window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Saiz Toyota Raize / Daihatsu Rocky lebih kurang Myvi? Kami bandingkan untuk anda!

Haris · May 25, 2020 08:00 PM

Saiz Toyota Raize / Daihatsu Rocky lebih kurang Myvi? Kami bandingkan untuk anda! 01

Kalau sekali imbas, reka bentuk SUV kompak Toyota Raize / Daihatsu Rocky memang nampak agak menyerupai Perodua Myvi. Kita juga sedia maklum bahawa Daihatsu Rocky dihasilkan oleh Daihatsu Motor Co., Ltd yang merupakan kontraktor pengilang bagi syarikat Toyota.

Daihatsu juga turut menjual Daihatsu Rocky yang mirip dengan Toyota Raize. Walaupun Raize / Rocky kelihatan seperti Myvi yang lebih besar dan tinggi, sebenarnya ukuran SUV kompak ini tidak jauh berbeza dengan hatchback tersebut.

Saiz Toyota Raize / Daihatsu Rocky lebih kurang Myvi? Kami bandingkan untuk anda! 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perbandingan sebenar berdasarkan ukuran pengeluar mendapati Toyota Raize hanya 100 mm lebih panjang dan 40 mm kurang lebar daripada Perodua Myvi yang berukuran 3,895 mm panjang dan mempunyai kelebaran sebanyak 1,735 mm. Selain itu, Toyota Raize / Daihatsu Rocky telah diklasifikasikan sebagai SUV segmen B.

Saiz Toyota Raize / Daihatsu Rocky lebih kurang Myvi? Kami bandingkan untuk anda! 01

Dari segi ketinggian pula, jurang perbezaan kedua-dua kereta adalah kecil. Walaupun Raize / Rocky adalah SUV, tingginya hanya 105 mm lebih daripada ketinggian Myvi (1,515 mm).

Untuk jarak antara roda, Raize / Rocky hanya 20 mm (2,520 mm) lebih panjang berbanding Perodua Myvi (2,500 mm).

Saiz Toyota Raize / Daihatsu Rocky lebih kurang Myvi? Kami bandingkan untuk anda! 02

Beralih kepada perbezaan terbesar antara kedua-dua kereta pula. Kapasiti but Perodua Myvi adalah 277 liter, jauh lebih kecil daripada kapasiti but Toyota Raize / Daihatsu Rock iaitu 369 liter. Raize / Rocky menggunakan lantai but bertingkat yang mengoptimumkan penggunaan ruang but belakangnya.

Sebagai SUV kompak segmen B, Toyota Raize / Daihatsu Rocky berada di segmen yang sama dengan Honda HR-V dan Mazda CX-3. Namun, ukuran Raize / Rocky jauh lebih kecil daripada pesaingnya. Kedua-dua SUV kompak ini berukuran lebih daripada 4,000 mm tetapi Raize / Rocky mempunyai perbezaan hampir 100 mm lebih pendek berbanding pesaingnya itu.

Saiz Toyota Raize / Daihatsu Rocky lebih kurang Myvi? Kami bandingkan untuk anda! 03

Umum mengetahui bahawa Perodua sedang membangunkan sebuah model SUV kompak yang menggunakan kod nama D55L. Ramai yang merasakan bahawa model ini adalah versi Perodua yang berasaskan Toyota Raize / Daihatsu Rocky.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda