window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rupa ‘buruk’? Ini sebab mengapa Toyota Sienta tidak berjaya di Malaysia

Mersita · Jul 25, 2021 08:00 PM

Rupa ‘buruk’? Ini sebab mengapa Toyota Sienta tidak berjaya di Malaysia 01

Apabila bercakap tentang MPV pilihan di Malaysia, jarang sekali Toyota Sienta tersenarai dalam pilihan teratas rakyat Malaysia. Mereka lebih gemarkan model-model popular seperti Toyota Wish atau Honda Stream.

Rupa ‘buruk’? Ini sebab mengapa Toyota Sienta tidak berjaya di Malaysia 02

Sienta facelift spesifikasi Indonesia ditunjukkan

Popularitinya yang amat rendah juga menjadi salah satu sebab mengapa Toyota Sienta tidak bertahan lama di pasaran Malaysia, dimana ia dijual dari tahun 2016 ke 2019 sahaja. Tahun 2019 juga ialah tahun dimana Toyota melancarkan Sienta facelift iaitu model yang tidak dibawa masuk ke Malaysia.

Rupa ‘buruk’? Ini sebab mengapa Toyota Sienta tidak berjaya di Malaysia 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Atas kertas, Sienta sebenarnya ada semua ciri-ciri untuk berjaya di Malaysia, termasuklah enjin 1.5 liter yang terbukti bagus, lampu hadapan LED, pintu gelongsor berkuasa, dan kawalan penstabilan. Walaupun ia ada semua perincian ini, prestasi jualan di Sienta masih suam-suam kuku sahaja.

Rupa ‘buruk’? Ini sebab mengapa Toyota Sienta tidak berjaya di Malaysia 01

Persoalannya, mengapa Sienta tidak digemari ramai? Ada banyak sebabnya, tapi sebab paling utama barangkali ialah rupa bentuknya yang kurang mengancam.

Rupa ‘buruk’? Ini sebab mengapa Toyota Sienta tidak berjaya di Malaysia 02

Sama seperti Honda Freed sebelumnya, Toyota Sienta dibangunkan dengan kesesuaian Jepun. Rupa bentuk Sienta diterima baik mengikut standard warga Jepun, tapi malangnya di Malaysia, lain pula ceritanya.

Rupa ‘buruk’? Ini sebab mengapa Toyota Sienta tidak berjaya di Malaysia 03

Rupa bentuk Sienta yang kurang menarik, termasuklah perincian bentuk titisan air di bawah lampu hadapan dan lampu breknya serta profail sisi yang nampak seakan-akan kasut sukan, membuatkannya ‘tenggelam’ jika dibandingkan dengan MPV lain yang masih digemari pembeli tempatan seperti Wish atau Stream. Tambahan pula, rekaan papan pemukanya yang pelik membuatkan ramai kurang berminat dengan model ini.

Rupa ‘buruk’? Ini sebab mengapa Toyota Sienta tidak berjaya di Malaysia 04

Selain daripada rupanya yang kurang mengancam, satu lagi sebab Sienta gagal di Malaysia ialah kita tidak begitu sedar akan kebaikan pintu gelongsor.

Rupa ‘buruk’? Ini sebab mengapa Toyota Sienta tidak berjaya di Malaysia 05

Di dalam situasi dimana anda perlu mengendong anak kecil dan membawa barang yang banyak pada masa sama, anda sepatutnya bersyukur jika pintu kereta boleh dibuka dengan mudah dan ‘hands-free’. Bukan itu saja, pintu gelongsor tidak memakan ruang kerana daun pintunya tidak perlu ditarik luas seperti pintu kereta lain.

Baca juga: Toyota Sienta 'second hand' – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora?

Rupa ‘buruk’? Ini sebab mengapa Toyota Sienta tidak berjaya di Malaysia 06

SUV yang lebih tinggi juga tidak sesuai untuk keluarga kerana ketinggiannya akan menyukarkan proses keluar-masuk bagi warga emas dan kanak-kanak.

Rupa ‘buruk’? Ini sebab mengapa Toyota Sienta tidak berjaya di Malaysia 07

Jumlah beg udara juga jadi satu faktor penting bagi pembeli yang inginkan kereta keluarga

Selain dari itu, tahap populariti Sienta yang amat rendah juga boleh jadi disebabkan oleh jumlah beg udaranya yang sedikit (hanya tiga, termasuk beg udara untuk lutut pemandu). Ia tidak dilengkapi dengan beg udara sisi dan jenis ‘curtain’. Ini bukanlah perkara yang bagus memandangkan Sienta disasarkan untuk keluarga.

Rupa ‘buruk’? Ini sebab mengapa Toyota Sienta tidak berjaya di Malaysia 01

Dengan dua pintu gelongsor, Sienta mempunyai berat 1,350 kg – lebih berat daripada pesaingnya seperti Honda BR-V (1,260 kg – 1,269 kg). Padankan berat bersih ini dan enjin 107 PSnya, nisbah kuasa-berat Sienta tidak begitu hebat. Hantaran kuasa Sienta boleh dikatakan ‘cukup-cukup makan’ saja.

Rupa ‘buruk’? Ini sebab mengapa Toyota Sienta tidak berjaya di Malaysia 02

Tempat duduk barisan ketiga Sienta boleh disimpan rapi di bawah barisan tempat duduk kedua – satu perincian yang tidak ditemui di dalam mana-mana MPV spesifikasi ASEAN lain

Namun, pemilik Sienta boleh menikmati kabin yang sangat praktikal dengan ruang simpanan yang pelbagai, ditambah pula dengan keselesaan perjalanannya. Tambahan pula, tempat duduk barisan ketiga jenis ‘dive-in’ di dalam Sienta – dimana ia boleh dilipat dan disemat rapi di bawah tempat duduk barisan kedua – jauh lebih bagus daripada BR-V mahupun Rush.

Rupa ‘buruk’? Ini sebab mengapa Toyota Sienta tidak berjaya di Malaysia 03

Akan tetapi, walaupun tak ramai yang membeli Sienta serba baru, unit-unit terpakai mendapat sambutan agak luar biasa. Kami periksa senarai tawaran Carsome dankami dapati harga untuk sebuah Sienta terpakai adalah sekitar RM 60,000 ke RM 70,000 – menunjukkan yang Sienta terpakai boleh menahan nilainya dengan cukup baik, walaupun sudah berusia 5 tahun atau lebih.

Walaupun Sienta serba-baru sudah tiada di pasaran kita, Sienta terpakai masih boleh dipertimbangkan bagi yang berminat – terutama sekali bagi pembeli yang mahu naik-taraf dari MPV lama seperti Perodua Alza.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Toyota Sienta 1.5G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda