Honda Accord dipasang tempatan tidaklah jauh lebih murah harganya, iaitu pada RM 195,900 (dengan SST) bagi varian 1.5 TC-P berkelengkapan serupa (rujuk ‘economies of scale’ tadi). Terdahulu, varian tertinggi Accord harganya cuma RM 168,998 bagi varian 2.4 VTi-L berserta Sensing.

Ringgit lemah akan naikkan harga kereta baru di Malaysia, tak kisahlah CKD atau CBU 13

HR-V baru yang akan datang pastinya akan naik harga. Persoalannya, naik berapa banyak?

Model seterusnya yang berisiko untuk mengalami kenaikan harga ialah Honda HR-V 2022 serba baru. Senarai harganya di Jepun sudah naik sehingga antara 6 ke 8 peratus. Perkara ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kedudukan HR-V terbaru sebagai produk yang jauh lebih premium. Media Jepun berpendapat bahawa model ini mempunyai tahap penghalusan hanya sedikit saja di bawah Toyota Harrier.

Cukai tempatan kita juga akan membesarkan lagi peningkatan kos.

Baca juga: Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal!

Ringgit lemah akan naikkan harga kereta baru di Malaysia, tak kisahlah CKD atau CBU 14

Toyota Camry 2022 facelift mempunyai bampar hadapan yang berbeza, dan akan menggantikan enjin 2AR dengan enjin lebih baru iaitu Dynamic Force. Dengan ini, bersedialah untuk bayar harga lebih tinggi.

Toyota Camry facelift akan datang juga akan berdepan dengan nasib yang sama. Berdasarkan trend di pasaran-pasaran lain yang dahulunya menggunakan enjin 2.5 liter 2AR-FE Dual VVT-i lama seperti kita – Taiwan, Australia, Dubai, dan Russia, semuanya sudah bertukar ke enjin 2.4 liter Dynamic Force terbaru apabila mereka memperkenalkan model facelift baru tersebut – Malaysia juga dijangka akan menggunakan enjin baru.

Namun, usah seronok terlalu cepat. Enjin lebih baru ini pastinya lebih mahal dan harga kereta pun dijangka naik lebih tinggi. Sistem cukai tempatan kita dan Ringgit yang lemah akan memburukkan lagi keadaan sedangkan negara-negara lain mengalami kenaikan harga minima.

Baca juga: Toyota Camry facelift 2022 dilancar ke Thailand, enjin Dynamic Force bakal menanti Malaysia?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda