window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sabar sikit lagi, 'gen' baharu Yamaha XMax 250 dijangka masuk pasaran Malaysia Q3 2023!

Khairil · Mar 31, 2023 03:00 PM

Sabar sikit lagi, 'gen' baharu Yamaha XMax 250 dijangka masuk pasaran Malaysia Q3 2023! 01

Sejak mendarat di pasaran Indonesia penghujung tahun lalu, ramai yang tertanya-tanya bila generasi terbaharu Yamaha XMax 250 yang 'berwajah' baharu akan memasuki pasaran tempatan.

Sabar sikit lagi, 'gen' baharu Yamaha XMax 250 dijangka masuk pasaran Malaysia Q3 2023! 02

Turut membuat debut di Eropah dan Thailand dengan nama sedikit berbeza, Yamaha XMax 300, Yamaha XMax 250 seperti diketahui tampil dengan rekaan yang lebih unik, 'tajam' dan mendapat inspirasi dari huruf 'X'.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain pembaharuan besar-besaran dari sudut rekaan, perubahan lain yang paling dinantikan termasuklah di bahagian teknologi.

Juga baca: Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k!

Sabar sikit lagi, 'gen' baharu Yamaha XMax 250 dijangka masuk pasaran Malaysia Q3 2023! 01

Tiada lagi panel meter gabungan analog dan digital LCD, Yamaha XMax 250 gen baharu menggunakan panel meter digital penuh.

Sabar sikit lagi, 'gen' baharu Yamaha XMax 250 dijangka masuk pasaran Malaysia Q3 2023! 02

Lebih menarik, ia kini lengkap dengan ciri sambungan ke telefon bimbit, navigasi sekali gus menyediakan informasi lebih menyeluruh kepada pemilik.

Sabar sikit lagi, 'gen' baharu Yamaha XMax 250 dijangka masuk pasaran Malaysia Q3 2023! 03

Generasi terkini Yamaha XMax 250 di pasaran Malaysia

Begitupun, tiada perubahan ketara dari sudut trenkuasa dengan skuter berkenaan kekal dengan enjin bersesaran 249.8 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC, yang digandingkan dengan transmisi automatik V-Belt.

Sabar sikit lagi, 'gen' baharu Yamaha XMax 250 dijangka masuk pasaran Malaysia Q3 2023! 04

Berdasarkan Yamaha XMax 250 di Indonesia, kuasa yang dihasilkan adalah 25 Hp pada 5,500 rpm dan tork 24 Nm pada 6,500 rpm.

Sentiasa mendapat pertanyaan mengenai Yamaha XMax 250 serba baharu daripada rakan dan pembaca, kami di Wapcar sering merisik pihak HLYM bila skuter maxi itu bakal diperkenalkan.

Sabar sikit lagi, 'gen' baharu Yamaha XMax 250 dijangka masuk pasaran Malaysia Q3 2023! 05

Dan sekalipun tiada jawapan konkrit diberi, menurut sumber, pihak HLYM akan melancarkan skuter ini pada suku ketiga 2023. Lebih tepat, pelancaran dijangka pada bulan Ogos dan berkemungkinan besar bersempena majlis besar-besaran tahunan HLYM.

Sabar sikit lagi, 'gen' baharu Yamaha XMax 250 dijangka masuk pasaran Malaysia Q3 2023! 06

Kepada yang tak tahu, generasi terbaharu Yamaha XMax 250 sebenarnya sedang menjalani sesi ujian jalan raya.

Juga baca: Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat?

Sabar sikit lagi, 'gen' baharu Yamaha XMax 250 dijangka masuk pasaran Malaysia Q3 2023! 07

Imej intip ujian jalan raya Yamaha XMax di Malaysia

Malah imej skuter berkenaan yang mempunyai pelekat samaran melalukan ujian jalan raya sudah beberapa kali tertangkap dan tular di media sosial dan dimainkan media. Jadi, sama-sama kita bersabar.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda