window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Satu-satunya Hyundai Kona EV di Malaysia kini untuk dijual, harga RM 180k!

Haris Β· Sep 20, 2021 08:00 PM

Satu-satunya Hyundai Kona EV di Malaysia kini untuk dijual, harga RM 180k! 01

Hyundai Kona elektrik adalah SUV elektrik yang pernah menjadi bualan peminat kereta elektrik di Malaysia. SUV ini pertama kali dilihat di perkarangan akademi latihan Hyundai Malaysia dan dipercayai hanya 1 unit sahaja dibawa ke sini. Perancangan untuk membawa HyundaI Kona elektrik ke Malaysia masih menjadi tanda tanya namun kereta ujian pasaran ini telah disenaraikan untuk dijual.

Satu-satunya Hyundai Kona EV di Malaysia kini untuk dijual, harga RM 180k! 02

Unit Hyundai Kona EV yang berwarna Ceramic Blue ini adalah yang dimaksudkan dan telah disenaraikan untuk dijual di Sime Darby Auto Selection, pada harga RM 180,800. Hyundai Kona EV tahun 2018 ini adalah unit latihan bagi Hyundai Training Academy dan mempunyai jarak tempuh lebih kurang 18,000 km.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Satu-satunya Hyundai Kona EV di Malaysia kini untuk dijual, harga RM 180k! 01

Hyundai Kona EV ditawarkan dalam 2 tahap output. Pertama, varian 135 PS / 395 Nm, disertakan dengan bateri 39.2 kWh, memberi jarak penggunaan sehingga 300 km.

Varian kedua, menawarkan 204 PS dan 395 Nm, dikuasakan oleh pek bateri 64 kWh. Varian ini menawarkan jarak penggunaan sejauh 482 km. Varian inilah yang telah disenaraikan untuk dijual.

Satu-satunya Hyundai Kona EV di Malaysia kini untuk dijual, harga RM 180k! 02

Menurut Hyundai, sekitar 54 minit diperlukan untuk mengecas Hyundai Kona EV dari 0 hingga 80 peratus menggunakan pengecas pantas DC 100 kW.

Sekiranya pengecas DC tidak tersedia, Hyundai Kona EV juga boleh dicas menggunakan pengecas AC. Namun, kepantasan pengecaj berbeza dengan pengecas AC memerlukan masa sekitar 10 jam untuk cas sepenuhnya.

Satu-satunya Hyundai Kona EV di Malaysia kini untuk dijual, harga RM 180k! 03

Tidak seperti port pengecasan Nissan Leaf yang menggunakan pengecasan Type 1 Jepun dan ChaDeMo, Hyundai Kona EV menggunakan pengecas Type 2 yang lebih mudah ditemui untuk pengecasan AC dan penyambung CCS 2 untuk pengecasan pantas DC.

Satu-satunya Hyundai Kona EV di Malaysia kini untuk dijual, harga RM 180k! 04

Oleh kerana adalah varian spesifikasi tinggi, Hyundai Kona EV ini juga menawarkan tambahan ciri kelengkapan seperti Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert, tempat duduk berkuasa di depan, paparan head-up, dan pengecasan telefon nirwayar Qi.

Satu-satunya Hyundai Kona EV di Malaysia kini untuk dijual, harga RM 180k! 05

Hyundai Kona EV ini memang antara yang diidam-idamkan oleh kebanyakan peminat kereta elektrik di Malaysia. Namun maklumat awal seolah-olah mendapati bahawa ia tidak akan ditawarkan di sini dan mungkin, inilah satu-satunya peluang untuk memilikinya. Adakah peminat EV akan merasakan bahawa harganya setimpal dengan apa yang ditawarkan?

Oleh: Nicole Yap

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Hyundai Kona 1.6 Turbo

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda