window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Saudara' Belang, Suzuki Raider R150 2022 dah dikemaskini di Filipina, Malaysia terus menunggu!

Khairil ยท Feb 4, 2022 07:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

'Saudara' Belang, Suzuki Raider R150 2022 dah dikemaskini di Filipina, Malaysia terus menunggu! 01

Model berkenaan sudah pun diacah oleh Suzuki Motor Malaysia, hujung tahun lalu dengan tarikh pelancarannya dijangka berlangsung tahun ini.

Begitupun, tiada perkembangan lanjut mengenainya setakat ini sekalipun Suzuki Motor Malaysia cukup aktif melancarkan pelbagai produk premiumnya termasuk Suzuki GSX-S1000 baru-baru ini.

'Saudara' Belang, Suzuki Raider R150 2022 dah dikemaskini di Filipina, Malaysia terus menunggu! 02

Untuk Suzuki Raider R150 2022 di Filipina, tiada perubahan dari sudut reka bentuk mahupun trenkuasa dijalankan.

Pilihan warna baharu yang ditawarkan adalah Metallic Matte Stellar Blue, Candy Matte Bordeaux Red, Titan Black dan Pearl Bright Ivory.

Juga baca: Suzuki GSX-S1000 2022, Burgman 400 dah mendarat di Malaysia!

'Saudara' Belang, Suzuki Raider R150 2022 dah dikemaskini di Filipina, Malaysia terus menunggu! 03

Dari sudut trenkuasa, ia dipacu enjin bersesaran 147.3cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan.

Kuasa yang dihasilkan setinggi 18.5 PS pada 10,000 rpm dan tork maksimum 13.8 Nm pada 8,500 rpm.

'Saudara' Belang, Suzuki Raider R150 2022 dah dikemaskini di Filipina, Malaysia terus menunggu! 04

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang) dengan brek menggunakan cekara untuk kedua-dua roda.

Juga baca: Suzuki Belang, Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 diacah oleh Suzuki Malaysia, pelancaran tahun 2022!

'Saudara' Belang, Suzuki Raider R150 2022 dah dikemaskini di Filipina, Malaysia terus menunggu! 05

Ciri-ciri lain yang melengkapi model moped yang bersaing dengan Yamaha Y16ZR dan Honda RS-X serta beberapa model lain ini adalah sistem lampu LED, panel meter digital dengan beratnya hanya 109 kg.

'Saudara' Belang, Suzuki Raider R150 2022 dah dikemaskini di Filipina, Malaysia terus menunggu! 06

Ketika peminat Suzuki di Malaysia masih menanti tanpa jawapan pasti, Suzuki Raider 150 agak popular di rantau ini dan menjadi taruhan jenama Jepun itu di pasaran utama Asean lain termasuk Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda