window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SAH: Proton X90 2023 dalam fasa pengeluaran, enjin 1.5 Turbo Mild-Hybrid bakal muncul!

Haris · Mar 14, 2023 02:30 PM

SAH: Proton X90 2023 dalam fasa pengeluaran, enjin 1.5 Turbo Mild-Hybrid bakal muncul! 01

Pada pelancaran barisan pengeluaran baharu Proton di kilang Tanjung Malim, jenama automotif Malaysia itu turut memperkenalkan model SUV baharu, Proton X90 yang sangat dinanti-nantikan pengguna.

SAH: Proton X90 2023 dalam fasa pengeluaran, enjin 1.5 Turbo Mild-Hybrid bakal muncul! 02

Geely Haoyue pasaran China

Semasa penampilan sulungnya kepada media, Proton juga mengesahkan bahawa Proton X90 akan menjadi model pertama syarikat yang dilengkapi dengan teknologi hibrid.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Proton dah pasang 10,000 enjin 1.5 TGDI di Tanjung Malim, sasaran 60,000 unit untuk 2023

SAH: Proton X90 2023 dalam fasa pengeluaran, enjin 1.5 Turbo Mild-Hybrid bakal muncul! 01

Kredit: Adi Arfan

Menurut Timbalan Ketua Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, "Majlis hari ini menandakan permulaan aktiviti yang membawa kepada pengenalan rasmi model terbaru Proton. Selepas permulaan pengeluaran, kami akan mengadakan sesi pratonton media dan pengenalan pelanggan sebelum melancarkan SUV baharu kami, yang juga akan menjadi produk NEV pertama kami.

"Ini merupakan langkah penting dalam perjalanan NEV kami yang akan memberi penekanan secara beransur-ansur kepada teknologi hibrid sebelum kami melancarkan Proton EV pertama."

SAH: Proton X90 2023 dalam fasa pengeluaran, enjin 1.5 Turbo Mild-Hybrid bakal muncul! 02

Terdahulu, Wapcar.my menjadi yang terawal melaporkan bahawa Proton X90 akan menjadi model hibrid pertama Proton, dikuasakan oleh sistem 49-Volt mild-hybrid (MHEV). Output sistem gabungan ialah 190 PS dan 300 Nm.

Baca: Proton X90 berkemungkinan menjadi hibrid pertama Proton, siap ada acah sistem hibrid MHEV di COE

SAH: Proton X90 2023 dalam fasa pengeluaran, enjin 1.5 Turbo Mild-Hybrid bakal muncul! 03

Kerja-kerja pembinaan bagi talian stamping baharu PROTON bermula pada awal April 2021 dengan pemasangan jentera bermula pada Julai 2022 dan siap sepenuhnya pada Disember.

Terdapat lima mesin stamping dengan satu mesin mampu menggunakan 2,500 tan daya dan dua mesin masing-masing dengan daya menekan sebanyak 1,200 tan dan 1,000 tan.

Barisan stamping baharu ini juga menggunakan enam robot untuk memindahkan bahagian antara stesen kerja dan penggunaan teknologi IR 4.0 bersama data masa nyata berserta machine leaming untuk meningkatkan kualiti bahagian yang dihasilkan.

SAH: Proton X90 2023 dalam fasa pengeluaran, enjin 1.5 Turbo Mild-Hybrid bakal muncul! 04

Barisan pengeluaran baharu itu boleh menghasilkan sehingga 50 komponen unik, meningkatkan kandungan tempatan untuk model SUV Proton kerana barangan seperti panel badan kini boleh dihasilkan di Tanjung Malim.

Pembaharuan ini membawa manfaat tambahan untuk mengurangkan kebergantungan syarikat kepada bahagian yang diimport, melindunginya daripada sebarang gangguan yang berpotensi kepada perdagangan global, dan meningkatkan bekalan alat ganti tempatan.

SAH: Proton X90 2023 dalam fasa pengeluaran, enjin 1.5 Turbo Mild-Hybrid bakal muncul! 05

"Pelancaran barisan stamping baharu kami di Tanjung Malim merupakan tambahan utama kepada keupayaan pengeluaran kereta PROTON. Sebagai jenama automotif nasional, peningkatan penggunaan alat ganti tempatan dalam aktiviti pengeluaran kami adalah penting kepada ekosistem automotif nasional dan membantu mengurangkan aliran keluar dana dari negara ini.

SAH: Proton X90 2023 dalam fasa pengeluaran, enjin 1.5 Turbo Mild-Hybrid bakal muncul! 06

"Selain berpotensi mengurangkan penggunaan alat ganti import sebanyak 15,000 unit setahun, barisan stamping juga membolehkan fleksibiliti yang lebih besar apabila memutuskan campuran pengeluaran kami setiap bulan dan meningkatkan kelajuan yang mana kami boleh menghasilkan model baharu secara tempatan," kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton.

Baca: Proton akan tambah kilang penghentakan badan kereta baharu di Tanjung Malim

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

Proton X90 1.5TGDI BSG Standard 2023

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda