window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Samseng jalanan Proton X50 buli pemandu lain sambil tunjuk isyarat lucah!

Haris · Jun 23, 2021 11:59 AM

Samseng jalanan Proton X50 buli pemandu lain sambil tunjuk isyarat lucah! 01

Seorang pemandu Proton X50 menerima kecaman warganet selepas didapati membuli pengguna jalanraya lain dan menunjukkan isyarat lucah. Pengguna media sosial, knnyshera telah memuat naik rakaman kejadian tersebut ke laman sosial.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di kawasan dari Klebang ke arah Chemor, Perak. Pemandu Proton X50 pula dikatakan tidak berpuas hati apabila cuba melakukan pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan, malah pelaku juga tidak menggunakan signal dan cuba memotong dari lorong sebelah kiri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Akibat daripada diberi amaran hon, pemandu Proton X50 berkenaan telah ‘membuli’ perakam dengan cara brek mengejut secara beberapa kali. Dia juga didakwa telah menunjukkan isyarat lucah kepada perakam akibat tidak berpuas hati.

Perakam kemudiannya membuat laporan polis dan mendapati bahawa Proton X50 bernombor plat ABJ 3 tersebut dimiliki oleh seorang wanita berumur 68 tahun. Pemandu yang membuli perakam sambil menunjukkan isyarat lucah adalah cucu kepada pemilik kenderaan yang berusia 24 tahun.

Berikutan daripada laporan tersebut, pelaku kini telah dipanggil ke IPD Ipoh untuk siasatan. Pelaku mungkin boleh diambil tindakan mengikut seksyen 506 Kanun Keseksaan atas dakwaan mengugut atau mengancam tanpa sebarang kerosakan yang membawa kepada denda atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Baca Lagi:

Polis trafik selamba tengok penunggang motosikal langgar lampu merah?

Shuib & Siti Sarah buru Perodua Myvi hijau langgar-lari pekerjanya di hadapan Econsave Muar

Pekerja kedai tayar terbunuh akibat impak besi tayar kren yang meletup

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda