window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

RM 124k untuk Toyota Corolla Cross – berbaloi ke? Subaru XV & Proton X70 pun lebih murah

Faisal · Apr 4, 2021 02:00 PM

RM 124k untuk Toyota Corolla Cross – berbaloi ke? Subaru XV & Proton X70 pun lebih murah 01

SUV yang paling anda nantikan telahpun dilancarkan di tanah air. Dengan tibanya Toyota Corolla Cross di pasaran Malaysia, kehangatan segmen SUV kompak di pasaran kita dijangka mencipta satu gelombang yang baru.

RM 124k untuk Toyota Corolla Cross – berbaloi ke? Subaru XV & Proton X70 pun lebih murah 02

Selama ini, pesaing di segmen ini ditandingi oleh Honda HR-V, Subaru XV, Mazda CX-3, dan Proton X70. Dengan hadirnya Toyota Corolla Cross sebagai pengganti Toyota C-HR yang tidak masuk akal, adakah pasaran akan memihak kepadanya berbanding saingan-saingan ‘legend’ yang lain?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbaloi tak dengan harga?

RM 124k untuk Toyota Corolla Cross – berbaloi ke? Subaru XV & Proton X70 pun lebih murah 01

Dengan sekilas pandang, harga Toyota Corolla Cross seperti agak mahal. Tetapi setelah meneliti spesifikasinya, nilai yang diberikan sebenarnya agak berbaloi.

Perbandingan harga Toyota Corolla Cross dengan pesaing
Model Harga
Toyota Corolla Cross RM 124,000 - RM 134,000
Honda HR-V RM 104,000 - RM 118,581
Subaru XV RM 117,788 - RM 136,788
Mazda CX-3 RM 130,729
Proton X70 RM 94,800 - RM 122,800

RM 124k untuk Toyota Corolla Cross – berbaloi ke? Subaru XV & Proton X70 pun lebih murah 02

Berbanding Honda HR-V, kelengkapan yang ditawarkan pada Toyota Corolla Cross sebenarnya lebih banyak. Malah, but belakangnya juga lebih besar.

RM 124k untuk Toyota Corolla Cross – berbaloi ke? Subaru XV & Proton X70 pun lebih murah 03

Ruang but belakang lebih luas daripada Honda HR-V tau!

Bagi anda yang belum tahu, Honda HR-V RS sekalipun tidak dilengkapkan dengan sistem bantuan pemandu ADAS. Yang ada hanyalah LaneWatch.

Juga bacaToyota Corolla Cross vs Honda HR-V gen 3 - model serba baru mana yang lebih baik?

RM 124k untuk Toyota Corolla Cross – berbaloi ke? Subaru XV & Proton X70 pun lebih murah 04

Apapun, perbandingan dengan Subaru XV nampak lebih wajar kerana ia masih baru. Lagipun, Subaru XV memiliki karakter pemanduan yang mantap dan kebolehan yang lebih tinggi berbanding Toyota Corolla Cross sendiri.

RM 124k untuk Toyota Corolla Cross – berbaloi ke? Subaru XV & Proton X70 pun lebih murah 05

Lengkap dengan dinamik TNGA.

Walau bagaimanapun, untuk kegunaan harian, Corolla Cross yang berasaskan TNGA cukup mantap. Ruang yang terdapat pada bahagian kabin juga cukup memuaskan. Secara tidak langsung, bahagian dalam Subaru XV terasa kurang lapang. Ruang but juga kekurangan hampir 100 liter berbanding Toyota Corolla Cross. Untuk maklumat anda, Subaru XV varian GT Edition sekalipun tidak didatangkan dengan ADAS walaupun harganya lebih mahal daripada Corolla Cross 1.8V.

RM 124k untuk Toyota Corolla Cross – berbaloi ke? Subaru XV & Proton X70 pun lebih murah 06

Beralih ke Mazda CX-3, SUV cilik ini dilengkapkan dengan ADAS, kabin yang premium, dan casis yang berkualiti. Tetapi, ia dihampakan oleh ruang kabin yang sangat sempit.

RM 124k untuk Toyota Corolla Cross – berbaloi ke? Subaru XV & Proton X70 pun lebih murah 07

Malah, Mazda CX-3 adalah yang paling sempit di kelas ini.

RM 124k untuk Toyota Corolla Cross – berbaloi ke? Subaru XV & Proton X70 pun lebih murah 08

Akhir sekali, kita ke Proton X70 (sebab julat harga). Dari segi nilai, Proton X70 agak sukar untuk ditandingi. SUV ini mempunyai kabin yang berkualiti tinggi, ciri ADAS, dan gabungan enjin turbo + transmisi DCT.

RM 124k untuk Toyota Corolla Cross – berbaloi ke? Subaru XV & Proton X70 pun lebih murah 09

Namun begitu, Proton X70 masih berasaskan platform yang lama – sejak tahun 2016. Beratnya yang mencecah 1,600 kg juga memainkan faktor terhadap penggunaan petrol yang tinggi. Platform TNGA yang menjadi asas pada Toyota Corolla Cross pula lebih baru.

Disebabkan itu, pemanduannya lebih lincah. Ruang kabinnya juga lebih praktikal dan lapang.

Jaminan penggunaan yang bebas drama

Masalah seperti ketiadaan stok alat ganti tidak pernah terjadi pada Toyota. Kalau ada pun hanya untuk beberapa hari sahaja.

Sementara itu, isu stok alat ganti Proton telah menjadi bahan perbualan netizen sejak dulu lagi.

Konklusi

RM 124k untuk Toyota Corolla Cross – berbaloi ke? Subaru XV & Proton X70 pun lebih murah 10

Seperti yang kami jelaskan, Toyota Corolla Cross mempunyai kekuatan yang tersendiri. Malah, SUV ini boleh bersaing sengit dengan setiap pihak lawannya.

Kalaulah kami di tempat anda, kami dengan mudahnya akan memilih Toyota Corolla Cross kerana ia memiliki pakej yang menyeluruh. Ruang kabin yang luas dan kualiti pemanduan TNGA di sebalik reka bentuk yang moden dan bergaya? Seperti resepi yang sempurna, bukan?

Lagipun, kita sentiasa mahukan yang terkini dan terhebat. Sebagai bonus, pengalaman pemilikan sesebuah Toyota juga dijamin bebas dari sebarang drama. Untuk penggunaan jangka masa yang panjang, inilah aspek yang paling penting.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda