window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

RM 1.7 bilion diluluskan untuk lebarkan lorong Lebuhraya Karak - projek mula Jun 2023, dijangka siap 2027

Mersita ยท May 29, 2023 11:00 AM

RM 1.7 bilion diluluskan untuk lebarkan lorong Lebuhraya Karak - projek mula Jun 2023, dijangka siap 2027 01

Lebuhraya Karak, salah satu lebuh raya paling sibuk terutama pada musim perayaan, akan dinaiktaraf dengan pelebaran lorong dan pembinaan terowong tambahan โ€“ dijangka siap pada tahun 2027.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, berkata, kerja pelebaran lorong di sepanjang lebuh raya itu dan pembinaan terowong akan bermula pada Jun 2022 dengan kos sebanyak RM 1.7 bilion, lapor Harian Metro.

Menurut beliau, sekitar 2 juta kenderaan menggunakan lebuh raya berkenaan untuk pulang ke Kelantan dan Terengganu ketika musim perayaan. Projek ini dijangka dapat mengurangkan kesesakan aliran trafik pada waktu puncak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

RM 1.7 bilion diluluskan untuk lebarkan lorong Lebuhraya Karak - projek mula Jun 2023, dijangka siap 2027 01

Terowong Lebuhraya KL-Karak, dibuka secara rasmi pada 7 Januari 1978. Kredit foto: FB

Abdul Rahman berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Terengganu (PKMMT) ke-47 di Kuala Terengganu semalam.

Pada Oktober 2022, mantan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan rancangan kerajaan untuk melebarkan Lebuhraya KL-Karak yang melibatkan laluan bermula daripada plaza tol Gombak sehingga ke plaza tol Bentong. Rancangan yang dibentangkan terdahulu termasuk lorong tambahan untuk mengurangkan kesesakan trafik ke Pantai Timur.

Tender projek pelebaran lorong dan pembinaan terowong Lebuhraya Karak sudahpun dikeluarkan, dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) tidak digalakkan untuk menjalankan kerja-kerja naiktaraf ini pada musim perayaan bagi mengurangkan kesesakan trafik.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda