window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rossi sarung jaket rasmi PETRONAS Yamaha SRT, peminat makin bersemangat

Khairil ยท Jan 5, 2021 07:00 PM

Rossi sarung jaket rasmi PETRONAS Yamaha SRT, peminat makin bersemangat 01

Sejurus Valentino Rossi sah menyertai pasukan PETRONAS Yamaha SRT bagi musim 2021 tahun lalu, ramai peminat menanti bila ikon MotoGP itu akan menyarung pakaian rasmi pasukan itu.

Dan penantian itu berakhir apabila pelumba Itali itu melakukan ucapan selamat Tahun Baru menerusi rakaman video yang dipaparkan di laman Facebook rasmi PETRONAS SRT dengan memakai jaket rasmi pasukan berkenaan, pada 1 Januari lalu.

Rossi sarung jaket rasmi PETRONAS Yamaha SRT, peminat makin bersemangat 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai rekod, Rossi tidak pernah memaparkan gambarnya di laman-laman media sosial miliknya sambil mengenakan pakaian rasmi PETRONAS Yamaha SRT sebelum ini.

Ucapannya berbunyi: "Selamat tahun baru semua! Saya amat gembira menyertai pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing bagi musim 2021.

Rossi sarung jaket rasmi PETRONAS Yamaha SRT, peminat makin bersemangat 01

"Saya sudah melihat apa yang pasukan ini lakukan sejak dua tahun lalu, jadi saya amat teruja untuk melihat apa yang kami boleh lakukan bersama-sama. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan dan kembali ke litar."

Ucapan itu dibalas peminat pasukan berkenaan dengan seorang pengguna, Andrea Davey berkata: "Vale looks great in PETRONAS colours." ("Vale nampak hebat dengan warna PETRONAS.")

Jason Newton pula berkata: "Happy new year Valentino can’t wait to see you on a new machine that’s working well good luck for 2021 man." (Selamat tahun baru Valentino, tidak sabar untuk melihat kamu dengan jentera baharu yang lebih baik dan selamat berjaya untuk 2021.")

Ian Fer Med: "Forza Vale! Let's go PETRONAS SRT ๐Ÿ’ช Have a solid 2021! "Ayuh Vale! Ayuh PETRONAS SRT ๐Ÿ’ช Dapatkan musim yang cemerlang 2021!"

Rossi sarung jaket rasmi PETRONAS Yamaha SRT, peminat makin bersemangat 02

Rossi (kanan) meraikan kemenangan Fabio Quartararo.

Di PETRONAS Yamaha SRT, Rossi akan bergandingan dengan anak didiknya yang juga pelumba dari Itali, Franco Morbidelli.

Sebagai rekod, Rossi sudah menyimpan sembilan trofi juara dunia MotoGP dalam kabinetnya termasuk memegang pelbagai rekod dalam perlumbaan elit berkenaan.

Rossi sarung jaket rasmi PETRONAS Yamaha SRT, peminat makin bersemangat 03

Rossi (dua kiri) bersama anak didiknya di Akademi VR46 termasuk Morbidelli (kiri).

Dalam kelas MotoGP, Rossi merekodkan tujuh kejuaraan dunia dengan memenangi 89 perlumbaan, 55 petak utama dan 76 rekod sepusingan terpantas.

Begitupun, kempennya dalam saingan MotoGP musim lalu bersama pasukan

Monster Energy Yamaha MotoGP tidak begitu baik apabila dia sekadar menamatkan saingan di tangga ke-15 keseluruhan.

Rossi sarung jaket rasmi PETRONAS Yamaha SRT, peminat makin bersemangat 04

Sekalipun 'turun pangkat' dan beraksi bersama pasukan satelit, Rossi dijangka memainkan peranan penting dalam pembangunan jentera YZR-M1 dan akan menggunakan jentera spesifikasi utama dan mendapat sokongan pasukan utama bagi musim 2021.

Sumber imej: Facebook Valentino Rossi, PETRONAS Yamaha SRT

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda