window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Samsung akan ganti semua kereta syarikat kepada jenis mesra alam menjelang 2030

Mersita ยท Jul 13, 2021 09:00 AM

Samsung akan ganti semua kereta syarikat kepada jenis mesra alam menjelang 2030 01

Samsung Electronics Co., syarikat teknologi gergasi dari Korea Selatan, telah berikrar untuk menggantikan sekitar 800 buah kereta korporat mereka - termasuklah sedan eksekutif dan kenderaan logistik - dengan kereta mesra alam menjelang tahun 2030.

Pelan ini diumumkan pada Rabu, susulan langkah diambil kerajaan Korea Selatan untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau yang menjadi punca pemanasan global.

Samsung akan ganti semua kereta syarikat kepada jenis mesra alam menjelang 2030 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pelan ini diumumkan setelah syarikat itu menandatangani perjanjian mobiliti hijau dengan Kementerian Alam Sekitar negara itu. Perjanjian ini juga melibatkan komitmen Samsung dalam mengehadkan operasi kereta diesel di lima buah pusat perniagaan semikonduktor mereka di Korea Selatan bermula bulan ini.

Kementerian Alam Sekitar Korea Selatan akan memberi subsidi bagi penggantian yang akan dilaksanakan Samsung serta membantu dalam pemasangan stesen pengecas di fasiliti-fasiliti syarikat itu.

Baca juga: Korea Selatan 'paksa' jabatan kerajaan guna kereta elektrik atau hibrid sahaja bermula April 2021!

Samsung akan ganti semua kereta syarikat kepada jenis mesra alam menjelang 2030 01

Selain itu, rakan syarikat dan pembekal Samsung juga akan turut serta dalam inisiatif kereta hijau ini dan akan menukar sekitar 2,000 buah kereta kepada kenderaan mesra alam menjelang 2030. Samsung dan penjualnya mula-mula akan menggantikan kira-kira 600 kenderaan menjelang 2023 dan 1,900 kereta menjelang 2025.

Kereta-kereta syarikat ini akan digantikan dengan kenderaan elektrik (EV) atau kereta berkuasa hidrogen. Samsung berkata perubahan kepada kenderaan mesra alam ini boleh mengurangkan pelepasan karbon dioksida seberat 6,200 tan setahun dan juga bahan-bahan pencemar lain.

Sumber: The Korea Herald

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda