window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP

Mersita · Sep 11, 2021 06:00 PM

Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP 01

Walaupun Toyota Vellfire cukup popular di Malaysia, masanya untuk berlalu pergi sudah tiba. Merujuk kepada pelbagai laporan diliputi beberapa media automotif Jepun, kembar Toyota Alphard versi ‘sporty’ ini besar kemungkinannya tidak akan diteruskan ke generasi baru.

Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP 02

Kredit: Kosmo

Vellfire mempunyai kumpulan peminatnya yang tersendiri di Malaysia. Ia lebih murah (RM 367,881) berbanding Alphard (RM 446,609). Walaupun ia hanya boleh didapati dengan enjin 2.5 liter ‘inline-4’ secara rasmi, opsyen 3.5 liter V6 boleh diperolehi menerusi penjual kereta recond.

Baca juga: Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli "recond" berbanding pengedar rasmi

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP 01

Oleh itu, secara amnya memang kita selalu nampak Vellfire dengan lebih kerap berbanding Alphard. Namun, populariti Vellfire berbeza pula di tahapnya di pasaran negara asalnya.

Berdasarkan data jualan dikeluarkan oleh Japan Automobile Dealers Association (JADA), Toyota dapat menjual 56,778 unit Alphard pada separuh pertama 2021, manakala hanya 4,845 unit Vellfire terjual dalam tempoh sama.

Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP 02

Alphard telah tersenarai sebagai Top 5 hampir setiap bulan setakat ini, manakala Vellfire pula terkeluar dari senarai Top 50. Kenapa pembeli di Jepun lebih tertarik dengan Alphard dan bukannya Vellfire?

Baca juga: 10 kereta paling popular di Jepun tahun 2020, Toyota Alphard di tangga ke-5

Sebab #1 – Penggabungan rakan pengedar

Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP 03

Velfire pada mulanya diperkenalkan pada 2008 sebagai model gandingan Alphard. Kedua-dua model ini dijual oleh rakan pengedar Toyota yang berbeza, dimana Alphard dijual secara eksklusif menerusi kedai-kedai Toyopet manakala Vellfire dijual menerusi kedai-kedai Toyota Netz.

Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP 04

Inilah sebabnya mengapa kebanyakan Vellfire yang dijual menerusi ‘grey market’ di Malaysia memperagakan logo Toyota Netz dan bukannya logo Toyota biasa.

Baca juga: Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya.

Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP 05

Pada mulanya, jualan Vellfire mendahului Alphard kerana pengedar Toyota Netz lebih banyak jumlahnya berbanding pengedar Toyopet di negara itu.

Walau bagaimanapun, setelah Toyota membuat keputusan untuk menyatukan semua rangkaian pengedarnya (yang lain ialah kedai pengedar Toyota dan Corolla) pada 2020, jualan Alphard mula meningkat dan akhirnya mengalahkan Vellfire.

Baca juga: Khabar angin: Toyota Vellfire akan digugurkan pada tahun 2022, disatukan dengan Alphard

Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP 06

Memandangkan kini Alphard lebih mudah untuk dibeli, semakin ramai pembeli membuat keputusan untuk memilihnya berbanding Vellfire. Beberapa pembeli Alphard juga dahulunya mempunyai Vellfire dan mereka inginkan satu kelainan.

Sebab #2 – Keistimewaan menandingi rupa bentuk ‘sporty’

Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP 07

Lebih besar, lebih bagus

Menurut media di Jepun, perkara yang memberikan Alphard satu kelebihan besar ialah apabila kedua-dua model ini menerima facelift pada tahun 2018. Ini memberikan Alphard rupa bentuk yang lebih mewah dan menonjol sehingga menambat hati lebih ramai pelanggan.

Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP 08

‘Topeng Alphard’ yang istimewa memberikan gaya mewah kepada MPV ini, berbeza dengan generasi sebelumnya. Hampir serta-merta, para ‘power brokers’, selebriti, dan VIP dari bahagian korporat mahupun ‘underworld’ di negara itu dilihat memilikinya.

Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP 09

Begitulah populariti Alphard sehinggakan ia bukan saja memberi kesan kepada jualan Lexus di Jepun, tapi model ‘flagship’ tradisional Toyota, Crown, juga turut terkesan.

Pada separuh pertama 2021, Toyota menjual 12,727 unit sedan bersaiz besar ini – mewakili sekitar 22% daripada jualan Alphard.

Baca juga: Lexus kini merudum di Jepun, sukar lawan Toyota Alphard dan Harrier?

Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP 10

Pada masa sama, ‘sportiness’ Vellfire tidak begitu disambut baik oleh pelanggan. Walaupun kedua-dua model ini berkongsi gred dan kelengkapan yang sama, akhirnya, Toyota akan mengurangkan bilangan varian Vellfire kepada hanya tiga varian. Alphard pula ditawarkan dengan 12 varian.

Baca juga: Toyota Vellfire 2021 dikemaskini di Jepun, kini hanya ada 3 varian!

Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP 11

Di samping itu, berbeza pula keadaannya dengan kembar MPV Toyota yang lain dari segi jualan. Voxy yang tampak lebih ‘sporty’ lebih laku berbanding Noah sehingga kurang dari separuh kadarnya pada H1 2021. Ini barangkali disebabkan oleh saiz MPV tersebut yang lebih kecil dan lebih sesuai untuk keluarga kecil.

Baca juga: Toyota Noah/Voxy – Alphard versi mini, tapi kenapa di Malaysia tak laku langsung?

Sebab #3 – Nilai jualan semula dan permintaan luar negara

Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP 12

Kereta Jepun terpakai sering menjadi idaman orang luar negara dan ada permintaan bagi beberapa model tertentu, sehinggakan ia menjadi ‘barang panas’ dikalangan pencuri. Perkara ini bukan saja melibatkan JDM klasik, malah Alphard juga disenaraikan sebagai antara kereta paling kerap dicuri di Jepun.

Baca juga: Toyota Alphard kereta paling banyak dicuri di Jepun? Biar betul?

Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP 13

Toyota Alphard mempunyai nilai jualan semula yang agak tinggi dan ia dianggap sebagai kereta mahal. Beberapa pembeli lebih rela membeli unit terpakai. Tak kisahlah kereta ini serba baru atau terpakai, nilai jualan semulanya kekal tinggi disebabkan oleh permintaan tinggi dari luar negara Jepun.

Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP 14

Alphard ialah kereta yang popular di negara-negara Asia dan walaupun beberapa negeri berkenaan menjualnya secara rasmi, pasaran selindung (grey market) masih menawarkan lebih banyak pilihan kepada kebanyakan pembeli – terutama sekali jika mereka mahukan enjin lebih kecil.

Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP 15

Seperti yang dinyatakan tadi, Vellfire masih menerima permintaan dari negara luar, tapi ia tidaklah begitu banyak. Lagipun, Toyota juga mengurangkan jumlah model yang ditawarkan susulan langkah penggabungan pengedarnya.

Toyota menawarkan hampir 50 buah model berbeza di Jepun, namun syarikat itu sedang mengurangkan dan menggugurkan sebahagian besar daripada jumlah ini untuk menjimatkan kos.

Sayonara, Toyota Vellfire. Anda akan dirindui ahli politik, selebriti dan geng VIP 16

Vellfire pula menjadi salah satu mangsanya walaupun ia sama saja dengan Alphard. Prestasi jualan Alphard yang sangat-sangat memberangsangkan ditambah lagi dengan pengurangan jumlah varian yang ditawarkan menjadi bukti kepada pencapaian ini.

Oleh itu, kita kena akur dan ucapkan selamat tinggal kepada Vellfire. Mungkin selepas ini lain pula trend golongan VIP dan menteri kita. Patah tumbuh, hilang berganti.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vellfire 2.5

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda