window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sangap 'corner baring', 15 penunggang 'superbike' ditahan dan dikompaun di Kuala Klawang!

Haris · Jun 28, 2021 11:00 AM

Sangap 'corner baring', 15 penunggang 'superbike' ditahan dan dikompaun di Kuala Klawang! 01

15 orang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang bersiar-siar merentas negeri telah ditangkap oleh pihak polis. Kesemua mereka telah dikenakan kompaun kerana didakwa menggunakan laluan Jalan Semenyih – Kuala Klawang (Genting Peras) bagi tujuan bersiar-siar.

Sangap 'corner baring', 15 penunggang 'superbike' ditahan dan dikompaun di Kuala Klawang! 02

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, operasi ‘mobile’ Sekatan Jalan raya (SJR) pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang selama dua hari sejak semalam pada pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Operasi tersebut dibuat selepas polis menerima maklumat terdapat kumpulan motosikal berkuasa tinggi menggunakan laluan tersebut sebagai litar motosikal.

Sangap 'corner baring', 15 penunggang 'superbike' ditahan dan dikompaun di Kuala Klawang! 01

“Kesemua penunggang lelaki berusia antara 18 dan 41 tahun itu diperiksa dan dikenakan tindakan kompaun di bawah Seksyen 16 APPPPB (Pindaan 2021),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebanyak 19 surat saman dikeluarkan atas sebab melanggar Perintah Kawalan Pergerakan di samping kesalahan lalu lintas lain.

Gambar penunggang motosikal berkuasa tinggi tersebut tular di laman media sosial beserta surat saman yang menjelaskan kesalahan kumpulan penunggang terbabit. Sumber: Kosmo

Berita sosial lain:

Warga emas memandu Perodua Viva diterajang kerana disyaki menculik remaja OKU

Hampa tunggu kerajaan negeri bina jalan, orang kampung Sabah cipta motosikal troli

Samseng jalanan Proton X50 buli pemandu lain sambil tunjuk isyarat lucah!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda