window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SAH: Ford Ranger generasi baharu akan debut di Thailand seawal suku pertama 2022!

Faisal · Sep 24, 2021 12:00 PM

SAH: Ford Ranger generasi baharu akan debut di Thailand seawal suku pertama 2022! 01

Foto dari rakan kami di AutoFun.

Setelah 10 tahun beransur dalam pasaran, Ford Ranger nampaknya bakal tampil dengan generasi baharu pada tahun hadapan. Perkara ini disahkan sendiri oleh Ford yang mana mereka menyatakan bahawa Ford Ranger serba baharu bakal membuat debut di Thailand pada suku pertama tahun 2022.

Juga bacaFord Ranger serba baru: debut seawal tahun 2022, pembangunan kilang giat dijalankan

SAH: Ford Ranger generasi baharu akan debut di Thailand seawal suku pertama 2022! 02

Ford Ranger generasi T6, sudah 10 tahun di pasaran.

Menurut Pengarah Urusan Ford Thailand, Ford Ranger model sekarang masih mendapat sambutan yang baik. Malah dalam pasaran trak pikap di sana, ia masih teguh di tangga ketiga dengan pegangan sebanyak 8%. Dengan beransurnya model baharu nanti, jualan trak pikap itu bakal melonjak dengan begitu ketara.

Juga bacaFord Ranger laku keras di Vietnam pada Mac 2021, tapau Hilux 4.5 kali ganda!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SAH: Ford Ranger generasi baharu akan debut di Thailand seawal suku pertama 2022! 01

Dengan terdedahnya iklan Ford Ranger 2022 pada awal bulan ini, Ford nampaknya sudah bersedia untuk memperkenalkan pewaris kepada Ford Ranger generasi T6 yang cukup berjaya.

Juga bacaRASMI! Ford Ranger 2022 generasi seterusnya diacah, muka depan ala F-150!

SAH: Ford Ranger generasi baharu akan debut di Thailand seawal suku pertama 2022! 02

Dari segi sumber kuasa, Ford Ranger 2022 khabarnya akan datang dengan enjin yang disemak semula, termasuklah enjin hibrid plug-in baru (PHEV) yang menghembuskan 267 PS dan 680 Nm tork. Trenkuasa elektrik sepenuhnya (EV) juga ada disebut-sebut.

Juga bacaFord Ranger elektrik bakal menyusul, Ford umum pembangunan 2 platform baharu untuk model elektrik!

Apapun, butiran lanjut akan menyusul pada masa yang akan datang. Untuk itu, teruskan setia bersama kami.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda