window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Saran bina Litar Cub Prix kekal di Bukit Merah elak kegiatan lumba haram

Khairil ยท Dec 31, 2021 10:00 AM

Saran bina Litar Cub Prix kekal di Bukit Merah elak kegiatan lumba haram 01

Sebagai cara mengelakkan golongan muda terbabit dengan perlumbaan motosikal haram, satu litar lumba Cub Prix kekal dicadangkan untuk dibina di kawasan Bukit Merah, Perak khas untuk motosikal berkuasa rendah atau kapcai. 

Pandangan itu disuarakan Presiden Kelab Peminat Cub Prix Malaysia, Datuk Ton Zailani Mat Darus ketika Program Klinik Cub Prix Bual Santai Anak Muda Motor Show Taiping, baru-baru ini.

Juga baca: Cub Prix 2021: Azroy Hakeem pastikan kejuaraan CP150 kekal milik Honda!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Saran bina Litar Cub Prix kekal di Bukit Merah elak kegiatan lumba haram 01

Kata Ton Zailani, kawasan sekitar Bukit Merah menjadi pilihan kerana lokasinya yang strategik.

Menurutnya, lokasi yang dicadangkan itu lengkap dengan segala kemudahan yang ada seperti berdekatan dengan Lebuh Raya Utara Selatan dan berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Saran bina Litar Cub Prix kekal di Bukit Merah elak kegiatan lumba haram 02

Untuk merealisasikan cadangan tersebit, Ton Zailani berkata pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad baru-baru ini bagi mengemukakan pandangan tersebut.

“Kita telah kemukakan perkara itu kepada Menteri Besar dan mengusulkan Lembah Beriah, Bukit Merah sebagai tapak litar lumba motosikal berkuasa rendah.

Juga baca: Kalendar Cub Prix 2022 diumum, litar tetap jadi gelanggang pilihan!

Saran bina Litar Cub Prix kekal di Bukit Merah elak kegiatan lumba haram 03

“Jika litar lumba ini ada, golongan anak muda yang sukakan aktiviti permotoran dapat mengadakan aktiviti di tempat yang betul dan secara tidak langsung, gejala lumba haram dapat dicegah," katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah kira-kira 200 orang anak muda dari Daerah Larut Matang Selama.

Sebagai info, 8 daripada 10 pusingan kejuaraan Petronas Cub Prix Malaysia 2022 dijadual berlangsung di litar kekal di Selangor, Johor dan Terengganu.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda