![Ringkasan: Toyota Innova jadi pilihan bila sendu tak mampu beli Alphard 01]()
Toyota Innova barangkali tak perlu intro lebih-lebih kerana ia adalah antara MPV paling popular di Malaysia. Toyota Innova generasi pertama membuat kemunculan pertama pada tahun 2005, manakala model gantian yang anda dapat lihat disini pula diperkenalkan pada tahun 2016.
![Ringkasan: Toyota Innova jadi pilihan bila sendu tak mampu beli Alphard 02]()
Semua varian-varian Toyota Innova mempunyai enjin petrol 1TR-FE 2.0 liter dengan 4 silinder yang mampu menjana 139 PS and 183 Nm, dihantar ke tayar belakang melalui transmisi automatik dengan 6 kelajuan.
Berapakah harga Toyota Innova?
Harga Toyota Innova adalah RM 115,280 bagi Innova 2.0E, RM 123,400 bagi Innova 2.0G, dan RM 132,400 bagi Innova 2.0X. Harga ini adalah harga-atas-jalan, tanpa insuran.
![Ringkasan: Toyota Innova jadi pilihan bila sendu tak mampu beli Alphard 01]()
![Ringkasan: Toyota Innova jadi pilihan bila sendu tak mampu beli Alphard 02]()
Varian mana satu nak beli?
Pilihan kami dalam barisan Innova ini ialah Innova 2.0X kerana ia adalah satu-satunya varian yang menawarkan tempat duduk kapten di barisan kedua, lampu hadapan projektor LED serta tempat duduk pemandu berkuasa 8 hala. Barulah puas hati.
Apakah kekurangan dan kelebihan Toyota Innova?
Pertama sekali, Toyota Innova adalah MPV yang dibina berdasarkan trak pikap dan ini membuatkan ia sangat berlainan dengan beberapa saingan ketatnya.
Saingan Innova seperti Nissan Serena dibina atas platform 'monocoque' yang membolehkan ketegaran binaan badan yang lebih baik.
![Ringkasan: Toyota Innova jadi pilihan bila sendu tak mampu beli Alphard 03]()
Dibina berdasarkan trak pikap, Innova menjanjikan keselesaan perjalanan dan handling yang serupa dengan Serena.
Walaubagaimanapun, hal yang membuatkan Toyota Innova ini betul-betul cemerlang (selain dari lampu hadapan LED yang terang) ialah apabila dipandu atas jalan yang kurang elok.
![Ringkasan: Toyota Innova jadi pilihan bila sendu tak mampu beli Alphard 04]()
Dalam MPV seperti Nissan Serena, memandu dengan kondisi jalan yang teruk bukan sahaja membuatkan pemanduan kurang selesa dan bergegar, ia juga boleh merosakkan bahagian bawah MPV tersebut disebabkan oleh badannya yang agak lowered.
![Ringkasan: Toyota Innova jadi pilihan bila sendu tak mampu beli Alphard 05]()
Tapi, Toyota Innova tidak berdepan masalah ini dan boleh dipandu dengan senang dalam keadaan jalan yang teruk kerana binaannya yang teguh dan badannya yang tinggi. Lebih-lebih lagi, Innova boleh dipandu melalui jalan banjir dengan lebih baik berbanding Serena.
![Ringkasan: Toyota Innova jadi pilihan bila sendu tak mampu beli Alphard 06]()
Kami juga gemar dengan penambahan Android Auto dan Apple CarPlay pada varian 2.0G dan 2.0X.
Dengan generasi kedua Toyota Innova, syarikat otomotif Jepun ini telah membuat peningkatan yang baik dalam menyerikan lagi suasana dalam kabin kereta.
Walaupun tidak sebaik Nissan Serena, ruang kabin Innova cukup bagus seperti Toyota Alphard tapi dengan harga yang lebih mampu milik. Ini disebabkan Toyota telah memberi Innova papan pemuka yang direka dengan bagus dan tampak eksklusif disamping mempunyai pelbagai fungsi pada masa yang sama.
![Ringkasan: Toyota Innova jadi pilihan bila sendu tak mampu beli Alphard 07]()
Kami juga suka dengan jalur dua tingkat bercirikan perak dan kayu pada papan pemukanya - nampak terapung cantik dan kemas diatas kluster meter kereta yang memberikannya sentuhan glamor dan mewah.
Ini ditambah pula dengan stereng bersarung kulit yang nampak seperti diangkat dari Alphard dan dipasang pada Innova.
![Ringkasan: Toyota Innova jadi pilihan bila sendu tak mampu beli Alphard 08]()
Selain dari itu, lampu kabin dengan rona biru lembut juga menyerikan lagi ruangan dalaman MPV ini.
![Ringkasan: Toyota Innova jadi pilihan bila sendu tak mampu beli Alphard 09]()
Kekurangannya pula terletak pada penjimatan minyak yang kurang cekap dan kos jagaan / maintenance yang tinggi. Perkara ini biasa bagi MPV pacuan tayar belakang, dimana Toyota Innova memerlukan servis differential oil belakang dan cecair stereng kuasa bila mencapai setiap kilometer ke 40,000.
![Ringkasan: Toyota Innova jadi pilihan bila sendu tak mampu beli Alphard 10]()
Secara keseluruhannya, kami rasa Toyota Innova ialah pilihan tepat untuk keluarga besar kerana ia menawarkan rupa ‘rugged’ seperti SUV pada badan MPV, ditambah lagi dengan kebolehpercayaan Toyota yang tak boleh disangkal lagi.
Tapi, walaupun Nissan Serena tidak sekental Innova, Serena menawarkan pemanduan yang lebih selesa dan kecekapan petrol yang lebih baik. Ini ditambah pula dengan kemudahan pintu gelengsarnya yang boleh dibuka dengan hujung jari.