window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ruiqi 7 – Sepupu Nissan Navara yang lebih premium, Mercedes-Benz X-Class apa barang?

Faisal · Mar 16, 2022 03:00 PM

Ruiqi 7 – Sepupu Nissan Navara yang lebih premium, Mercedes-Benz X-Class apa barang? 01

  • Ruiqi 7 adalah Nissan Navara yang dibuat pembedahan plastik
  • Lebih premium daripada Nissan Navara sendiri
  • Adakah ia akan berjaya memandangkan X-Class sendiri hambar?

Idea trak pikap yang mewah sebenarnya sudah banyak kali diteliti oleh para pengeluar. Mercedes-Benz sendiri pernah merealisasikan idea ini melalui X-Class tetapi sambutannya cukup hambar.

Ruiqi 7 – Sepupu Nissan Navara yang lebih premium, Mercedes-Benz X-Class apa barang? 02

Mercedes-Benz X-Class, sekejap sahaja sebab tiada orang yang beli.

Kini, satu lagi pengeluar berhasrat untuk menghidupkan semula impak yang sepatutnya dibawa oleh X-Class. Memperkenalkan Zhenzhou Nissan, iaitu subsidiari dibawah kerjasama Nissan di China dan Dongfeng. Baru-baru ini, Zhengzhou Nissan mempertontonkan Ruiqi 7. Jentera ini sebenarnya sebuah Nissan Navara versi mewah.

Ruiqi 7 – Sepupu Nissan Navara yang lebih premium, Mercedes-Benz X-Class apa barang? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada bahagian eksterior, elemen reka bentuk Navara jelas ada pada Ruiqi 1, terutama pada bahagian gril yang mana ia menggunakan logo lain. Satu lagi asas Navara yang diguna adalah pada garisan tingkap pintu belakang yang mana ia ada sedikit lekuk pada bahagian penjuru bawah.

Ruiqi 7 – Sepupu Nissan Navara yang lebih premium, Mercedes-Benz X-Class apa barang? 01

Apapun, bahagian kabin Ruiqi 7 cukup berbeza. Sentuhan warna coklat dan krim dwi-tona serta elemen quilted pada bahagian pintu, konsol tengah dan papan pemuka membuatkan interior Ruiqi 7 nampak begitu mewah.

Ruiqi 7 – Sepupu Nissan Navara yang lebih premium, Mercedes-Benz X-Class apa barang? 02

Sebagai perbandingan, inilah kabin Nissan Navara sekarang.

Trim yang digunakan juga nampak betul-betul premium.

Dari segi trenkuasa, Ruiqi 7 dikhabarkan datang dengan pilihan enjin petrol dan diesel. Enjin diesel tersebut adalah unit 2.3L turbo yang menghembuskan 166 PS dan 420 Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi automatik. Versi pacuan roda belakang dan semua roda juga turut ditawarkan.

Ruiqi 7 – Sepupu Nissan Navara yang lebih premium, Mercedes-Benz X-Class apa barang? 03

Secara amnya, Zhengzhou Nissan mungkin debut Ruiqi 7 di acara Beijing Auto Show pada bulan April nanti. Jualannya pula akan bermula pada bulan Mei.

Juga bacaLaporan: Nissan Navara generasi baru bakal debut pada tahun 2025, berdasarkan Mitsubishi Triton

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Nissan Navara 2.5 V Black Edition

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda