window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Satu keluarga sesak nafas, pedih mata akibat gas bocor dalam kereta

Mersita ยท Sep 15, 2021 02:00 PM

Satu keluarga sesak nafas, pedih mata akibat gas bocor dalam kereta 01

Sebuah keluarga terdiri daripada ibu, bapa dan tiga orang anak mengalami sesak nafas dan pedih mata selepas dipercayai berlaku kebocoran gas di dalam sebuah Honda Accord lama yang dinaiki mereka. Mangsa kemudiannya bertindak memberhentikan kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Seremban-Tampin berhampiran Kawasan Perindustrian Ringan Senawang pada Isnin (13 Sept) lalu.

Ketua Balai Bomba Senawang, Pegawai Kanan Penguasa Bomba, Mohd Hidayat Basly berkata mereka menerima panggilan kecemasan pada 6.35 petang dan sepasukan anggota bomba dan penyelamat dikerah ke lokasi dengan dibantu oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat).

Satu keluarga sesak nafas, pedih mata akibat gas bocor dalam kereta 02

Keracunan gas karbon monoksida sering terjadi akibat kebocoran pada sistem ekzos. Kerap periksa dan selenggara kenderaan anda.

Ketika pasukan penyelamat tiba, kelima-lima mangsa yang terdiri daripada dua orang dewasa berusia 33 dan 30 tahun serta kanak-kanak berusia empat, enam, dan lapan tahun sudahpun keluar daripada kereta. Pasukan Khas Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) membawa keluarga itu ke Hospital Tuanku Jaafar untuk pemeriksaan lanjut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut Mohd Hidayat, siasatan awal mendapati kereta itu mengalami kebocoran gas dan gas karbon monoksida memasuki kabin kereta tersebut, mengakibatkan penumpang di dalamnya sakit mata dan sesak nafas. Pasukan Hazmat melakukan pengesanan gas di dalam kereta dan kawasan sekitar. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.46 malam sama.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda