![Royal Enfield Hunter 350 dinobat motosikal terbaik India, 'padu' model yang dijangka tiba di Malaysia ni! 01]()
Syarikat pengeluar motosikal jenama ikonik British yang kini milik India, Royal Enfield sememangnya meletakkan harapan tinggi terhadap Royal Enfield Hunter 350 dan ia dibalas apabila model itu, baru-baru ini meraih anugerah Motosikal Terbaik India (IMOTY) 2023.
Sebagai info, Royal Enfield Hunter 350 melakukan debut global pada Oktober tahun lalu dan pantas berjaya meraih perhatian terutama di India.
Juga baca: Royal Enfield Hunter 350 jangka masuk pasaran Malaysia tahun ini, harga katanya 'memikat'!
![Royal Enfield Hunter 350 dinobat motosikal terbaik India, 'padu' model yang dijangka tiba di Malaysia ni! 01]()
Menariknya dan tidak menunggu masa lama, motosikal berkenaan sudah pun memasuki pasaran negara jiran, Thailand dan Indonesia. Dan mengikut maklumat yang diperoleh, Malaysia bakal menjadi destinasi berikutnya pada tahun ini.
Beralih kepada IMOTY 2023, pemilihan pemenang anugerah berkenaan dilakukan oleh barisan juri yang membabitkan 15 wartawan automotif senior pelbagai penerbitan seluruh India.
![Royal Enfield Hunter 350 dinobat motosikal terbaik India, 'padu' model yang dijangka tiba di Malaysia ni! 02]()
Untuk menentukan pemenang, barisan juri menyenarai pendek 10 model motosikal ke pusingan penjurian sebelum tiga model dipilih dan hanya satu layak meraih anugerah IMOTY 2023.
Menduduki tempat kedua dalam senarai anugerah itu ialah TVS Ronin manakala Suzuki V-Strom SX di tempat ketiga.
Juga baca: Royal Enfield Hunter 350 (2023) tembus pasaran Indonesia, harga bermula RM 29.9k!
![Royal Enfield Hunter 350 dinobat motosikal terbaik India, 'padu' model yang dijangka tiba di Malaysia ni! 03]()
Berikut adalah tujuh lagi model motosikal yang tersenarai ke pusingan penjurian:
- Triumph Tiger Sport 660
- Bajaj Pulsar N160
- Yezdi Scrambler
- Yezdi Adventure
- Honda CB300F
- BMW G 310 RR
- KTM RC390.
Sebagai info, kesemua motosikal yang disenarai akan dinilai berdasarkan pelbagai kriteria seperti nilai untuk wang, rekabentuk, penjimatan bahan api, teknologi dan pelbagai lagi dengan IMOTY sendiri dikendalikan oleh Persatuan Wartawan Automotif India (AJAI).
![Royal Enfield Hunter 350 dinobat motosikal terbaik India, 'padu' model yang dijangka tiba di Malaysia ni! 04]()
Mengulas ringkas Royal Enfield Hunter 350 (2023), selain memiliki rekaan yang dianggap menarik, trenkuasanya menggunakan enjin bersesaran 349 cc, 1 Silinder, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 5 kelajuan klac manual.
Angka kuasa yang dijana adalah pada 20.2 Hp pada 6,100 rpm dan tork 27 Nm pada 4,000 rpm.
![Royal Enfield Hunter 350 dinobat motosikal terbaik India, 'padu' model yang dijangka tiba di Malaysia ni! 05]()
Di pasaran India, Royal Enfield Hunter 350 (2023) dijual dalam beberapa versi dan paling 'marhaen' adalah Retro Factory yang dijual pada harga 149,900 rupee (RM 7,991) mengikut kadar tukaran semasa.
Tidak diketahui angka harga yang bakal diletakkan Royal Enfield Malaysia untuk Royal Enfield Hunter 350 tetapi ia berkemungkinan besar menjadi penawaran paling mampu milik jenama itu di sini.
Juga baca: Royal Enfield Scram 411 (2023) kini rasmi di Thailand, gaya lasak klasik, harga RM 22.2k!
Komen