window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya!

Zamil Syaheer Β· Aug 26, 2020 03:35 PM

Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya! 01

Awal tahun ini, Bermaz telah melancarkan Mazda 2 1.5 2020 facelift di tanah air kita. Model ini diimport sepenuhnya dari Thailand (CBU) dan hanya satu varian sahaja yang ditawarkan iaitu 1.5 SkyActiv-G yang datang dengan teknologi i-Stop idling.

Terdapat juga versi sedan bagi mana yang inginkan lebih ruangan but.

Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya! 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Enjin 1.5 liter aspirasi natural 4-silinder ini menghasilkan 114 PS @ 6,000 rpm dan 149 Nm @ 4,000 rpm, kesemuanya dipacu ke roda hadapan dengan transmisi 6 kelajuan SkyActiv-Drive automatik.

Penggunaan bahan bakar berada pada lingkungan 5.3 l/100km (ujian Mazda).

Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya! 01

Berapakah harga Mazda 2?

Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya! 02

Dengan penambahan kelengkapan dan juga nilai mata wang yang teruk, Mazda 2 kini berharga RM 103,670 (dengan SST), RM 8,560 lebih mahal daripada model sebelumnya. Ini menjadikan Mazda 2 sebagai hatchback segmen B paling mahal di Malaysia.

Eksterior

Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya! 03

Apa yang baru di luaran Mazda 2? Terdapat gril keliling krom lebih tebal yang tidak lagi memotong lampu depan dengan reka bentuk mesh baru, serupa dengan Mazda 6.

Disebabkan itu, lampu depan juga kini lebih kecil dan tajam, manakala bahagian apron di bawah mendapat ruang udara yang lebih ramping diapit oleh dua jalur krom.

Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya! 04

Jalur krom diulang pada bumper belakang dan bahagian apron bawah kini mempunyai garisan plastik hitam yang lebih kecil. Terdapat reka bentuk rim baharu yang dipadankan dengan tayar saiz 185/60 R16. Tiada perubahan apa-apa di bahagian sisi Mazda 2

Interior

Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya! 05

Di dalam pula, terdapat trim bewarna kelabu dan biru baru yang merangkumi tempat duduk kulit. Gabungan warna ini juga ada pada karpet.

Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya! 06

Sistem infotainment Mazda Connect 7 inci dengan Comander Control menawarkan penyambungan telefon pintar yang lebih lancar dan kini serasi sebagai standard dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya! 07

Sistem infotainment Mazda 2 juga datang dengan input tambahan, Bluetooth, CD, pemain MP3, dua port USB-A dan pilihan untuk mengaktifkan sistem navigasi GPS di dalam unit melalui kad SD dengan harga RM 1,270.

Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya! 08

Ciri-ciri lain termasuk kemasukan dan permulaan tanpa kunci, Active Driving Display berwarna (head-up display), paddle shifters, mod Sport, kawalan iklim zon tunggal, dan tempat duduk depan manual yang direka semula bagi memperbaiki tahap keseimbangan pemanduan.

Keselamatan & Pemanduan

Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya! 09

Tiada perubahan langsung pada bab keselamatan. Ini bermakna anda hanya dapat dua beg udara, ABS, DSC, EBD, Emergency Brake Assist, Traction Control System, Emergency Stop Signal, Hill Launch Assist dan ISOFIX tempat duduk kanak-kanak di bahagian luar tempat duduk belakang.

Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya! 10

Tambahan lain adalah sistem G-Vectoring Control Plus (GVC Plus) Mazda, yang merupakan peningkatan berbanding sistem G-Vectoring Control (GVC) sebelumnya.

GVC Plus baru memberikan pergerakan kenderaan yang lebih lancar bukan hanya dengan tork enjin yang berbeza-beza sebagai tindak balas terhadap input stereng, tetapi juga dengan vektor tork ketika menggunakan brek.

Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya! 11

Ketika ia dilancarkan pada 2015, Mazda 2 merupakan sebuah hatchback yang dengan spesifikasi dan kelengkapan yang jauh lebih menarik berbanding pencabarnya.

Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya! 12

Kawalan pemanduannya antara yang terbaik dalam kelasnya, dan penambahan sistem G-Vectoring Control Plus membuatkan Mazda 2 ini sangat seronok untuk dipandu. Falsafah ‘Jinba ittai’ atau dalam maksud Mazda “perasaan satu bersama kereta dan pemanduan” amat terserlah dalam Mazda 2 ini. Tahap kualiti interior dan pemasangan juga terbaik.

Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya! 13

Tetapi kini pencabar seperti Honda Jazz dan Toyota Yaris bukanlah lagi sebuah produk yang biasa-biasa dengan spesifikasi yang ‘kosong’. Keduanya datang dengan pelbagai ciri-ciri dan kelengkapan yang membuatkan Mazda 2 terasa amat ketinggalan, seperti jumlah beg udara (Jazz 6 beg udara, Yaris 7) pada harga yang jauh lebih berpatutan.

Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya! 14

Ruangan but dan kaki belakang juga paling kecil dalam segmennya, jadi jika anda ingin membelinya untuk mengangkat barang yang banyak, lupakanlah Mazda 2. Kerana fokus hatchback ini lebih kepada kepuasan pemanduan, ia juga bukanlah hatchback yang paling selesa.

Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya! 15

Akhir kata, Mazda 2 sememangnya mahal dan hanya ada 2 beg udara. Tetapi tidak ada hatchback segmen B lain di pasaran sekarang yang memberi kepuasan pemanduannya sepertinya.

Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya! 16

Sekiranya anda ingin membeli hatchback segmen B dan keutamaan anda adalah pengalaman pemanduan, maka Mazda 2 ini adalah hatchback untuk anda.

Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya! 17

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mazda 2 Hatchback 1.5L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda