window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik?

Zamil Syaheer · Aug 9, 2020 11:45 AM

Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik? 01

Mitsubishi Triton VGT Adventure X adalah satu-satunya trak pikap dengan LSD (limited slip differential) tengah. Itulah tarikan mekanikal bagi model Adventure X. Dengan transfer case diatur ke 4H, ia dapat memandu seperti 4WD sepenuh masa dan bukan hanya 4WD sambilan (tanpa LSD tengah).

Triton juga mempunyai jarak roda terpendek di kelasnya, menjadikannya yang paling mudah untuk dikendalikan berbanding pesaingnya.

Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Satu-satunya alasan untuk mendapatkan varian Adventure X daripada varian Triton lain adalah perbezaan LSD tengahnya. Dari segi keselamatan pula, varian Adventure X menawarkan:

  • Forward Collision Mitigation (FCM)
  • Blind Spot Warning (BSW)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Auto High Beam (AHB)
  • Ultrasonic Mis-acceleration Mitigation System (UMS)
  • All-Round Monitor (ARM)
  • Sensor letak kereta depan dan belakang
  • 7 beg udara

Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik? 01

Banyak jugak tu. Ini adalah penambahan dalam ciri VGT Adventure X berbanding varian VGT Premium (baik AT dan MT).

Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik? 02

Ciri keselamatan yang saya sukai di Triton ialah Driving Video Recorder (DVR) yang terdapat dalam varian VGT Adventure X dan VGT Premium.

Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik? 03

Toyota Hilux dan Isuzu D-Max (1.9L) menawarkan pintu belakang easy-lift yang malangnya tiada dalam Triton ini. Dengan itu, kekurangan dalam Triton Adventure X terasa sedikit mengecewakan. Tetapi, ianya bukanlah masalah yang besar pun.

Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik? 04

Tepat di konsol tengahnya adalah kawalan untuk transfer case Triton. Sistem Super Select 4WD Mitsubishi memberi anda 4 mod untuk dipilih:

  • 2H (2WD gear jarak tinggi)
  • 4H (4WD gear jarak tinggi dengan LSD tengah)
  • 4HLc (4WD gear jarak tinggi dengan LSD tengah ‘locked’)
  • 4LLc (4WD gear jarak rendah dengan LSD tengah ‘locked’)

Mod ‘khas’ dari transfer case adalah mod 4H yang membolehkan anda memandu dengan 4WD di jalan biasa. Selain itu, terdapat beberapa mod off-road lain yang boleh anda pilih. Setakat off-road tu, kacang je beb.

Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik? 05

Lagi best, Android Auto dan Apple CarPlay ditawarkan dalam varian VGT Premium dan VGT Adventure X.

Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik? 06

Kedua-dua varian Premium dan Adventure X dilengkapi dengan ventilasi udara yang dipasang di atas bumbung untuk menarik udara sejuk dari depan ke bahagian belakang.

Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik? 07

Kabinnya terasa sungguh selesa seperti kebanyakkan pikap trak moden. Satu-satunya trak yang terasa seperti ‘work truck’ di bahagian dalam adalah Isuzu D-Max, tapi juga harganya juga jauh lebih murah. Triton, Hilux, dan Ranger mempunyai ruang dalaman seakan-akan sebuah kereta sedan.

Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik? 08

Hanya varian teratas Triton, Hilux, dan Ranger yang menawarkan tempat duduk boleh laras kuasa untuk pemandu, manakala D-Max tiada fungsi sebegini.

Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik? 09

Tempat sandar di tempat duduk belakang diturunkan untuk memberikan lebih keselesaan kepada penumpang belakang.

Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik? 10

Kami tidak ada banyak keluhan untuk bahagian interior selain daripada refleksi silau yang datang dari beberapa hiasan hitam piano dan krom. Triton juga mempunyai tahap kendalian yang baik, bahkan ia terasa seperti sebuah crossover.

Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik? 11

Tempat duduk belakang diturunkan untuk memberikan lebih banyak keselesaan kepada penumpang belakang. Tarik kerusi belakang ke bawah dan ada kotak alat kecemasan. Kompartmen ini juga mampu menyimpan barang sebesar beg gimnasium.

Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik? 12

Selain dengan tahap kemudi yang seakan sebuah crossover dan radius putaran yang kecil (5.9m), kamera parkir 360 darjah  juga menjadikan Triton mudah untuk dipandu di tempat yang sempit.

Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik? 13

Enjin 2.4 liter turbodiesel menghasilkan kuasa sebanyak 181 PS yang jauh lebih tinggi daripada enjin 2.8 liter dalam Hilux yang menghasilkan 177 PS.

Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik? 14

Juara kuasa kuda dalam segmen ini masih dimiliki oleh Ford Ranger dengan enjin 2.0 liter bi-turbo yang menghasilkan 213 PS. Ujian pecutan kami mencatat masa 0-100 km j dalam 11.5 saat, satu angka yang cukup untuk memotong.

Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik? 15

Penggunaan bahan api juga amat baik dengan 10.5 km/l untuk pengunaan di bandar dan lebuh raya.

Kesimpulan

Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik? 16

Triton Adventure X adalah sebuah trak yang macho dengan tahap pengendalian yang baik. Trak ini selesa dan mempunyai kelajuan yang baik.

Jika anda sedang mencari sebuah trak pikap yang boleh dipercayai, Triton ini sangatlah sesuai. Sekiranya anda ingin mencuba sesuatu yang sedikit berbeza, Triton boleh juga menjadi trak yang sesuai untuk pemanduan harian.

Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik? 17

Satu-satunya kelemahan Triton adalah saiznya yang kecil berbanding pesaingnya.

Ringkasan: Mitsubishi Triton VGT Adventure X – pikap dengan kawalan pemanduan terbaik? 18

Sekiranya muka depan Dynamic Shield Triton benar-benar menarik tetapi anda tidak mahu membeli Triton baharu, singgah kedai aksesori dan beli je muka depan Pajero Sport macam gambar kat atas ni. Garang!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda