window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Satu lagi borang rentas negeri kosong dengan cop dan tandatangan disalahgunakan

Mersita · Apr 9, 2021 11:59 AM

Satu lagi borang rentas negeri kosong dengan cop dan tandatangan disalahgunakan 01

Tak cukup satu, rupanya ada lagi bukti borang rentas negeri kosong lengkap dengan cop dan tandatangan pegawai polis mula tular di media sosial.

Kali ini, gambar yang tular itu disertakan dengan ayat “Thank you tolong kali kedua, xyah beratur pnjang2. Ad cable dahhh mudoh basoe sney kiro.” Secara ringkasnya, pengguna borang rentas negeri kosong yang menggunakannya serupa cek kosong itu mengatakan yang dia mendapat ‘bantuan dari orang dalam’ (kabel) bagi memudahkan proses permohonan rentas negerinya.

Satu lagi borang rentas negeri kosong dengan cop dan tandatangan disalahgunakan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt. Ramsay anak Embol berkata borang rentas negeri kosong milik Balai Polis Seksyen 6 bertandatangan dan bercop Penolong Ketua Polis Balai Seksyen 6, SM Mohd. Fadzli bin Ali itu mempunyai tandatangan palsu.

Satu kertas siasatan polis telah dibuka di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia bagi kes ini.

Isu pemalsuan tandatangan dan penyalahgunaan borang rentas negeri ini mendapat perhatian orang awam yang rata-rata tidak berpuas hati dengan ‘kemudahan’ yang dinikmati sedangkan semua pemohon rentas negeri lain terpaksa bersusah payah menyediakan dokumen bukti rentas negeri yang kukuh supaya borang rentas negeri mereka diluluskan.

Satu lagi borang rentas negeri kosong dengan cop dan tandatangan disalahgunakan 01

Semalam, kami melaporkan satu borang rentas negeri kosong yang bercop dan bertandangan Ketua Polis Balai Polis Chukai, Insp. Mohamad Ramizan bin Ramli dari Balai Polis Chukai, Kemaman, Terengganu telah tular di media sosial. Adakah borang serupa dari Shah Alam yang terbaru ini boleh jadi ditayang oleh pengguna yang sama kerana ia disertakan dengan ayat “kali kedua”? Kita tunggu hasil siasatan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda