window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sah! Mitsubishi Outlander dihentikan jualan di Malaysia. Selamat tinggal SUV paling 'underrated'!

Haris · Dec 28, 2021 05:00 PM

Sah! Mitsubishi Outlander dihentikan jualan di Malaysia. Selamat tinggal SUV paling 'underrated'! 01

 

  • Outlander mungkin produk lama, tetapi keselesaannya masih tiada tandingan
  • Model CBU dahulu sebelum bertukar kepada CKD
  • Outlander baharu tidak akan ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat

Dengan penamatan jualan Mitsubishi Outlander di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini hanya mempunyai dua model untuk ditawarkan, iaitu Xpander dan Triton. Kedua-dua model itu mengagumkan dalam kelas masing-masing tetapi kami tidak boleh terlepas pandang Mitsubishi Outlander yang sangat 'underrated' di Malaysia.

Sah! Mitsubishi Outlander dihentikan jualan di Malaysia. Selamat tinggal SUV paling 'underrated'! 02

Tiada lagi Mitsubishi Outlander

Berita mengenai Mitsubishi Outlander dihentikan di pasaran Malaysia pertama kali timbul apabila model itu tidak lagi disenaraikan di laman web Mitsubsihi Motors Malaysia. Berita ini kemudiannya disahkan secara rasmi oleh MMM tetapi ia juga membawa satu lagi berita buruk. Mitsubishi Outlander tidak akan digantikan dengan cepat oleh model generasi baharu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Oleh itu, apa kata kita imbas secara ringkas mengenai perjalanan SUV 7 tempat duduk paling 'underrated' di Malaysia ini.

5 tahun kukuh atau mendatar?

Sah! Mitsubishi Outlander dihentikan jualan di Malaysia. Selamat tinggal SUV paling 'underrated'! 01

Setelah diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tahun 2016, Mitsubishi Outlander generasi ketiga pada mulanya dibawa masuk sebagai model import sepenuhnya (CBU) dari Jepun. Hanya satu varian ditawarkan pada awalnya, dengan unit enjin yang lebih berkuasa 2.4 liter, menghasilkan 167 PS dan 222 Nm.

Bermula dari RM 167k, Mitsubishi Outlander mempunyai harga yang lebih kompetitif berbanding pesaing pemasangan tempatan seperti Nissan X-Trail dan Honda CR-V tetapi masih dilengkapi dengan baik. Poin tambahan untuk Outlandar, reka bentuknya sangat segar dan moden pada masa itu.

Sah! Mitsubishi Outlander dihentikan jualan di Malaysia. Selamat tinggal SUV paling 'underrated'! 02

Akhirnya, model pemasangan tempatan (CKD) yang lebih mampu milik telah diperkenalkan pada Oktober 2017 yang bermula dari RM 140k. Dilengkapi dengan unit enjin 2.0 liter yang lebih kecil (145 PS/196 Nm), Mitsubishi Outlander 2.0 menggugurkan beberapa ciri Outlander CBU seperti bumbung matahari, EPB, tempat duduk kulit dan pintu belakang kuasa.

Beberapa ciri yang kekal adalah sambungan Apple CarPlay dan kamera undur.

Sah! Mitsubishi Outlander dihentikan jualan di Malaysia. Selamat tinggal SUV paling 'underrated'! 03

Jangan pandang rendah, SUV 7 tempat duduk ini juga tidak mengurangkan ciri keselamatan dengan 7 beg udara, ABS dengan EBD dan bantuan brek, serta Active Stability Control (ASC) sebagai standard.

Beberapa bulan kemudian, pada Januari 2018, MMM memperkenalkan versi CKD bagi varian 2.4 liter teratas. Berharga dari RM 155k, Mitsubishi Outlander 2.4 mendapat kelengkapan yang sama seperti model CBU tetapi dengan beberapa tambahan termasuk rim aloi 18" reka bentuk lapan jejari baharu dua-tona serta kamera 360 darjah.

Sah! Mitsubishi Outlander dihentikan jualan di Malaysia. Selamat tinggal SUV paling 'underrated'! 04

Pada masa itu, pasaran SUV telah berkembang dengan pesat kerana hampir setiap jenama sudah menawarkan kenderaan utiliti sukan SUV mereka sendiri. Mitsubishi Outlander yang berumur 3 tahun dalam pasaran ketika itu terasa ketinggalan zaman dengan reka bentuk yang lapuk dan kekurangan peralatan keselamatan aktif seperti ADAS.

Baca: 5 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Outlander 2.0 4WD, masih baloi untuk dibeli?

Sah! Mitsubishi Outlander dihentikan jualan di Malaysia. Selamat tinggal SUV paling 'underrated'! 05

Tetapi cubalah pandu uji Outlander sendiri dan anda mungkin akan memaafkan kuda lama ini. Jujur kami katakan, SUV ini cemerlang dalam aspek keselesaan yang lebih baik berbanding pesaing yang lebih moden.

Baca: Rebiu: Mitsubishi Outlander 2.0 4WD. Ini apa yang boleh dijangkakan untuk Mitsubishi Xpander?

Sah! Mitsubishi Outlander dihentikan jualan di Malaysia. Selamat tinggal SUV paling 'underrated'! 06

Baris ketiga cukup untuk orang dewasa bersaiz sederhana

Mitsubishi Outlander juga sangat luas di dalam, kelebihan utama bagi mereka yang biasa melakukan perjalanan jarak jauh ke Pantai Timur atau ke selatan semasa musim perayaan. Kelebihan lain ialah mod 4WD yang sangat baik dan lancar, menonjolkan sisi lasak SUV, sekali lagi sesuatu yang hanya boleh ditawarkan oleh sebilangan kecil pesaing.

Baca: 5 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Outlander 2.0 4WD, masih baloi untuk dibeli?

Sah! Mitsubishi Outlander dihentikan jualan di Malaysia. Selamat tinggal SUV paling 'underrated'! 07

Oleh itu, sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada SUV Mitsubishi yang dipandang rendah atau 'underrated' di Malaysia. Walaupun sudah tua, kita pasti akan merinduinya. Hanya yang pernah memandunya mampu menghargai.

Soalan utama yang semua orang tanya

Sah! Mitsubishi Outlander dihentikan jualan di Malaysia. Selamat tinggal SUV paling 'underrated'! 08

Justeru, soalan besar yang terlekat dalam fikiran pengguna; adakah ini bermakna Mitsubishi Motors Malaysia akan membawa masuk Outlander generasi baharu? Jawapannya ialah, kita tidak dapat mengesahkannya dengan pasti.

Sah! Mitsubishi Outlander dihentikan jualan di Malaysia. Selamat tinggal SUV paling 'underrated'! 09

Australian-spec Outlander shown

Mitsubishi Outlander generasi keempat serba baharu melakukan penampilan pertama global melalui penstriman acara dalam talian Amazon Live pada Februari 2021 dan kini tersedia di Amerika Utara, Jepun dan Australia.

Baca: Rekaan maskulin, ciri moden: Mitsubishi Outlander 2022 serba baru rasmi didebut

Sah! Mitsubishi Outlander dihentikan jualan di Malaysia. Selamat tinggal SUV paling 'underrated'! 10

Model pasaran Australia

Kini dua negara terakhir mungkin membuatkan anda teruja dengan jangkaan ketibaannya ke Malaysia memandangkan pasaran tersebut berkongsi kedudukan stereng yang sama. Namun, MMM masih senyap mengenai perancangannya buat masa ini.

Sah! Mitsubishi Outlander dihentikan jualan di Malaysia. Selamat tinggal SUV paling 'underrated'! 11

Outlander PHEV

Di Australia, Mitsubishi Outlander dikuasakan oleh enjin petrol 2.5 liter (184 PS/245 Nm) yang dikongsi dengan Nissan Rogue (Nissan X-Trail untuk Malaysia). Di Jepun, hanya rangkaian kuasa PHEV tersedia yang menggandingkan unit enjin 2.4 liter petrol (133 PS/199 Nm) dengan dua motor elektrik di hadapan (116 PS/255 Nm) dan gandar belakang (135 PS/195 Nm).

Sah! Mitsubishi Outlander dihentikan jualan di Malaysia. Selamat tinggal SUV paling 'underrated'! 12

Outlander PHEV di pasaran Jepun

Cukuplah untuk mengatakan, jika Outlander serba baharu itu datang ke Malaysia, ia berkemungkinan sangat mahal dan terpaksa dijual dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada pesaing. Adakah ramai yang mampu menelan fakta ini dan membuktikannya secara kewangan?

Baca: RalliArt akan dihidupkan melalui Mitsubishi Outlander 2022, digelar Outlander Evo?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Mitsubishi Outlander Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda