window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Salah Waze: pemandu Vios dan Bezza yang memandu di lorong motosikal guna alasan sama

Haris · Sep 3, 2020 05:30 PM

Salah Waze: pemandu Vios dan Bezza yang memandu di lorong motosikal guna alasan sama 01

2 orang pemandu telah pun dikenal pasti kerana kesalahan memandu di laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pihak polis telah menemui 2 video yang tular tentang 2 kejadian tersebut pada hari Rabu (2 September 2020) dan siasatan telah dilakukan.

Video pertama adalah berkenaan sebuah Toyota Vios berwarna putih yang dipandu melulu melawan arus trafik laluan motosikal. Toyota Vios tersebut telah mengakibatkan kemalangan seorang penunggang motor namun mangsa hanya cedera ringan.

Salah Waze: pemandu Vios dan Bezza yang memandu di lorong motosikal guna alasan sama 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Video kedua pula adalah sebuah Perodua Bezza berwarna coklat yang memandu mengikut arah trafik tetapi menggunakan laluan motosikal. Pelaku terpaksa memberhentikan kenderaan setelah dimaki oleh seorang penunggang motosikal yang prihatin.

Salah Waze: pemandu Vios dan Bezza yang memandu di lorong motosikal guna alasan sama 01

Bagi video pertama, pesalah adalah seorang lelaki berusia 33 tahun manakala bagi video kedua, pesalah adalah seorang wanita yang juga berusia 33 tahun. Walaupun berumur 33 tahun, nampaknya kedua-duanya masih belum arif dalam menggunakan telefon pintar.

Hal ini kerana, kedua-dua pelaku telah menggunakan alasan yang sama iaitu kesilapan pada aplikasi Waze. Mereka mendakwa aplikasi Waze telah menunjukkan mereka sebuah lorong kecil untuk dimasuki lalu mereka mengikut susur tersebut tanpa berfikir dua kali.

Salah Waze: pemandu Vios dan Bezza yang memandu di lorong motosikal guna alasan sama 02

"Kedua-duanya menyedari kesalahan mereka setelah menyedari banyak motosikal dan dihentikan oleh penunggang motosikal. Mereka kemudian diarahkan kembali ke jalan utama," ujar ACP Nik Ezanee.

Kes disiasat mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. ACP Nik Ezanee menambah bahawa kedua-dua pemandu boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM2,000 atau boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Sumber:  The Star

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda