window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SA jahanamkan Proton X50 pelanggan dalam penghantaran KL-JB sampai ‘total loss’! Siapa ganti?

Mersita · Mar 11, 2021 05:00 PM

SA jahanamkan Proton X50 pelanggan dalam penghantaran KL-JB sampai ‘total loss’! Siapa ganti? 01

Bayangkan… Anda tengah tak sabar menunggu Proton X50 baru anda setelah sekian lama menunggu dan akhirnya hari ini SA memberitahu yang kereta anda akan sampai tak lama lagi. Anda pun punyalah tak sabar-sabar menunggu dari siang sampai ke malam. Tiba-tiba, SA ‘call’ dengan nada ketakutan bersulam kata-kata maaf dan memberitahu kereta baru anda dah remuk, terbabas pilu di tepi jalan.

Agak-agak apa perasaan anda? Mengamuk? Tak puas hati? Nak baling kerusi? Atau nak redha saja?

SA jahanamkan Proton X50 pelanggan dalam penghantaran KL-JB sampai ‘total loss’! Siapa ganti? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kita hanya boleh merancang, Tuhan yang menentukan. Itulah yang terjadi apabila seorang 'Sales Advisor' (SA) terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama-sama sebuah Proton X50 pelanggan di Segamat, Johor. Menerusi satu muat-naik Facebook yang tular baru-baru ini, seorang bekas SA pengedar kereta Proton di Ampang, Kuala Lumpur, Puteri Sajeda Hussein menceritakan kisah tragisnya semasa dalam perjalanan ke Johor Bahru dari Kuala Lumpur demi menghantar Proton X50 pelanggannya.

SA jahanamkan Proton X50 pelanggan dalam penghantaran KL-JB sampai ‘total loss’! Siapa ganti? 01

Katanya, dia berurusan dengan seorang pelanggan yang membeli Proton X50 di bawah seliaannya 4 bulan yang lalu. Namun, SUV tersebut baru saja didaftarkan pada 1 Mac 2021 dan dirancang untuk dihantar kepada pelanggan di Johor Bahru pada 6 Mac 2021. Memandangkan dia sudah tidak bekerja di pusat pengedar tersebut, seorang SA aktif bernama Azmi Irawan diarah untuk menghantar SUV berkenaan dan dia boleh ‘konvoi’ bersama-sama ke Johor untuk bertemu pemilik X50 itu.

Setelah cadangannya untuk memulakan perjalanan bersama-sama Azmi dari Ampang tidak diendahkan, Puteri yang memandu kereta Azmi ke Johor Bahru bertolak seorang diri pada pukul 3 petang dan berhasrat untuk bertemu dengan Azmi sebaik tiba di lokasi yang dijanjikan dengan pelanggannya. Maklumat lokasi pertemuan di JB sudahpun diberi kepada Azmi pada 5.30 petang dan dia dimaklumkan yang Azmi berada di kawasan Melaka. Perjalanan diteruskan.

SA jahanamkan Proton X50 pelanggan dalam penghantaran KL-JB sampai ‘total loss’! Siapa ganti? 02

Masuk jam 8 malam. Puteri sudahpun tiba di Johor Bahru namun Azmi dan Proton X50 itu masih tak kelihatan batang hidungnya. Si Azmi pula berkata yang dia berada di Segamat – lebih kurang dua jam jauh perjalanannya.

Lebih 40 panggilan telefon dibuat namun satu pun tidak dijawab. Si pemilik yang menunggu di JB semakin resah gelisah. Kegelisahan bertukar amarah hendaknya setelah menerima berita yang si X50 kesayangan terbabas, hancur remuk di sisi jalan di Segamat.

SA jahanamkan Proton X50 pelanggan dalam penghantaran KL-JB sampai ‘total loss’! Siapa ganti? 03

Barangkali seremuk hati si pemilik

Nasi sudah menjadi bubur. Laporan polis dibuat, soal-jawab bermula. Puteri yang kesal dengan kejadian itu mendapat tahu X50 milik pelanggannya dipandu Azmi pada kelajuan 180 km/jam ketika kemalangan berlaku. Mujur pemandu terselamat dan setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Puteri mendakwa dia telah ditipu oleh Azmi yang memutar-belit cerita dan laporan polis yang dibuat adalah untuk melindungi diri serta reputasinya.

Muatnaik dikongsi oleh Puteri di akaun Facebooknya menerima pelbagai reaksi dari netizen. Setakat ini, ia menerima lebih 1,200 tanda suka/reaksi, 1,400 perkongsian dan 1,100 komen. Ramai juga yang bertanya bagaimana kejadian sebegini boleh diselesaikan dan apakah insurans yang boleh dituntut.

Nantikan siasatan lanjut dari pihak berkuasa berkaitan dakwaan ini. Siapa yang salah sebenarnya? Kami harap semua urusan dipermudahkan dan kepada pemilik Proton X50 terlibat, “bertabahlah”.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda