
Satu mata yang amat bermakna. Itu kata-kata penunggang Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah selepas dianugerahkan mata pada perlumbaan GP Perancis di Le Mans, minggu lalu.
Juga baca: Bos NTS RW Racing GP mohon maaf kepada Hafizh Syahrin, janji bangkit aksi berikutnya!
Sekalipun Hafizh pada awalnya menamatkan perlumbaan di tempat ke-16, posisi itu dinaikkan tangga ke-15 selepas pelumba yang meraih kedudukan ke-11, Lorenzo Dalla Porta dibatalkan penyertaan. Ia sekaligus menghadiahkan 1 mata buat Hafizh.
![Satu mata ubati kekecewaan Hafizh Syahrin di Le Mans 01]()
Bagi Porta, dia dan pasukannya Italtrans Racing Team didapati bersalah melanggar syarat perlumbaan selepas timbangan jentera dan pelumba didapati tidak melepasi berat yang ditetapkan iaitu 217 kg. Porta dan jenteranya ditimbang pada angka 216 kg.
Juga baca: Ada berita baik, Hafizh Syahrin akui sudah mula serasi dengan jentera NTS di Moto2!
![Satu mata ubati kekecewaan Hafizh Syahrin di Le Mans 02]()
Mengulas perlumbaan berkenaan, Hafizh pada awalnya mengakui amat kecewa dengan keputusan tangga ke-16 yang diperoleh selepas dia meraih permulaan yang bagus malah pada satu ketika berjaya memintas kira-kira 10 pelumba di hadapannya.
Justeru baginya, keputusan satu mata yang diraih susulan pembatalan penyertaan Porta sebagai satu rezeki terutama hasil kerja keras pasukannya NTS RW Racing GP.
![Satu mata ubati kekecewaan Hafizh Syahrin di Le Mans 03]()
"Satu mata yang amat bermakna bagi saya," kata Hafizh memetik laporan Astro Arena. "Saya dan pasukan bekerja keras tidak pernah berputus asa. Ketika kelayakan, kami bergelut dan berada di belakang. Jadi di perlumbaan, saya mencuba yang terbaik."
Pada perlumbaan di Le Mans, Hafizh sememangnya berpeluang cerah untuk meraih mata namun kerosakan pada jenteranya mengakibatkan impian itu tidak kesampaian.
![Satu mata ubati kekecewaan Hafizh Syahrin di Le Mans 04]()
"Saya mampu untuk bersaing dalam kelompok 6 terbaik namun pada 7 pusingan terakhir, enjin jentera saya menjadi terlalu panas daripada 80 dagree kepada 130 degree dan kehilangan kuasa. Tetapi saya tetap berusaha dan nekad, apa jadi pun jadi la."
Juga baca: Wow, peluang menang Yamaha MT-25 berserta 'sign' Hafizh Syahrin dengan sertai peraduan Rider Raya Bergaya Grab Malaysia!
Satu lagi perkembangan positif buat Hafizh dan pasukannya adalah promoter perlumbaan Dorna dan FIM membenarkan untuk jentera NTS menggunakan perkakasan baharu terhadap motosikal berkenaan dan ia masih belum digunakan di Perancis.
![Satu mata ubati kekecewaan Hafizh Syahrin di Le Mans 05]()
Justeru, kita mungkin berpeluang untuk melihat keputusan yang lebih baik dapat dicapai Hafizh pada perlumbaan berikutnya.
Sumber imej: RW Racing GP
Komen