window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya?

Faisal · Sep 10, 2020 01:29 PM

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 01

2020 merupakan ulang tahun ke-100 penubuhan syarikat Suzuki. Mereka adalah salah satu daripada tiga syarikat di dunia yang masih mengeluarkan kereta dan motosikal pada masa yang sama.

Setelah empat tahun menyepi daripada pasaran Malaysia, Suzuki dikhabarkan membuat kemunculan semula.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan kedudukan ke-10 dalam tangga global, Suzuki mencapai tahap ini tanpa sebarang bantuan daripada jenama lain. Di samping itu, keupayaan mereka dalam menembusi pasaran Amerika Utara juga sangat mengagumkan.

Perkara ini lebih disanjungi apabila Suzuki mampu menembusi pasaran hanya dengan menjual kereta kecil dan SUV dimana separuh daripada barisan model tersebut dijual di India.

Anda mungkin tidak menganggap Suzuki sebagai sebuah jenama yang unggul, menarik mahupun ikonik.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 01

Sekiranya anda melewati arena permotoran dari Jepun, Suzuki tidak mempunyai kenderaan yang berprestasi tinggi seperti Nissan GT-R mahupun kenderaan mewah seperi Lexus.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 02

Begitu juga dengan sukan permotoran. Tiada sebarang penguasaan dalam Formula One mahupun World Rally Championship. Yang ada hanya kenderaan raksasa Suzuki XL7 Tajima yang mencatat rekod baharu di Pikes Peak pada pesta International Hill Climb 2007.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 03

Sebaliknya, Suzuki mengungguli dunia melalui motosikal seperti model Hayabusa dan Katana. Namun demikian, industri motosikal mereka disokong oleh perniagaan yang berlainan.

Walaupun barisan kereta Suzuki kurang memberi impak yang besar dalam arena automotif seperti jenama pesaingnya, beberapa model telah menjadi kegemaran ramai.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 04

Pada era dimana hot hatch seperti Golf GTi belum cukup "hot", Suzuki sudah mula menempah nama melalui Suzuki Swift.

Suzuki Swift telah menjadi model yang sangat cemerlang sehinggakan Suzuki mengeluarkan varian Swift Sport yang memiliki lebih prestasi dan keupayaan yang lebih tinggi. Sekiranya khabar angin yang diperkatakan serata dunia mengenai Swift Sport generasi ketiga adalah benar, maka masa depan dan semangat yang kukuh akan terjamin buat jenama Suzuki.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 05

Suzuki bukan sahaja mengeluarkan kereta kecil, malah mereka telah mengeluarkan SUV bergaya melalui Suzuki Vitara generasi pertama.

Beransur daripada itu, model Jimmy dikeluarkan. Ia merupakan kenderaan 4x4 kompak untuk pemanduan yang lebih mencabar seperti off-road. Ia turut diminati ramai kerana sifatnya yang ringkas walaupun cukup berkebolehan.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 06

Namun begitu, momentum Suzuki di Malaysia dihampakan oleh pengedar DRB-Hicom yang gagal mengurus syarikat itu dengan baik. Walaupun perkhidmatan selepas jualan untuk model CKD seperti Swift adalah memuaskan, model CBU kurang mendapat perhatian yang sama.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 07

Hal ini dibuktikan oleh Suzuki Swift Sport pada Merdeka Millenium Endurance Race 2010. Untuk perlumbaan ini, mereka merancang untuk menukarkan sebuah Swift Sport kepada kereta lumba dengan modifikasi yang minimum.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 08

Sewaktu persiapan, mereka terkejut apabila diberitahu bahawa tiada stok klac ganti untuk Swift Sport. Oleh itu, set klac tersebut harus diimport dari Singapura.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 09

Sebagai model rasmi dalam barisan Suzuki di Malaysia, adalah wajar bagi pihak syarikat untuk memberikan kemudahan komponen dan perkhidmatan dalam aspek pemilikan kenderaan tersebut.

Selain itu, harga untuk model CBU agak tinggi dan pengiklanan yang hambar juga tidak membantu. Dengan itu, model yang hebat seperti Swift Sport dan Kizashi terus ke lembah kepupusan.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 10

Pada tahun 2016, persetujuan Proton Holdings dan DRB-Hicom untuk memberhentikan penjualan kenderaan Suzuki telah menganggu penguasaannya di Malaysia.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 11

Sekiranya khabar angin yang mengatakan bahawa Bermaz Motor akan mengambil ambil Suzuki di Malaysia itu benar, jenama ini akan mendapat harapan baharu untuk pasaran Malaysia. Namun demikian, ia tidak semudah itu.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 12

Untuk maklumat anda, barisan model Suzuki merangkumi kenderaan segmen A, B, dan SUV kecil. Untuk pasaran Malaysia yang mempunyai kepelbagaian segmen, barisan model Suzuki mungkin kurang relevan kecuali model Swift dan Vitara.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 13

Itupun disebabkan oleh sejarah yang kuat dan nama yang sudah dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 14

Model Jimmy mungkin tidak sesuai untuk pasaran Malaysia kerana pengguna kini lebih tertumpu kepada kenderaan yang memiliki ciri praktikal yang tinggi, prestasi yang mencukupi, dan tahap keselesaan yang baik.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 15

Model Alto pula berkemungkinan tidak akan kembali kerana piawaian UNECE pada undang-undang Approval Permit (AP) yang ketat.

Model mampu milik yang direka khusus untuk pasaran India seperti Celerio dan S-Presso tidak mungkin boleh bersaing dengan Perodua Axia mahupun Proton Iriz.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 16

Untuk maklumat anda, kenderaan segmen A yang diimport ke Malaysia sering kali gagal memegang takhta yang dimiliki oleh Perodua dan Proton.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 17

Model yang jarang dikeluarkan seperti Baleno (sedikit besar daripada Swift) dan SX4 Cross (Swift yang ditinggikan) pula akan menggugat model Swift sendiri.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 18

Namun demikian, Suzuki mempunyai beberapa model yang mungkin boleh menghangatkan pasaran Malaysia. Antaranya ialah Suzuki Ignis hatchback. Ia mempunyai gabungan gaya SUV yang kukuh dengan pakej yang menarik.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 19

Model seperti XL7 juga memberikan alternatif yang baik sekiranya pembeli merasakan bahawan Honda BR-V terlalu banyak di jalan raya. Pada masa yang sama, Suzuki Ciaz yang dihasilkan di Thailand boleh memberikan saingan yang menarik dalam kelas sedan kompak yang semakin rancak dipelopori oleh Honda City, Toyota Vios, dan Nissan Almera.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 20

Ini menunjukkan bahawa Suzuki berupaya untuk menguasai pasaran Malaysia semula. Ia mempunyai barisan model yang bersesuaian dengan keperluan pengguna di samping memiliki pilihan enjin yang menarik seperti 4-silinder turbo dan 3-silinder yang cukup efisien.

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya? 21

Dengan produk bersaiz kecil yang berkualiti, Suzuki mampu memenangi hati rakyat seperti dahulu kala sekiranya ia kembali dalam pasaran Malaysia.

Suzuki hanya memerlukan pengedar yang betul untuk memberikan pekhidmatan yang bagus dan pilihan yang baik kepada pembeli. Mudah-mudahan mereka diberi peluang kedua untuk menempah nama dalam era yang serba moden ini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda