window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Saham stok otomotif meningkat kerana pelepasan cukai

Mersita · Jun 10, 2020 05:15 PM

Saham stok otomotif meningkat kerana pelepasan cukai 01

Berikutan pengumuman pengecualian cukai bagi kenderaan yang dipasang di Malaysia, pasaran saham bagi sektor otomotif semakin hangat kerana permintaan dijangka meningkat.

Seperti yang dilaporkan oleh The Edge, harga syer Bermaz Auto Bhd naik sehingga 8.11% atau 12 sen pada RM1.60 dimana sejumlah 4.1 juta syer terjual. Tan Chong Motor Holdings Bhd, syarikat yang terlibat dalam pemasangan dan pemasaran kenderaan bermotor, mengalami peningkatan dalam harga syer sebanyak 2.59% atau 3 sen pada RM1.19 bagi setiap syer.

MBM Resources Bhd yang rakan syarikatnya Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) gembira dengan peningkatan 3.79% atau 13 sen pada RM3.56 dengan 535,500 syer bertukar tangan. UMW Holdings Bhd yang juga memegang Perodua dan berkait dengan Toyota naik 4.5% atau 13 sen pada RM3.02 bagi setiap syer.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua mampu menutup tirai bulan Mei 2020 dengan 7,886 kereta terjual, sebahagian daripada jumlah keseluruhan jualan iaitu 52,920 bagi tahun 2020 setakat ini.

Perodua juga baru sahaja mengumumkan yang syarikat itu akan menurunkan harga bagi semua model kereta mereka (harga atas-jalan tidak termasuk insuran) dengan diskaun antara 3% dan 6% menerusi rebat tunai bermula hari ini hingga 14 Jun 2020.

Saham stok otomotif meningkat kerana pelepasan cukai 01

DRB-Hicom Bhd yang memegang 50.1% syer dalam Proton Holdings Bhd disamping menjadi pengedar kereta-kereta lain seperti Honda juga mengalami kenaikan 4.89% atau 9 sen pada RM1.93 bagi setiap syer.

Pada bulan April, Proton melaporkan prestasi jualan positif bagi Q1 2020 walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung pada awal tahun ini. Pembuat kereta nasional itu berjaya menjual 21,757 unit kenderaan – peningkatan sebanyak 20.4% berbanding suku pertama 2019. Semua model kereta utama keluaran Proton menyaksikan peningkatan dalam jualan sekitar 17% ke 602%, dimana peningkatan tertinggi adalah bagi Proton Iriz.

Saham stok otomotif meningkat kerana pelepasan cukai 02

Mitsubishi Motors Malaysia juga mengumumkan yang Mitsubishi Triton keluarannya mampu mengekalkan peningkatan positif hampir 1% sepanjang Tahun Kewangan 2019 (April 2019 – Mac 2020) berbanding tahun lepas pada tempoh yang sama.

Selepas pembentangan pelan pemulihan ekonomi oleh Perdana Menteri Malaysia pada Jumaat lepas, stok pasaran saham rata-ratanya semakin pulih. Cukai jualan bagi kereta yang dipasang di Malaysia akan dikecualikan sepenuhnya manakala bagi kereta import pula, cukai jualan akan dikurangkan separuh bermula 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020.

Langkah ini diharap boleh mengurangkan impak ekonomi disebabkan oleh pandemik yang melanda serta memacu pertumbuhan sektor otomotif. Jualan kenderaan di Malaysia meningkat pada tahun 2018 apabila GST dimansuhkan, oleh itu industri ini barangkali boleh mengalami impak yang sama walaupun dalam suasana yang berbeza.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda