window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ringkasan: Isuzu D-Max Stealth 2020, pikap paling canggih tapi lebih murah dari Hilux dan Triton

Mersita · Aug 18, 2020 01:00 PM

Ringkasan: Isuzu D-Max Stealth 2020, pikap paling canggih tapi lebih murah dari Hilux dan Triton 01

Kini, kita ada varian baru untuk Isuzu D-Max! Tapi, ini adalah varian edisi terhad yang dipadatkan dengan lebih banyak kelengkapan unik berbanding saingannya. Apa yang membuatkan Isuzu D-Max Stealth 2020 lain daripada 11 varian lain yang dilancarkan pada facelift tahun lepas? Kali ini, kami ingin bincangkan ringkasan tentang D-Max edisi terhad yang baharu.

Ringkasan: Isuzu D-Max Stealth 2020, pikap paling canggih tapi lebih murah dari Hilux dan Triton 02

Bukan saja enjin turbodiesel BluePower 1.9 liter yang sering menjadi bualan ramai, varian Stealth ini juga dipadatkan dengan pelbagai teknologi yang lebih moden dan canggih berbanding varian D-Max standard yang lain mahupun saingan rapatnya.

Ringkasan: Isuzu D-Max Stealth 2020, pikap paling canggih tapi lebih murah dari Hilux dan Triton 03

Pintu belakang dengan bantuan ‘feather-touch’ bukanlah satu perincian baru dalam barisan D-Max, tapi ia adalah aksesori tambahan yang boleh dipilih untuk trak standard tersebut. Bagi Stealth, perincian ini adalah standard, memudahkan lagi proses memuatkan dan menurunkan barang dari ruang simpanan belakang.

Ringkasan: Isuzu D-Max Stealth 2020, pikap paling canggih tapi lebih murah dari Hilux dan Triton 04

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Isuzu Malaysia juga melengkapkan lagi Stealth dengan Digital Video Recorder (DVR) HD di hadapan dan juga belakang trak. DVR ini bukan sebarang DVR; ia diperincikan dengan pengesan pergerakan bina-dalam yang akan memasang kamera secara automatik walaupun kenderaan dimatikan apabila ia mengesan pergerakan dalam lingkungan julat 140 darjah.

Ringkasan: Isuzu D-Max Stealth 2020, pikap paling canggih tapi lebih murah dari Hilux dan Triton 01

Satu lagi perincian istimewa pada DVR Stealth ialah kebolehannya untuk memainkan semula futej kamera di dalam telefon bimbit pemilik melalui WiFi dan aplikasi IROAD yang boleh dimuatnaik dari Apple App Store dan Google Play store.

Ringkasan: Isuzu D-Max Stealth 2020, pikap paling canggih tapi lebih murah dari Hilux dan Triton 02

Tambahan pula, Pemantau Pandangan Sekitar dengan Panduan Imej 3D yang dipadatkan di dalam Stealth adalah kelengkapan yang belum pernah ada dalam segment pikap. Pemandu boleh memilih antara pandangan dari atas sekitar kereta ataupun pandangan 3D apabila gear undur dipilih di dalam Stealth.

Ringkasan: Isuzu D-Max Stealth 2020, pikap paling canggih tapi lebih murah dari Hilux dan Triton 03

Selain daripada itu, kelengkapan yang membuatkan Stealth ini satu trak pikap yang teramatlah ‘cool’ adalah tangga sisi automatik yang boleh ditarik balik. Satu lagi kelengkapan yang pertama kali dipaparkan dalam segmen ini! Tangga sisi ini akan disimpan semula secara automatik apabila pintu ditutup dan ia akan keluar semula dengan lancar apabila pintu dibuka bagi memudahkan proses keluar-masuk dari kereta.

Imbas semula, sejak pelancaran facelift Isuzu D-Max pada tahun lepas, Isuzu Malaysia ada 11 varian dan 2 jenis enjin yang ditawarkan.

Enjin:

  • BluePower Ddi 1.9 liter – 150 PS dan 350 Nm
  • BluePower 3.0 liter – 177 PS dan 380 Nm

Varian:

  • 1.9L Single Cab 4x4 MT: RM 85,799
  • 3.0L Single Cab 4x4 MT: RM 92,838
  • 1.9L Double Cab 4x2 MT Low Ride: RM 80,149
  • 1.9L Double Cab 4x2 MT Hi Ride: RM 86,699
  • 1.9L Double Cab 4x4 MT Type B: RM 96,699
  • 1.9L Double Cab 4x2 AT Hi Ride: RM 100,049
  • 1.9L Double Cab 4x4 AT Type B: RM 104,599
  • 1.9L Double Cab 4x4 MT-P: RM 105,999
  • 3.0L Double Cab 4x4 MT Type B: RM 106,738
  • 1.9L Double Cab 4x4 AT-P: RM 115,799
  • 3.0L Double Cab 4x4 AT-P: RM 120,838

Ringkasan: Isuzu D-Max Stealth 2020, pikap paling canggih tapi lebih murah dari Hilux dan Triton 04

Varian Stealth adalah trak edisi istimewa pertama yang dihasilkan berdasarkan D-Max yang difacelift. Spekulasi kami mengatakan yang akan ada banyak lagi yang akan muncul sebelum D-Max generasi keempat sampai di tanah air kita.

Ringkasan: Isuzu D-Max Stealth 2020, pikap paling canggih tapi lebih murah dari Hilux dan Triton 05

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, jika anda sedang mencari pikap bergaya sebagai ganti sedan harian anda, D-Max standard bukanlah pilihan terbaik anda.

Tapi, edisi Stealth yang dipadatkan dengan pelbagai kelengkapan ini membuatkannya trak pikap yang amat sesuai untuk gaya hidup ranggi; setaraf dengan Toyota Hilux dan Mitsubishi Triton.

Ringkasan: Isuzu D-Max Stealth 2020, pikap paling canggih tapi lebih murah dari Hilux dan Triton 06

Yang pastinya, kelengkapan canggih yang menggiurkan di dalam Stealth bukanlah murah. Pikap edisi istimewa ini sekurang-kurangnya RM 10,000 lebih mahal berbanding D-Max Double Cab 4x4 1.9 liter yang standard.

Ini belum tambah T-Lid Cover pilihan yang berharga RM 2,000 kalau anda sempat beli Stealth dalam bulan Ogos. Kalau tak cukup pantas, anda terpaksa korek poket untuk bayar harga penuh penutup ini bernilai RM 5,500.

Tapi, walaupun dengan harga RM 125,799, varian Stealth ini masih lagi lebih murah berbanding Toyota Hilux spesifikasi tinggi yang berharga RM 148,880. Mitsubishi Triton pun dah cecah RM 137,900, agak jauh bezanya daripada harga Stealth.

Ringkasan: Isuzu D-Max Stealth 2020, pikap paling canggih tapi lebih murah dari Hilux dan Triton 07

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Isuzu D-Max Stealth 1.9L 4×4 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda