SAH: Hyundai Creta akan dilancar di Malaysia pada 2023, bakal bersaing dengan Honda HR-V!
Faisal · Jan 16, 2023 08:00 PM
Nampaknya, setelah sekian lama, pelancaran Hyundai Creta di pasaran Malaysia akan berlangsung dalam tahun ini juga. Perkara ini dapat dilihat sendiri pada iklan Facebook Hyundai Malaysia.
Bagi anda yang belum tahu, Hyundai Creta menggunakan platform yang sama dengan Kia Seltos dan SUV segmen B ini akan bersaing terus dengan Proton X50 dan Honda HR-V apabila tiba di pasaran kita nanti.
Dari segi trenkuasa, ia mungkin menggunakan nadi 1.5L NA Smartstream yang menghasilkan 115 PS/144 Nm. Kuasa dipadankan ke transmisi CVT (iVT buat Hyundai).
Untuk aspek keselamatan, Creta hadir dengan penawaran ADAS SmartSense yang turut merangkumi ciri forward-collision avoidance assist, lane-keep assist, lane-follow assist dan blind-spot collision avoidance assist.
Kalau anda perhatikan, selain Hyundai Creta, iklan tersebut juga mempamerkan model seperti Santa Fe facelift, Palisade facelift dan EV Ioniq 6, sekaligus menandakan ketibaan model ini untuk tahun 2023.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen