window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Royal Enfield lantik Didi Automotive pengedar rasmi di Malaysia

Khairil ยท Jan 22, 2022 04:00 PM

Royal Enfield lantik Didi Automotive pengedar rasmi di Malaysia 01

Salah satu jenama motosikal klasik ikonik dunia, Royal Enfield mengorak langkah dengan melantik Didi Automotive Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi jenama itu di Malaysia.

Sebelum ini, jenama motosikal tertua dunia itu diedarkan oleh syarikat SNH Bhumi Corporation Sdn Bhd dan pelantikan Didi Automotive itu berkuatkuasa serta merta.

Juga baca: Vespa lancar edisi khas ulang tahun ke-75 bagi model Primavera dan GTS!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Royal Enfield lantik Didi Automotive pengedar rasmi di Malaysia 01

Ketua Pemasaran dan Perniagaan Royal Enfield bagi pasaran APAC, Vimal Sumbly mengalu-alukan pelantikan Didi Automotive sambil menekankan Malaysia sebagai pasaran penting jenama berkenaan di rantau ini.

"Kami percaya motosikal kami sangat ideal bagi penunggang menikmati keindahan di Malaysia.

Juga baca: Harley-Davidson umum harga Pan America 1250 2021 untuk pasaran Malaysia, bermula RM 99.9k!

Royal Enfield lantik Didi Automotive pengedar rasmi di Malaysia 02

"Kerana itu, kami berbangga untuk mengadakan kerjasama dengan Didi Automotive untuk pasaran yang strategik ini. Kami yakin dengan tahap kecemerlangan mereka akan membantu kami membangunkan produk kami," katanya.

Pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo, mahu Royal Enfield bertapak di setiap negeri di Malaysia.

Royal Enfield lantik Didi Automotive pengedar rasmi di Malaysia 03

“Objektif kami adalah memastikan kehadiran jenama Royal Enfield di setiap negeri selain menawarkan pengalaman pemilikan terbaik dari sudut jualan dan servis selepas jualan,” katanya dalam satu kenyataan.

Royal Enfield lantik Didi Automotive pengedar rasmi di Malaysia 04

Didi Automotive sememangnya bukan nama asing dalam arena motosikal di Malaysia dan turut menjadi pengedar rasmi kepada Harley-Davidson, Vespa, Moto Guzzi dan Aprilia menerusi Didi Resources Sdn Bhd.

Juga baca: Giliran Aprilia Tuono 660 2021 'tembus' pasaran Malaysia, harga asas RM 77.9k!

Royal Enfield lantik Didi Automotive pengedar rasmi di Malaysia 05

Ketika ini, antara model yang dijual di pasaran Malaysia termasuklah Meteor 350, Interceptor 650, Continental GT 650, Himalayan, Bullet 350 dan Classic 350.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda