window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Roda stereng kereta anda 4x lagi ‘jijik’ daripada mangkuk tandas awam – jadi apa kena buat?

Faisal · Oct 17, 2021 08:00 PM

Roda stereng kereta anda 4x lagi ‘jijik’ daripada mangkuk tandas awam – jadi apa kena buat? 01

Sebagai pemilik kereta, perkara seperti menghantar ke pusat servis ataupun manjakannya di pusat menggilap kereta adalah satu kebiasaan. Tetapi bila kali terakhir roda stereng anda dicuci betul-betul?

Roda stereng kereta anda 4x lagi ‘jijik’ daripada mangkuk tandas awam – jadi apa kena buat? 02

Kalau anda nak tahu, roda stereng adalah bahagian yang paling banyak disentuh kerana ia komponen utama yang mengemudi kereta anda. Malah berbanding mangkuk tandas awam, ia boleh jadi 4 kali ganda lebih kotor. Cuba bayangkan betapa banyaknya kuman yang ada di bahagian itu, tambah lagi kalau kereta tersebut dipandu oleh ramai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Satu kajian oleh Car Rentals menunjukkan bahawa tempat paling kotor dalam sesebuah kereta ialah bahagian karpet dan pedal kaki. Roda stereng pula tidak jauh beza iaitu mencecah 629 Colony-Forming Units (CFU).

Roda stereng kereta anda 4x lagi ‘jijik’ daripada mangkuk tandas awam – jadi apa kena buat? 01

Untuk gambaran yang lebih jelas, satu kaji selidik beberapa tahun yang lalu mendedahkan bahawa telefon pintar kita sebenarnya sama kotor dengan mangkuk tandas (bukan tandas awam), iaitu sebanyak 100 CFU.

Roda stereng kereta anda 4x lagi ‘jijik’ daripada mangkuk tandas awam – jadi apa kena buat? 02

Dari segi saintifik, kuman pada mangkuk tandas awam berukuran sekitar 172 CFU. Butang pada lif bangunan yang kita sering tekan pula mencecah 313 CFU. Dengan ukuran 629 CFU pada roda stereng, kuman yang terkumpul kiranya 4 kali ganda lebih banyak daripada mangkuk tandas awam dan 2 kali ganda lebih banyak daripada butang lif.

Menariknya, kuman pada bahagian pemegang cawan dalam kereta anda sebenarnya mencecah 506 CFU. Perkara ini agak merisaukan kerana tempat itu sering diguna untuk meletak segala telefon, dompet, kunci dan bermacam-macam lagi.

Roda stereng kereta anda 4x lagi ‘jijik’ daripada mangkuk tandas awam – jadi apa kena buat? 03

Antara bacaan kuman pada bahagian lain termasuklah:

  • Tali pinggang – 403 CFU
  • Pemegang pintu – 256 CFU
  • Tombol gear – 115 CFU
  • Butang larasan audio – 99 CFU

Roda stereng kereta anda 4x lagi ‘jijik’ daripada mangkuk tandas awam – jadi apa kena buat? 04

Menurut kajian dari Car Rentals yang dibuat di Amerika, 32% daripada 1,000 responden mengaku bahawa mereka bersihkan interior kereta setahun sekali sahaja. Malah, 12% daripada responden membalas bahawa mereka tidak pernah bersihkannya langsung.

Roda stereng kereta anda 4x lagi ‘jijik’ daripada mangkuk tandas awam – jadi apa kena buat? 05

Itu belum lagi bercakap bab makan dalam kereta. Makanan yang terjatuh dan tidak dikutip semestinya akan membentuk kulat.

Roda stereng kereta anda 4x lagi ‘jijik’ daripada mangkuk tandas awam – jadi apa kena buat? 06

Oleh itu, bersihkanlah tempat-tempat yang terlibat dan mengenai perihal roda stereng yang kami bahaskan awal tadi, ia hanya semudah ABC dimana anda hanya perlu campurkan sabun dan air ke dalam botol sembur. Kemudian, semburkan ia ke bahagian yang anda hendak cuci dan lap sambil gosok sehingga kering. Mudah kan?

Juga bacaKawasan paling berkuman dalam kereta – lebih kotor berbanding tandas!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda