window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ruang dalaman Toyota Veloz 2022 serlah kabin premium, makin tak sabar tunggu pelancaran di Malaysia!

Mersita · Jul 8, 2022 08:15 PM

Ruang dalaman Toyota Veloz 2022 serlah kabin premium, makin tak sabar tunggu pelancaran di Malaysia! 01

Toyota Malaysia baru-baru ini berkongsi beberapa keping gambar Toyota Veloz 2022 baharu yang mendedahkan rupa bentuknya dengan lebih terang dan paling penting, ruang kabinnya yang kelihatan premium – cukup berbeza daripada model lama yang digantinya iaitu Avanza.

Model yang juga kembar kepada Alza ini dilihat mempunyai beberapa perincian menarik di dalam kabinnya; termasuklah sarung tempat duduk kulit, stereng kulit berserta punat kawalan, skrin infotainment 9 incinya di konsol tengah, lampu ambien biru, pemegang cawan di corong penghawa dingin sebelah kanan pemandu, serta perincian karbon di sisi papan pemuka serta pemegang pintunya.

Ruang dalaman Toyota Veloz 2022 serlah kabin premium, makin tak sabar tunggu pelancaran di Malaysia! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gambar ruang dalaman ini diapit oleh gambar sisi belakang dan bahagian hadapannya – menayangkan lampu brek dalam garisan melintang sepanjang bahagian belakangnya dan gril hadapannya dengan perincian corak rumit lebih menyerlah.

Ruang dalaman Toyota Veloz 2022 serlah kabin premium, makin tak sabar tunggu pelancaran di Malaysia! 01

Ternyata, fokus orang ramai tertumpu pada ruang dalamannya yang tampak premium. Ini membuktikan lagi tahap kemodenan serta naiktaraf ditawarkan Toyota sebagai model pengganti Avanza.

Juga baca: Spyshot: Toyota Veloz 2022 baru dikesan tanpa selubung, dedah cat dwi-tona - pelancaran di Malaysia makin hampir

Ruang dalaman Toyota Veloz 2022 serlah kabin premium, makin tak sabar tunggu pelancaran di Malaysia! 02

Sebagai info, Toyota Veloz 2022 ialah model Toyota pertama di Malaysia yang menawarkan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar melalui paparan infotainment 9-incinya. Ia juga merupakan model Toyota bawah RM100k pertama yang menawarkan Adaptive Cruise Control (ACC) sebagai sebahagian daripada suite ADAS Toyota Safety Sense (TSS).

Keistimewaan lain yang ditawarkan pada Toyota Veloz 2022 termasuk lampu depan LED, lampu nyalaan siang LED (DRL), brek letak kereta elektrik (EPB) dengan Tahan Brek Automatik (ABH), gugusan instrumen digital 7-inci dan pad pengecasan nirwayar Qi.

Ruang dalaman Toyota Veloz 2022 serlah kabin premium, makin tak sabar tunggu pelancaran di Malaysia! 03

Toyota Veloz akan dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter 4 silinder aspirasi semula jadi yang menghasilkan 106 PS dan 137 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik Dwi-mod CVT (D-CVT).

Tidak seperti susun atur pacuan roda belakang model generasi sebelumnya, model pengganti baharu ini menggunakan pacuan roda hadapan. Toyota Veloz 2022 yang dibangunkan di atas platform Daihatsu DNGA-B akan menjamin pengendalian lebih baik.

Juga baca: Sah: 2022 Toyota Veloz dibuka tempahan untuk Malaysia - harga dari RM 95k untuk kembar Alza ini!

Tempahan bagi Toyota Veloz 2022 baharu sudahpun dibuka dua minggu lalu, dan ia dijangka akan dijual pada harga dari RM 95,000 (OTR tanpa insurans, berserta SST).

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Veloz 1.5 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda