window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Royal Enfield Hunter 350 jangka masuk pasaran Malaysia tahun ini, harga katanya 'memikat'!

Khairil ยท Jan 9, 2023 05:00 PM

Royal Enfield Hunter 350 jangka masuk pasaran Malaysia tahun ini, harga katanya 'memikat'! 01

Royal Enfield Hunter 350, model yang diberi label sebagai paling 'mampu milik' jenama kerjasama British/India itu dijadual memasuki pasaran Malaysia pada tahun ini.

Royal Enfield Hunter 350 jangka masuk pasaran Malaysia tahun ini, harga katanya 'memikat'! 02

Lebih menarik, mengikut maklumat yang diperoleh, pelancaran model yang sudah pun berada di pasaran jiran seperti Thailand dan Indonesia itu dijangka dilancarkan seawal suku pertama 2023.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Royal Enfield Hunter 350 (2023) tembus pasaran Indonesia, harga bermula RM 29.9k!

Royal Enfield Hunter 350 jangka masuk pasaran Malaysia tahun ini, harga katanya 'memikat'! 01

Seperti diketahui, untuk pasaran Malaysia, pengedar rasmi Royal Enfield adalah Didi Automotive Sdn Bhd dan syarikat itu memang aktif melancaran penawaran terbaharu jenama itu antaranya Royal Enfield Hunter/Classic 350 (2023), Royal Enfield Scram 411 dan beberapa lagi model.

Royal Enfield Hunter 350 jangka masuk pasaran Malaysia tahun ini, harga katanya 'memikat'! 02

Sebagai info, Royal Enfield Hunter 350 adalah model yang dibangunkan daripada platform yang sama dengan model Royal Enfield Classic 350 dan Meteor 350 tetapi diberi beberapa perubahan dan menjadikannya lebih 'moden' namun lebih mampu milik.

Royal Enfield Hunter 350 jangka masuk pasaran Malaysia tahun ini, harga katanya 'memikat'! 03

Model berkenaan membuat penampilan 'premiere' di Thailand dan memasuki pasaran Indonesia, Disember tahun lalu.

Royal Enfield Hunter 350 jangka masuk pasaran Malaysia tahun ini, harga katanya 'memikat'! 04

Di bahagian trenkuasa, Royal Enfield Hunter 350 (2023) dipadankan dengan enjin bersesaran 349 cc, 1 Silinder, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 5 kelajuan klac manual.

Juga baca: Royal Enfield Scram 411 (2023) kini rasmi di Thailand, gaya lasak klasik, harga RM 22.2k!

Royal Enfield Hunter 350 jangka masuk pasaran Malaysia tahun ini, harga katanya 'memikat'! 05

Angka kuasa yang dijana adalah pada 20.2 Hp pada 6,100 rpm dan tork 27 Nm pada 4,000 rpm.

Royal Enfield Hunter 350 jangka masuk pasaran Malaysia tahun ini, harga katanya 'memikat'! 06

Tetapi sedikit kurang mengujakan, Royal Enfield mendakwa model ini hanya mempunyai kelajuan 114 km/j namun memiliki tahap penggunaan bahan api yang baik iaitu 36 km per liter.

Informasi lain adalah seperti berat 177 kg, panel meter kombinasi analog, digital, brek cakera tunggal depan dan belakang lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran, kapasiti tangki bahan api 13 liter, ketinggian penala 800 mm dan set roda 110/70-17 (depan) dan 140/70-17 (belakang).

Royal Enfield Hunter 350 jangka masuk pasaran Malaysia tahun ini, harga katanya 'memikat'! 07

Seperti kebanyakan model Royal Enfield lain, beberapa varian Royal Enfield Hunter 350 dijual namun ia hanya dibezakan dengan pilihan warna dan corak grafik.

Sebagai perbandingan di pasaran Thailand, Royal Enfield Hunter 350 dijual pada tanda harga bermula 129,900 Baht (RM 16,977) namun harga lebih tinggi dijual di Indonesia iaitu Rp 106.4 juta (RM 29,994).

Juga baca: Royal Enfield lantik Didi Automotive pengedar rasmi di Malaysia

Royal Enfield Hunter 350 jangka masuk pasaran Malaysia tahun ini, harga katanya 'memikat'! 08

Sebagai info, Royal Enfield Malaysia meletakkan tanda harga bermula RM 23,500 (asas) untuk Royal Enfield Classic 350 dan RM 24,300 (asas) Meteor 350 ketika dilancarkan. Jadi apakah harga yang disyorkan untuk Royal Enfield Hunter 350 lebih murah. Sama-sama kita nantikan.


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda