window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi?

Zamil Syaheer · Aug 28, 2020 04:00 PM

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi? 01

Selepas lima tahun di pasaran, akhirnya Honda memberikan Civic (FC) model facelift bagi memberi sedikit nafas baru kepada sedan ini. Tahukah anda bahawa Honda Civic FC adalah juara penjualan sedan bukan nasional segmen C di Malaysia?

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi? 01

Varian teratas 1.5 Turbocharged Premium (TC-P) ini masih menggunakan enjin 4-silinder Earth Dreams yang sama. Ia menghasilkan 173 PS @ 5,500 rpm dan tork sebanyak 220 Nm @ 1,700 – 5,500 rpm. Kuasa dan tork ini dipacu ke roda hadapan dengan transmisi CVT.

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Semasa ujian pemanduan kami sejauh 100 km yang meliputi 70% lebuh raya dan 30% pemanduan di bandar, jumlah bahan bakar yang diperlukan untuk mengisi tangki adalah 7.9 liter.

Berapakah harga Honda Civic?

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi? 01

Harganya bermula dari RM 113,600 untuk varian 1.8S, RM 129,600 bagi 1.5 TC, dan varian tertinggi 1.5 TC-P yang kami uji pandu bernilai RM 139,600.

Eksterior

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi? 02

Sekilas pandang, nampak macam tidak banyak beza berbanding yang lama walaupun warna Passion Red Pearl ini agak cantik untuk ditatap.

Gril sayap krom kini bewarna Hitam Piano, dan bumper telah direka semula dengan lubang-lubang di bahagian bawah yang bercantum bersama bahagian sisi lampu kabus. Juga terdapat empat sensor parking.

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi? 03

Di bahagian belakang, terdapat hiasan bumper belakang krom dan spoiler baru. Varian 1.5 TC-P yang kami pandu uji ini datang dengan rim aloi 18 inci baru dan dilengkapi tayar berprestasi Michelin Pilot Sport 4 berukuran 235/40. Bagi peminat pemanduan, ini bukan calang-calang tayar!

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi? 04

Interior

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi? 05

Kini terdapat butang fizikal dan tombol untuk kawalan kelantangan pada sistem infotainment Advanced Display Audio berukuran 7 inci.

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi? 06

Terdapat juga butang kelajuan kipas pada panel kawalan iklim. Semua varian mendapat pengelap automatik dan tempat duduk belakang lipat boleh berpisah 60:40.

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi? 07

Yang baru di bahagian dalam juga adalah rekaan fabrik baharu pada tempat duduk. Sebelihnya kekal sama seperti sebelum ini – masih lagi juara pratikaliti, ergonomik dan luas berbanding Toyota Corolla Altis dan Mazda 3. 

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi? 08

Sistem infotaiment skrin sesentuh berukuran 7 inci lancar dan senang digunakan. Penyambungan ke Android Auto dan Apple CarPlay juga sangat mudah dimana alunan muzik dimainkan ke 8 pembesar suara.

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi? 09

But belakang kekal terbesar dalam kelasnya dengan 519 liter. Dengan tempat duduk belakang lipat boleh berpisah 60:40, lagi banyaklah barang yang anda boleh masuk.

Selain 6 beg udara, LaneWatch, dan Remote Engine Start, Honda Civic FC kini datang dengan sistem ADAS Honda Sensing yang merangkumi:

  • Adaptive Cruise Control with Low Speed Follow
  • Forward Collision Warning
  • Collision Mitigation Braking System
  • Lane Keep Assist System
  • Lane Departure Warning
  • Road Departure Mitigation
  • Auto High-Beam

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi? 10

Untuk pengalaman di belakang roda pula, saya membayangkan bahawa Civic ini akan menjadi sebuah kereta yang sangat sedap untuk dipandu.

Sejujurnya, Civic terasa amat bosan untuk dipandu. sepanjang pengalaman saya memandunya, ia bukanlah sebuah kereta yang memberikan anda kepuasan pemanduan.

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi? 11

Ia terasa seperti sebuah mesin yang tiada jiwa mahupun karakter. Sterengnya mempunyai berat yang baik, namun anda tidak berasa ‘satu dengan kereta.’

Respon dari transmisi CVT-nya juga agak lembab berbanding pesaingnya, maklumlah kereta inipun keluar pada tahun 2016, jadi teknologi dan talaan CVT sudah jauh berkembang.

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi? 12

Dengan gandingan enjin turbo, CVT ini mengganggu input pecutan apabila anda ingin memecut, sekurang-kurang 3 ke 4 saat sebelum enjin dapat memacu Civic ke hadapan.

Selain itu, enjinnya terasa seperti sebuah enjin aspirasi natural dan bukannya turbo, dan mungkin ramai tidak menjangkakan respon sebegini.

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi? 13

Dalam nada yang berbeza, saya faham kenapa Honda Civic FC ini mempunyai tarikan tersendiri kepada pemandu biasa walaupun saya terasa bosan ketika memandunya. Reka bentuk luarannya garang dan edgy, ruang dalamannya sangatlah praktikal, stabil ketika dipandu, dan ia boleh diharap untuk jangka masa yang panjang.

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi? 14

Pesaing lain seperti Toyota Corolla Altis dan Mazda 3 tidak datang dengan pilihan enjin turbocharged. Kereta dari Korea dan Eropah pula tidak mempunyai daya tarikan jenama seperti Honda.

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi? 15

Walaupun eksterior Corolla Altis nampak moden, ia memiliki kabin yang kecil dan pengalaman memandu yang lebih fokus kepada tahap keselesaan.

Mazda 3 pula mempunyai reka bentuk yang sangat emotional, ditambah pula dengan pengalaman pemanduan yang mengasyikkan. Namun begitu, kabinnya tidak praktikal dan ruang butnya juga kecil.

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi? 16

Pendek kata, jika anda inginkan sedan yang seimbang dari segi rupa, kelengkapan, ciri-ciri, ketahanan , praktikaliti, enjin yang berkuasa dengan harga yang padan, maka Honda Civic FC ini sesuai untuk anda.

Ringkasan: Honda Civic 1.5 TC-P 2020 facelift, sedan paling berbaloi? 17

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda