window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SAH: 2022 Perodua Myvi facelift dengan CVT, bakal dilancarkan minggu depan 18 Nov!

Haris · Nov 9, 2021 03:30 PM

SAH: 2022 Perodua Myvi facelift dengan CVT, bakal dilancarkan minggu depan 18 Nov! 01

Dengan tempahan dibuka untuk 2022 Perodua Myvi facelift (kod D51A) dibuka awal pagi ini, tinjauan Wapcar dengan pengedar sah Perodua mengesahkan bahawa tarikh pelancaran model itu mungkin seawal minggu depan, iaitu pada 18-November 2021.

Walaubagaimanapun, Perodua masih belum memberi sebarang kata putus mengenai tarikh pelancaran tersebut justeru anggaplah ini sekadar khabar angin dari penasihat jualan.

Transmisi CVT disahkan

SAH: 2022 Perodua Myvi facelift dengan CVT, bakal dilancarkan minggu depan 18 Nov! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Senarai harga yang diperoleh daripada pemgedar turut mengesahkan bahawa transmisi automatik CVT akan menjadi kelengkapan standard dalam setiap varian, menggantikan kotak gear automatik 4-kelajuan dalam model pra-facelift.

Sementara itu, transmisi manual akan digugurkan sepenuhnya. 2 pilihan enjin akan kekal sama iaitu 1.3 liter 1NR-VE dan 1.5 liter 2NR-VE , kedua-duanya dengan Dual VVT-i.

5 varian ditawarkan, dengan senarai harga seperti berikut:

Anggaran harga 2022 Perodua Myvi facelift
Varian Harga
1.3 G RM 45,700
1.3 G (+ Perodua Smart Drive Assist, PSDA) RM 47,700
1.5 X RM 49,900
1.5 H RM 53,900
1.5 AV RM 58,800
OTR tanpa insurans dan SST, sah sehingga 30-Jun 2022

Model facelift menyaksikan peningkatan harga sekitar 6% hingga 12% untuk kesemua varian, sesuatu yang dijangkakan hasil daripada peningkatan ciri kelengkapan dan anjakan kepada transmisi CVT.

SAH: 2022 Perodua Myvi facelift dengan CVT, bakal dilancarkan minggu depan 18 Nov! 01

Selain itu, varian AV memperolehi warna merah Red Cranberry yang eksklusif. 5 warna lain ditawarkan adalah putih White Ivory, perak Glittering Silver, merah Lava Red (tidak ditawarkan dalam varian AV), kelabu Granite Grey, dan biru Electric Blue.

SAH: 2022 Perodua Myvi facelift dengan CVT, bakal dilancarkan minggu depan 18 Nov! 02

Tidak dilupakan juga, Perodua turut mempamerkan sedikit perincian kabin dalaman yang menampilkan beberapa kelengkapan baharu. Apa pula peningkatan yang ditawarkan oleh Perodua dari dalam? Ikuti laporan kami seterusnya seperti berikut.

Baca: Sekilas pandang interior Perodua Myvi 2022 baharu – infotainmen Ativa, stereng baru, aksen merah 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda