window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SAH: Motosikal elektrik urban BMW CE 04 masuk Malaysia, harga dari rm 60k?

Haris · Jan 10, 2023 01:00 PM

SAH: Motosikal elektrik urban BMW CE 04 masuk Malaysia, harga dari rm 60k? 01

BMW Motorrad Malaysia hari ini telah mengumumkan ketibaan skuter BMW CE 04 baharu, julung kali hadir dengan jentera elektrik untuk portfolio Mobiliti Urban miliknya. 

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Bagi menyambut ketibaan tahun yang baharu, kami teruja untuk memperkenalkan BMW CE 04 yang bakal mentakrifkan semula pengalaman permotoran serba emotif buat warga mobiliti urban di Malaysia.

"Berbekalkan rancangan untuk menjadikan semua model mobiliti urban akan datang berpandukan kuasa elektrik, kami bukan sahaja akan memperkenalkan model-model serba inovatif yang baharu buat para pelanggan kami, tetapi juga mengepalai usaha untuk mencorak semula landskap jentera beroda dua secara menyeluruh.”

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SAH: Motosikal elektrik urban BMW CE 04 masuk Malaysia, harga dari rm 60k? 01

BMW CE 04 baharu mempersembahkan reka bentuk futuristik, menggabungkan teknologi dan gaya sensasi menerusi sebuah rangkaian pemacu yang kompak.

Profil jentera ini lebih rendah dan regang, serta rangka utamanya yang diperbuat daripada keluli tiub dilengkapi dengan komponen eksterior yang luas, tampak nyaman dan serba minimalis dalam rona Light White, dipadankan dengan beberapa bahagian dalam warna hitam pusam di hadapan dan sisi.

Satu lagi ciri menarik BMW CE 04 baharu ialah tempat duduk “terapung”, yang turut berwarnakan hitam pusam.

SAH: Motosikal elektrik urban BMW CE 04 masuk Malaysia, harga dari rm 60k? 02

Di bahagian hadapan, komponen cabang teleskopik yang membimbing roda hadapan, disertakan dengan brek cakera berkembar untuk menjamin daya nyahpecutan yang selamat untuk penunggang.

Dari sisi, perintisan BMW CE 04 baharu diserlahkan menerusi set rodanya yang mengiraskan rupa cakera, serta topang sisi yang diintegrasikan ke dalam gaya rekaannya. Sementara itu, tayar yang melengkapi BMW CE 04 adalah berukuran 120/70 R15 67H di hadapan dan 160/60 R15 56H di belakang.

Di bahagian belakang pula, sistem kawalan tayar belakang jentera ini terdiri daripada lengan ayun bersisi tunggal, manakala suspensi dan redaman dibekalkan oleh sangga spring berlitup penuh  dan fungsi kawalan langsung.

SAH: Motosikal elektrik urban BMW CE 04 masuk Malaysia, harga dari rm 60k? 03

Di atas jalan, teknologi LED serba canggih dibawakan untuk daya pencahayaan yang tiada bandingannya. Unit pencahayaan LED yang berkuasa tinggi telah dimanfaatkan untuk lampu hadapan bagi cirilampu puncak dan rendah, termasuk lampu belakang dan lampu membelok.

Menjamin tahap keselamatan dan kebergunaan yang tertinggi, Adaptive Headlight Pro juga disertakan secara standard, di samping lampu waktu siang dan fungsi-fungsi cahaya khas, seperti “Welcome” dan “Good Bye”.

SAH: Motosikal elektrik urban BMW CE 04 masuk Malaysia, harga dari rm 60k? 04

Jantung skuter mobiliti elektro ini ialah motor elektrik magnetik berpenyejukan cecair yang dipasang pada rangka bawah. Terletak di antara bateri dan roda belakang, kedudukan ini menyumbang kepada pusat graviti yang rendah untuk BMW CE 04 baharu.

Dari segi kuasa, motor BMW CE 04 baharu mampu menjana output maksimum berjumlah 31 kW (42 PS) dan tork bernilai 62 Nm, membolehkan jentera ini membuat pecutan dari kelajuan 0 hingga 50 km/j hanya dalam tempoh 2.6 saat. Untuk kelajuan dan tunggangan bebas emisi di susur jalan urban mahupun lebuh raya, kelajuan tertinggi BMW CE 04 baharu mencecah 120 km/j.

SAH: Motosikal elektrik urban BMW CE 04 masuk Malaysia, harga dari rm 60k? 05

Bagi kapasiti bateri selnya pula, BMW CE 04 baharu mencatatkan 60.6 Ah (8.9 kWj), membekalkan jarak operasi maksimum sejauh 130 kilometer. Bateri ion litium jentera ini akan dicas melalui peranti pengecas bersepadu, yang dapat dilaksanakan menerusi soket kuasa biasa di kediaman, ‘wallbox’ ataupun stesen pengecasan awam.

Bateri yang telah kosong boleh dicas penuh dalam masa 4 jam 20 minit, jika menggunakan output standard berkadar 2.3 kW. Dengan kemudahan pengecasan pantas, jika output setinggi 6.9 kW digunakan, tempoh ini dapat dikurangkan kepada 1 jam 40 minit.

SAH: Motosikal elektrik urban BMW CE 04 masuk Malaysia, harga dari rm 60k? 06

Memberi penunggang pilihan antara kecekapan dan keseronokan tunggangan yang maksimum, BMW CE 04 baharu hadir dengan empat mod tunggangan: “ECO”, “Rain” dan “Road”, serta “Dynamic” yang disediakan sebagai pilihan “lepas kilang” (ex works). Untuk menjamin tahap keselamatan yang tinggi, generasi BMW Motorrad Integral ABS Pro yang terbaharu juga dibawakan secara standard.

SAH: Motosikal elektrik urban BMW CE 04 masuk Malaysia, harga dari rm 60k? 07

BMW CE 04 baharu dilengkapi dengan skrin paparan berwarna TFT 10.25” dengan fungsi Map Navigation, bersama fungsi keterhubungan yang ekstensif dikuasakan oleh BMW Motorrad Connected App.

Untuk kemudahan tambahan, port USB, kompartmen dengan pengecas USB, soket 12V, kompartmen helmet berlampu, ruang muatan fleksibel berlampu, fungsi tunggangan tanpa kunci dan bantuan mengundur turut didatangkan secara standard.

Sebagai rujukan, BMW Motorrad Thailand adalah antara pengedar terawal yang memasarkan motosikal elektrik ini. Sebagai rujukan, BMW CE 04 Avantgarde varian teratas telah dijual di Thailand pada harga 859,000 baht iaitu sekitar RM 108,535. Model BMW CE 04 pasaran Malaysia dijangka dijual pada harga bermula RM 60k.

Baca: BMW CE04 (2022) tiba di Thailand, varian tunggal, harga 'padu' RM 108k!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda