window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ringkasan: Subaru XV – Ada beberapa kompromi, tapi anda pasti masih sukakannya

Mersita · Jul 10, 2020 12:30 PM

Ringkasan: Subaru XV – Ada beberapa kompromi, tapi anda pasti masih sukakannya 01

(Harga dan Spesifikasi Subaru XV 2019 | Galeri)

Ini ialah Subaru XV generasi kedua yang serba baru, satu model yang diperkenalkan di Malaysia pada hujung tahun 2017 yang lepas.

Ringkasan: Subaru XV – Ada beberapa kompromi, tapi anda pasti masih sukakannya 02

Sama seperti model-model Subaru yang lain, Subaru XV serba baru ini dibina di atas Subaru Global Platform (SGP). Model-model lain yang dibina di atas SGP termasuklah Forester, Impreza, Legacy, dan Outback.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berapakah harganya?

Subaru XV berharga dari RM 117,788 bagi varian 2.0i, manakala varian 2.0i-P yang ‘atas’ sedikit dijual pada harga RM 124,788. Subaru juga ada Subaru XV yang diberi pelbagai kit dipanggil GT Edition 2.0i-P, yang dijual dengan harga RM 130,788.

Ringkasan: Subaru XV – Ada beberapa kompromi, tapi anda pasti masih sukakannya 01

Perbezaan spesifikasi bagi setiap varian

Rajah di bawah adalah perbandingan spesifikasi bagi setiap varian Subaru XV.

Ringkasan: Subaru XV – Ada beberapa kompromi, tapi anda pasti masih sukakannya 02

Kebaikan dan Keburukan

Sama seperti mana-mana model Subaru (melainkan BRZ), Subaru XV dilengkapi dengan sistem Symmetrical All-Wheel Drive milik Subaru.

Ringkasan: Subaru XV – Ada beberapa kompromi, tapi anda pasti masih sukakannya 03

Tambahan pula, ruang dalaman Subaru XV agak selesa dan kemas memandangkan ia diberi perincian perak gelap untuk meningkatkan lagi suasana kabinnya. Jahitan jingga juga memberinya imej yang lebih ‘sporty’ dan bertenaga.

Ringkasan: Subaru XV – Ada beberapa kompromi, tapi anda pasti masih sukakannya 04

Keselesaan kabin belakang juga patut dipuji, kerana Subaru Global Platform (SGP) baru yang digunakan Subaru XV telah membolehkan jurutera Subaru untuk menyediakan ruang kaki dan lutut yang mencukupi di tempat duduk belakang. Ketinggian pemanduan yang lebih tinggi juga bermaksud pergerakan keluar dan masuk kereta lebih mudah berbanding kenderaan rendah.

Ringkasan: Subaru XV – Ada beberapa kompromi, tapi anda pasti masih sukakannya 05

Seperti yang dimaklumkan tadi, Subaru XV diberi sistem infotainmen dengan skrin sentuh 8 inci. Walaupun paparannya besar dengan teks dan ikon yang tajam, sistem ini tiada Android Auto dan Apple CarPlay; rungutan paling utama bagi kami.

Ringkasan: Subaru XV – Ada beberapa kompromi, tapi anda pasti masih sukakannya 06

Kamera EyeSight Subaru Forester

Satu lagi rungutan kami dengan Subaru XV adalah ketiadaan perincian EyeSight Advanced Driver Assistance System (ADAS) – sesuatu yang pesaing lain sudah tawarkan.

Memandangkan ia model ‘all-wheel drive’ yang tetap, penggunaan minyak dan kos jagaan / ‘maintenance’ juga lebih tinggi berbanding pesaingnya yang 2WD.

Apakah pilihan lain yang ada?

Ringkasan: Subaru XV – Ada beberapa kompromi, tapi anda pasti masih sukakannya 07

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Subaru XV 2.0i

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda