window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Satu-satunya Hyundai Starex ala ‘N Line’ ini boleh anda miliki di Malaysia, hanya RM 143k!

Faisal · Jul 14, 2021 11:00 AM

Satu-satunya Hyundai Starex ala ‘N Line’ ini boleh anda miliki di Malaysia, hanya RM 143k! 01

Sekitar Mac 2021 yang lepas, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) ada menawarkan sebuah Hyundai Grand Starex yang begitu unik. MPV ini dikenal sebagai Grand Starex Executive Plus Special Edition. Kini, ia disenaraikan oleh Sime Darby Auto Selection Glenmarie dengan harga RM 142,800.

Satu-satunya Hyundai Starex ala ‘N Line’ ini boleh anda miliki di Malaysia, hanya RM 143k! 02

Starex Special Edition bersebelahan dengan sumber inspirasinya.

Sewaktu dilancarkan, model yang eksklusif ini ditawarkan pada harga RM 163,888. Selepas berjalan sekitar 8,000 km, Starex ini telah susut harga sebanyak RM 21,088, iaitu 13% daripada nilai asal.

Juga bacaHyundai Staria debut ASEAN - 2.2L turbo diesel, 11 penumpang, harga bermula RM 222k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Satu-satunya Hyundai Starex ala ‘N Line’ ini boleh anda miliki di Malaysia, hanya RM 143k! 01

Walau apa jua tanggapan anda terhadap harga tersebut, ia tetap sebuah Starex yang istimewa.

Juga baca5 mitos tentang kereta Jerman lwn. kereta Jepun/Korea

Pada tahun 2019, Hyundai Australia mengeluarkan sebuah iMax N “Drift Bus” bersempena dengan gurauan April Fool’s. Tetapi prestasinya tidak boleh digurau langsung kerana bas 'drift' ini datang dengan enjin petrol 3.5L V6 twin-turbo (402 PS, 555 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan.

Satu-satunya Hyundai Starex ala ‘N Line’ ini boleh anda miliki di Malaysia, hanya RM 143k! 02

Sebagai perbandingan, bas drift versi Malaysia yang diceritakan pula tidak hadir dengan peningkatan prestasi. Malah, Starex Special Edition ini kekal dengan enjin 2.5L turbodiesel (170 PS, 441 Nm tork) yang sama pada Grand Starex standard.

Satu-satunya Hyundai Starex ala ‘N Line’ ini boleh anda miliki di Malaysia, hanya RM 143k! 01

Oleh itu, ia dipadankan dengan transmisi automatik 5 kelajuan yang menghantar kuasa ke roda belakang. Kiranya, anda masih boleh drift tetapi kurang padu lah cerita dia.

Satu-satunya Hyundai Starex ala ‘N Line’ ini boleh anda miliki di Malaysia, hanya RM 143k! 02

Apapun, penampilan Starex SE dengan warna Performance Blue, kit badan agresif, dan rim 19 inci nampak cukup ranggi. Menariknya, ia disenaraikan sebagai warna “Creamy White”.

Satu-satunya Hyundai Starex ala ‘N Line’ ini boleh anda miliki di Malaysia, hanya RM 143k! 03

Warna pada bahagian dalamnya juga diiklankan sebagai “Black Leather”. Sekilas pandang, ia lebih kepada ala coklat cerah.

Satu-satunya Hyundai Starex ala ‘N Line’ ini boleh anda miliki di Malaysia, hanya RM 143k! 04

Melihat kepada arahan PKP yang sedang dilaksanakan, anda yang berminat dengan Starex Special Edition yang masih baru ini mungkin perlu tunggu terlebih dahulu sebelum dapat memilikinya.

Juga bacaMalaysia rugi RM 3.44 billion akibat tiada jualan kenderaan sepanjang PKP Jun 2021!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Hyundai Grand Starex Executive Plus

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda